10 keraguan anda terhadap emas dan syarikat GCP terjawab

Mungkin bagi yang baru mendengar tentang syarikat Goldcrest Pavilion,ada banyak pertanyaan dan keraguan mengenai sejauh mana syarikat ini adalah syarikat yang sah dan menjalankan urusniaga yang tidak menyalahi undang-undang.Saya juga ditanya tentang beberapa persoalan lain.

Berikut adalah antara soalan yang sering ditanya.

1. Company ini sah atau tidak ,berdaftar dengan SC ?

Berniaga emas tak perlu daftar dgn SC. Daftar dgn SSM sahaja.

Urusniaga syarikat GCP sama seperti di kedai emas biasa,jual dan beli emas.

AMLA = akta penggubahan wang haram. BAFIA = akta bank dan institusi kewangan.
Kalau nak jadi mcm bank kutip duit orang ramai, buat skim pelaburan dan bagi pulangan atas duit yang dikutip,barulah perlu dapat kebenaran BNM dan SC. Kalau berniaga sahaja hanya perlu daftar dgn SSM sahaja.

2.Apa bezanya beli emas dengan GCP berbanding di tempat lain ?

GCP menawarkan harga yang murah berbanding harga pasaran kepada pelanggan dan harga borong yang jauh lebih murah kepada mereka yang menjadi pengedarnya.

GCP bukan sahaja menawarkan penjualan emas dengan harga yang lebih murah,namun membeli semula dengan harga yang lebih tinggi dengan susut nilai serendah 5%-6 % sahaja  kepada pengedar dan pelanggan sehingga 18% berbanding pasaran luar 25%-40%

Tak kurang menarik,semua produk GCP tidak dikenakan upah tukang,maka tiada kos tersembunyi yang perlu dibayar.

Lihat contoh di bawah :

-Berdasarkan harga pada 8hb Julai 2012 ,emas 916 10g GCP bersamaan dengan RM158.38 dan pasaran RM185

Harga Produk GCP Rantai Tangan Emas 916 seberat 10g :

RM158.38 x10g = RM1583.80 (harga bersih,tanpa upah)

Harga pasaran = RM185 x 10g

=RM1850 (harga produk belum termasuk upah)

Penjimatan sebanyak : RM266 !

 

Katalah,jika di luar anda boleh mendapat harga promosi tanpa upah,harganya masih mahal sebenarnya.Manakala jika ditawarkan harga yang murah,ianya belum campur upah pula.Sebagai contoh di bawah :

Kedai Wahh Shann menawarkan harga murah untuk emas RM170/gram.

Namun,upah tukang pula adalah RM100.Berapakah harga per gram yang sebenarnya ?

Mari kita kira sama-sama :

RM170  x 10g =RM1700

RM1700+ RM100=RM1800/10gram

=RM180/gram !

Bukankah diskaun anda sebenarnya cuma RM5/gram berbanding harga pasaran?

Jika boleh mendapat lebih murah,MENGAPA Bayar LEBIH ? 🙂

p/s:Tidak dinafikan,di beberapa buah negeri,ada juga penawaran harga emas yang murah namun upah tukang dikenakan.Di GCP,bukan sahaja harga MURAH,tapi anda juga  jimat kos,masa tenaga, dan kos minyak kereta.Hanya dengan 3 langkah mudah:

Tempah-Bayar-Tunggu

 

3.Berbaloi ke keluar modal RM1k untuk menjadi pengedar,tak dapat produk emas?

Saya dah banyak cerita tentang keistimewaan sebagai pengedar di 2 buah artikel sebelum ini,boleh rujuk link berikut :

http://jutawangold.com/artikel/13-sebab-mengapa-anda-harus-menjadi-pengedar-gcp.html

http://jutawangold.com/artikel/tawaran-menjadi-pengedar-gcp-masih-rm1k-kenapa-gcp.html

Kali ini saya bagi contoh 2 kajian kes yang saya pernah lalui dan ini  hanya mengambil satu sahaja faktor,iaitu dari segi harga yang pengedar dapat :

Kes pertama :

Ada seorang pelanggan saya,pernah membeli 1 kilogram emas di kedai emas ****** dengan harga pasaran RM200,000+ sebelum mengenali GCP.

Selepas beliau mendengar tentang GCP lalu menghubungi saya bertanyakan harga produk GCP,dan saya membuat kira-kira harga berdasarkan masa beliau beli iaitu sebulan sebelum itu.Alanglah terkejutnya beliau kerana harga di GCP untuk berat emas yang sama baru sekitar RM160,000.

Beliau boleh jimat sehingga RM40,000+ sebenarnya!

Banyak tu…

Jadi saya ingin bertanya kembali,adakah tidak berbaloi membayar RM1K untuk dapat lebih banyak penjimatan?

“Saya bukan ada banyak duit pun nak beli berkilo-kilo,jadi bagi saya RM1k tu mahal,lebih baik saya beli emas.”

Baiklah,mari kita lihat kajian kes yang ke-2 .

Ini merupakan contoh kes di mana En Ali merupakan seorang yang membuat simpanan emas secara konsisten dengan membeli pada harga pasaran.

Setiap bulan,beliau membeli 1 gram emas berharga RM250.

Anggaran penjimatan yang beliau boleh dapat dengan membeli 1gram emas GCP sebulan selepas ditolak kos lain ialah RM60.

Penjimatan selama setahun=RM600

2 Tahun =RM1200

Erm,dalam masa 2 tahun pun dah boleh jimat dan balik modal.

Itu baru contoh 1 gram,bagaimana jika setiap bulan,beliau membeli 5 gram dan ke atas,tak sampai 6 bulan – 1 tahun  dah boleh balik modal.  🙂

Lebih besar,lebih murah

Di GCP,harga akan bertambah murah mengikut berat,tak kira bar atau barang kemas.

Ini menguntungkan anda berbanding membeli harga sama di luar sana.

Sebagai contoh harga  gold bar pada 11 Julai 2012

1g RM 185
10g RM 1,730
20g RM 3,460
50g RM 8,450
100g RM 16,900

 Di luar,harga untuk 100g gold bar sekarang ialah RM19500
Jimat sehingga RM 2600 !

 

4.Kat mana nak simpan emas lepas beli ?

Ramai orang baru kenal emas,belum beli emas dah risau nak simpan di mana (sama macam saya dulu2 masa buat belian pertama RM60k).

Tapi kalau setakat nak beli yang kecil-kecil macam 1 gram dan dinar,simpan di wallet pun boleh.Tapi kalau dah bertambah,eloklah difikirkan tempat yang sesuai untuk menyimpan emas tersebut.Bagi mereka yang kreatif,boleh sahaja simpan di rumah,pilih port rahsia yang tak terduga oleh orang lain sebagai contoh dalam tandas,pasu bunga,belakang jam,dalam peti ais,dalam soket,dalam buku,dalam tanah ,pendek kata banyak tempat,tapi pastikan tak lupa lah.Mungkin boleh bagitau pada seseorang yang sangat anda percayai.

Lagi satu,selepas kita dah berusaha simpan sebaik mungkin,amalkan lah doa pendinding dan juga ayat 137 surah Al Baqarah yang bermaksud :

“Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh pertunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu) oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat 137 Al Baqarah
   

Pengalaman sendiri,saya pernah menemui orang yang penuh dengan syak wasangka dan kerisauan yang melampau dalam hatinya,biasanya golongan inilah yang paling mudah kehilangan harta.Menurut pakar,kadang-kadang apa yang kita fikirkan sangat akan menjadi kenyataan.Jadi lepas ini,kita bersangka baik dan fikir yang indah-indah sahaja,jika ditakdirkan selepas dah berusaha pun masih hilang,maka ia adalah ujian untuk kita atau untuk menebus dosa kita,maka redha lah ,insyaAllah akan digantikan dengan yang lebih baik.

Tak yakin?Nak suruh orang lain tolong simpan juga?

Baiklah,semoga link yang mengandungi senarai tempat untuk simpan emas (safe deposit box) di Malaysia ini membantu anda,klik sini :http://bankemas.blogspot.com/2010/02/senarai-safe-deposit-box-di-malaysia.html

 

5. Sebenarnya mcm mana berniaga emas GCP  ni? Adakah kita beli emas pastu kita simpan, bila harga tinggi kita jual ,untunglah kan?


Sebenarnya emas itu duit.Untungnya kita akan tahu bila sampai satu masa,emas kita tu masih boleh ditukarkan untuk membeli barangan keperluan asas hidup berbeza dengan mereka yang bawa berguni-guni  wang kertas,di kedai baru tahu yang dipikul itu sampah semata-mata sebenarnya.Kat situlah untungnya. (kredit to kawan fb,HZ untuk jawapan jangka masa panjang)  🙂
Ini pula jawapan jangka masa pendek (hehe..macam2..)
Buat masa sekarang,emas dan perak dijadikan komoditi,walhal ia adalah wang sebenarnya.Jadi tak salah sekiranya kita membuat simpanan dalam bentuk emas,dan juga meniagakannya.Dari aktiviti jual dan beli inilah ramai orang menjana pendapatan.Konsepnya mudah,beli dengan harga murah,kemudian jual dengan harga semasa,restock kembali-ulang proses ini seberapa banyak yang mungkin.

Pengedar untung kerana setiap kali membeli dengan GCP,ia menawarkan harga murah,boleh ambi terus untung.Tak perlu tunggu bulan berikutnya untuk dapatkan komisyen.Komisyen hanya untuk pembelian produk dealer rangkaian dan insentif memperkenalkan pengedar baru + bonus.
Membeli kembali dari pelanggan juga antara yang paling menguntungkan dalam perniagaan emas ini.Untuk maklumat lanjut,boleh ke link berikut :
http://jutawangold.com/bagaimana-bermula/bagaimana-menjana-keuntungan-dengan-meniaga-emas.html
Rahsia pengedar emas juga ialah,mereka boleh menjual emas tanpa susut nilai kerana menjual terus kepada end user (pengguna).Semua ini boleh dilakukan secara sambilan sahaja,kerana apabila anda sudah konsisten,masyarakat dan kawan-kawan sekeliling pun dah tahu yang anda adalah “tokey emas ” bergerak .

 

6. Kena cari orang ke mcm MLM,pastu dapat makan komisyen?


GCP bukan syarikat Multilevel Marketing (MLM).Ia cuma memberikan insentif kepada dealer kerana memperkenalkan orang baru kepada syarikat.Tak salah kan?
Sebagai contoh,kalau sebelum ini anda pernah rekemen kawan-kawan beli barang di sebuah kedai,paling tidak si tuan kedai cuma mengucapkan “terima kasih”,tapi GCP memberi penghargaan bukan sekadar terima kasih,tapi ganjaran RM100 (dealer get dealer) yang dah boleh buat beli emas dan perak dalam gram yang kecil.Berbaloi kan?
Kemudian,kalau anda seorang yang rajin memperkenalkan GCP kepada orang baru,syarikat berbesar hati menghargai sekali lagi usaha anda dengan memberikan insentif bonus RM100 bagi bilangan dealer yang diperkenalkan melebihi 9 orang dalam masa sebulan.
Sebagai contoh,dari bulan 1 Jun -30 Jun,anda memperkenalkan 20 orang dealer baru:
Ganjaran RM100 x 20 = RM2000
Bonus       RM100 x 20=RM2000
Total                                  =RM4000
Bagi setiap pembelian produk 999 dealer tajaan anda,layak mendapat RM1/gram.Itu sahaja.Dealer kepada dealer anda,tiada kaitan dengan anda.Jadi,GCP bukan MLM.  🙂
Perkataan downline juga tidak digunakan,sebaliknya digantikan dengan perkataan “rangkaian” dan yang bersesuaian.Sekiranya anda berkongsi tentang emas dengan orang lain dan mereka berminat,ianya bonus kepada anda.

7. Syarikat lain jadi ahli dapat macam-macam,kenapa jadi pengedar GCP cuma dapat biz kad dan id tag?


Setiap syarikat ada strategi dan kelebihan masing-masing.GCP memperuntukkan 30% dari bayaran dealer RM1k ,iaitu RM300 untuk diberikan kepada pembinaan pusat tahfiz,masjid,anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.Ini adalah antara saham akhirat untuk semua pengedar mendapat manfaat berkekalan,insyaAllah.
Mana pergi RM700?
Selebihnya ialah untuk menampung kos-kos pentadbiran,kos penghantaran dan pelbagai kos menguruskan syarikat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pengedar.GCP boleh berikan marketing tools yang percuma kepada pengedarnya,tetapi berapa ramai yang akan menggunakannya.
Pengalaman saya sendiri,menyaksikan pengedar-pengedar yang mendapat pelbagai alat tidak menggunakannya sebaliknya simpan begitu sahaja.Sebaliknya,mereka yang ingin serius,akan membelinya sendiri dan golongan ini biasanya akan lebih menghargai alat tersebut kerana dibeli sendiri.
Begitu juga berapa ramai pengedar yang membayar yuran tapi selepas itu dia sendiri tidak membeli emas,bagaimana nak promote pada orang lain beli emas.Orang pun tak yakin sebab barang tak ada.Sebab itulah dari semasa ke semasa syarat menjadi pengedar berubah iaitu dengan atau tanpa syarat belian produk.
Namun begitu,tiada target sales di GCP dan tiada pembelian wajib ,terpulang kepada masing-masing untuk berusaha menambah simpanan emas dari semasa ke semasa.
Amat rugi jika bayar RM1k,tapi untuk diri sendiri pun tak buat simpanan emas,untuk apa mendaftar?Ini baru betul rugi.
Namun saya percaya,anda yang sedang membaca artikel saya ini golongan yang bijaksana lagi arif mengatur strategi untuk merancang kewangan masing-masing,insyaAllah.

8.Macam mana saya nak jual semula produk GCP?


Pelanggan :
Hubungi dealer yang anda berurusan dulu,silap haribulan offer harga beli balik lebih tinggi (macam saya offer kepada pelanggan yang berurusan dengan saya )  🙂
Jika dealer tak dapat bantu,call ofis GCP,nanti mereka akan aturkan dengan dealer/runner.
Cara lain,boleh bawa produk GCP ke ofis di Nilai dan dapat cash terus.Nak hantar melalui kurier pun boleh.
Pengedar :
Boleh jual pada end user,kelebihannya ialah boleh jual harga semasa! Inilah untung jadi pengedar.
Macam senang nak dapat pelanggan?Sama ada anda berurusan dengan market offline,atau boleh jual pada peminat-peminat emas di group2 emas di facebook yang tumbuh bak cendawan.
Pilihan ke 2 boleh tolak sesama dealer di Group khas untuk dealer GCP seluruh Malaysia.Dapatlah harga win-win situation.Cara lain sama seperti cara untuk pelanggan di atas .

9. Menurut Uzar,pembelian emas haruslah tidak melebihi 3 hari,ada masa jika GCP sibuk menerima banyak tempahan,penghantaran melebihi 3 hari,apakah hukumnya penangguhan ini ?


Wang kertas ada khilaf,ulama’ ada cakap setaraf emas,ada cakap tak.Saya  iktikad tak sebab dia susut nilai dan penyusutan nilai wang kertas ini adalah riba’ tersembunyi.So macam iktikad khilaf asb,ada cakap haram,ada cakap harus.Pilihan masing2,so bila saya iktikad wang kertas  tak setaraf emas,maka saya bukan bayar emas dengan emas.
Siapa iktikad setaraf emas dgn wang kertas,maka bila dia berbelanja wang kertas mcm dia belanja emas.Jadi  pada yang iktikad tak setaraf emas dgn wang kertas tu,dia tak termasuk dalam syarat jual beli emas dgn emas mesti tunai dan serahan maksimum 3 hari itu.
Siapa  iktikad setaraf,dia mesti patuh dgn syarat tunai dan tak lebih 3 hari.Ini berdasarkan pembacaan dan iktikad,mcm biasa,dlm bab khilaf tak boleh paksa2 org ikut kita.Mcm saya,iktikad saya wang kertas tak setaraf emas dan asb haram,jadi  saya buat apa yg saya belajar dan faham, tapi  saya tak pernah paksa org ikut saya,sbb saya faham dalam hal khilaf,pilihan masing2.Kita org awam,ulama’ berselisih pendapat berdasarkan ilmu dia,so,kita pilih la ulama’ mana kita nak  ikut selagi selari dgn Islam.
10. Macam mana saya nak tahu emasnya tulen,dan kalau company tutup macam mana?


Setiap pembelian produk GCP disertakan dengan sijil dan resit (gold bar,silver bar dan dinar ), dan resit bagi barang kemas.Anda boleh membawa emas tersebut ke mana-mana kedai emas untuk mengujinya atau mana-mana ar rahnu yang menggunakan mesin yang canggih,bukan densimeter semata-mata kerana menggunakan densimeter sering tak dapat bacaan tepat.Masalah pada alat,bukan ketulenan emas.Ia mengambil kira banyak faktor sebenarnya,dari segi berat,jenis sama ada padu atau ringan dan sebagainya.

Sekiranya anda takut GCP tiba-tiba tutup,tak perlu takut selagi masih memegang emas yang dibeli.Bukankah emas diterima di mana-mana dan kedai emas juga banyak,cuma bezanya mereka akan kenakan susut nilai yang tinggi,itu sahaja.Jika kita menyimpan agak lama,insyaAllah kita tetap akan untung.Lagi pula,nak dapatkan cash,tak semestinya menjual emas sahaja,bukankah kita boleh cagarkan sekejap di ar rahnu untuk dapatkan tunai,dan tebus kembali ?

Ini kemungkinan jika GCP tutup.Namun biasanya company yang menjalankan uruniaga  jual dan beli bertahan lama,sebab bisnes emas adalah bisnes yang menguntungkan melainkan terpaksa menanggung kos overhead yang tinggi.
Masih ada persoalan yang belum terjawab?
Call saya di talian Hotline 0199708897 atau add saya di facebook Nor Fazilah Abd Mohd
( http://www.facebook.com/norfazilah.abdmohd )
untuk pertanyaan lebih lanjut,insyaAllah sedia membantu mereka yang masih baru mengenal emas dan syarikat GCP.

8 thoughts on “10 keraguan anda terhadap emas dan syarikat GCP terjawab

  1. Even GCP murah, tapi saya tengok pattern-pattern yang ada hanya pattern lama, langsung tak up to date.. kalau untuk buat investment ok la, tapi kalau nak melaram buat raya, sorry la yer.. mahal sikit tak apa, janji puas hati..

    • klu buat melaram..mmglah..nk yg paten cntik2…tp tk kanlah smpi beratus gram beli nk melaram kan..brg kemas bukan hnya utk perhiasan semata-mata..atau utk melaram semata-mata..juga bukan investment semata..ianya lbh dri tu..kena tau..sejarah wang kertas..bru bh fhm ttg simpanan emas..GCP hnya menawarkan hrga terendah utk penyimpan emas..tdk buat yg berniat nk melaram.namun begitu,tdk lama lagi,pilihan design akan dtmbh khas utk yg melaram..tp lbh mahal sikit dri hrga sedia ada..but still murah dri pasaran.

  2. tq for info… bagus sangat bagi saya yang baru berjinak2 dgn gcp…. boleh jadi sifu ni….

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge