Detik awal dan kisah permulaan bisnes emas saya bermula dengan artikel dalam akhbar yang saya baca pada tahun 2008. Ayat yang mengatakan tentang harga emas naik 4 kali ganda dalam masa 10 membuatkan saya tersentap lalu membuat kajian yang lebih. Saya percaya dengan ilmu saya boleh membuat keputusan yang terbaik di saat sedang mencari alternatif simpanan masa depan bila wang yang disimpan di bank mengalami ketirisan. Barulah saya sedar besarnya rahsia di sebalik emas ini yang mana dalam masa yang sama membongkarkan satu demi satu kelemahan wang kertas.
Atas dasar ingin berkongsi ilmu baru yang saya rasa “ruginya jika orang lain tidak tahu”, saya memulakan langkah menyampaikan ilmu yang saya ada sedikit demi sedikit melalui forum di internet. Bukan mudah untuk membina kepercayaan orang kepada kita secara online. Tapi saya berpegang kepada prinsip “dapat sedikit, kongsi sedikit, tak perlu tunggu kaya dan berjaya baru nak kongsi “.
Ramai orang menganggap pengalaman mereka tidak seberapa untuk dikongsi, sedangkan kita tidak tahu, orang lain mungkin mendapat manfaat dari apa yang kita kongsikan. Tidak sangka pula saya semakin dikenali apabila banyak berkongsi ilmu dan kredibiliti terbina dengan sendirinya di samping kepercayaan orang kepada saya semakin kuat apabila banyak pelanggan-pelanggan saya menyatakan kepuasan mereka apabila berurusan dengan saya. Ini kerana saya bukan menjual produk semata-mata tetapi berkongsi ilmu dengan mereka di samping memberi rundingan dan bimbingan percuma yang kebanyakannya hanya secara online.
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.”
Saya memilih syarikat emas Goldcrest Pavilion (GCP) yang terbukti telah 4 tahun bertapak dengan sistem yang sangat menguntungkan pengedar, bantuan modal 100% disediakan , servis yang pantas dan mesra di samping pelbagai keistimewaan yang lain. Di GCP, para pengedar mendapat peluang belajar tentang ilmu emas dan bisnes dengan CEO GCP sendiri iaitu jutawan emas Tn Shamsul Anuar Md Ali . Banyak info tentang emas dan GCP saya kongsikan di blog Jutawangold.com yang menjadi rujukan orang baru dan lama.
Saya mengamalkan 4 strategi Rasulullah berniaga dalam menjalankan bisnes emas secara online iaitu:
1. Siddiq -berkata benar ,jangan menipu dan sentiasa jujur kerana hanya dengan sikap ini kita akan dipercayai
2. Amanah – apabila kita amanah,kita mudah diberi peluang oleh orang lain
3. Tabligh – menyampaikan ilmu yang kita miliki kepada orang lain
4. Fatonah – sentiasa berusaha meningkatkan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan dengan belajar pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan bersungguh-sungguh
Ramai yang tidak percaya saya tinggal di sebuah kampung sahaja dan menjalankan bisnes internet dari rumah di samping tugas hakiki sebagai seorang guru. Bagi saya tiada apa yang mustahil selagi anda mempunyai sebuah netbook dan talian internet. Ilmu dan informasi di hujung jari dan pasaran yang luas di alam maya menyebabkan lebih mudah untuk kita menjalankan perniagaan online. Laman sosial seperti facebook (fb ) dan blog banyak membantu saya dalam menjalankan bisnes online dan menjana pendapatan 4 angka sebulan.
Anda tak perlu menjadi pakar membina website atau pakar membuat pelbagai rekaan grafik untuk berjaya kerana ianya hanya buang masa. Saya sendiri mengupah orang yang mempunyai kepakaran untuk tugas teknikal dan saya hanya fokus dengan kandungan blog selepas menentukan tema dan blog bagaimana yang saya nak.
Ramai yang ingin berjaya dengan bisnes internet, tapi mereka malas membaca dan malas menimba ilmu. Akibat tidak sabar, modal lebur dan tidak dapat apa-apa hasil melainkan buang masa dan wang sahaja. Apa sahaja yang dilakukan haruslah dengan ilmu dan ianya harus dipraktis bukan disimpan. Dari sini kita akan menemui banyak jalan dan cara yang betul dan salah ketika menjalankan bisnes online. Belajar dari “try and error” kerana ianya lebih praktikal dan berkesan.
10 Tip atau Kunci Kejayaan Bisnes Emas melalui Internet :
1. Bina kredibiliti dan jual diri bukan jual produk. Apabila orang suka dengan kita, mereka akan membeli produk kita.
2. Berkongsi ilmu tanpa syarat dan ikhlaskan hati. Banyakkan memberi dan berkongsi tanpa jemu dan lihat sendiri hasilnya
3. Jika ingin berkongsi ilmu atau sesuatu idea di internet, pastikan anda berkongsi dari hati, barulah ilmu itu akan sampai kepada mereka yang membaca
4. Banyakkan bercerita pengalaman sendiri atau orang lain kerana lumrah manusia mereka suka mendengar atau membaca cerita orang lain. Cerita yang bagus dan mempunyai mesej sudah tentu memberi kesan yang positif.
5. Sentiasa mencari kelainan dan mengikuti perkembangan semasa dan keadaan, contohnya apabila gaji, saya akan banyak berkongsi tentang tip pengurusan gaji dan bagaimana memulakan simpanan emas . Contoh kedua, jika tiba musim perayaan saya akan berkongsi tip bagaimana memanfaatkan duit raya anak untuk simpanan masa depan mereka.
6. Pelbagaikan bentuk penyampaian dalam bentuk teks, animasi, cerita santai, dialog, gambar dan video.
7. Memahami keperluan pembeli dan masalah yang dihadapi mereka membantu kita dalam menentukan apa informasi yang boleh kita kongsikan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
8. Membina hubungan dan ukhwah dengan pelanggan, contohnya saya akan komen di gambar /post pelanggan saya yang menceritakan tentang sesuatu hal sebagai tanda persahabatan .
9. Meletakkan testimonial dan pengakuan dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk dan servis kita sebagai bukti kita adalah penjual yang dipercayai dan disukai dalam urusan online.
10. Konsisten dalam bisnes yang dijalankan, jangan sekejap muncul dan sekejap hilang. Sentiasa maklumkan tentang makluman operasi dan urusan jual beli untuk meningkatkan keyakinan orang lain. Contohnya,saya akan maklumkan jika saya tidak dapat online pada satu masa, jadi pelanggan saya akan sms kerana tahu saya tidak online jika perlukan respon segera.
Situasi yang dihadapi sekarang, ada sesetengah orang kurang yakin dengan urusan pembelian secara online termasuklah emas. Jika anda masih di era 1990-an, logik kerisauan ini, tapi kini era teknologi dan informasi semua di hujung jari sahaja dan kita tak perlu bersusah payah ke sana sini membeli produk dan menghabiskan masa, wang dan tenaga. Perniagaan emas secara online semakin mendapat tempat apabila pengedar emas yang sah bagi sesuatu syarikat semakin banyak mempromosikan bisnes ini di internet sama ada melalui blog mahupun facebook. Jarang sekali kedengaran kes penipuan melibatkan pengedar emas sesebuah syarikat, yang sering terjadi ialah penipuan yang melibatkan mereka yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Di sinilah terletak kelebihan seseorang yang mendaftar sebagai pengedar sesebuah syarikat.
Sejak menjadi pengedar GCP, saya berpeluang membimbing lebih kurang 300 orang pengedar dari seluruh negara termasuk luar negara di mana 90% dari mereka tidak pernah saya jumpa!
Dan rata-rata pelanggan saya juga berurusan dengan saya secara online dan tak pernah bersemuka, sebaliknya berkomunikasi secara online dan sesekali ada urusan yang dilakukan menerusi telefon. Kebanyakan pelanggan online ini suka berurusan dengan saya kerana saya selalu ada di alam maya, mudah dihubungi, cepat membalas mesej mereka, menawarkan harga terbaik, jaminan penghantaran, jaminan belian balik tertinggi dan rundingan percuma di samping berpeluang menambah ilmu apabila menjadi rakan di facebook.
Apabila ingin berjaya dalam bisnes emas secara online, perkara pertama yang harus difikirkan ialah “ilmu”, bukan modal. Ilmu adalah modal terpenting yang harus dicari dan diamalkan. Ramai yang melupakan aspek ini lalu kurang berkongsi ilmu dengan orang ramai sehingga timbul persepsi yang salah seperti :
1. Rugi beli emas sebab harga jatuh – sedangkan emas adalah simpanan jangka masa panjang, rugi jika anda jual sahaja, jika disimpan tetap akan untung.
2.Takut kena bayar zakat – sedangkan ia menyuburkan harta. Rujuk info zakat di web pusat zakat negeri yang anda bermastautin.
3. Bimbang dengan emas palsu – ketulenan emas boleh diyakini jika membeli dengan syarikat seperti GCP kerana sudah 4 tahun berada di pasaran. Emas yang anda beli tak kira di mana sekalipun boleh diperiksa ketulenannya di mana-mana ar rahnu atau kedai emas secara percuma atau di pejabat GCP sendiri. Resit sebagai bahan bukti yang boleh anda gunakan untuk membuat laporan jika benar berlaku penipuan
4. Takut terjebak dengan skim pelaburan emas – GCP sama macam kedai emas, anda beli emas dapat emas. Emas itu boleh pegang dan simpan sendiri mahupun boleh diniagakan.
Selepas mantap dengan ilmu, sebaiknya berkongsilah agar dapat memberi manfaatnya kepada orang lain. Anggaplah bisnes yang dilakukan sebagai salah satu jihad untuk membantu masyarakat mengubah simpanan biasa-biasa mereka selama ini kepada emas-simpanan luar biasa yang terbukti kehebatannya berkurun lamanya. Jika ingin mendapatkan ilmu emas di blog yang digelar sebagai “lubuk ilmu emas” oleh pembaca setia, anda hanya perlu ke blog Jutawangold.com.
Terbaru, saya ada mengeluarkan ebook (buku alam maya) bertajuk Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab: Panduan Terkini Simpanan, Pelaburan dan Bisnes Emas yang boleh dibeli melalui facebook saya Nor Fazilah Abd Mohd atau ke fanpage ebook @ fb “Ilmu Emas “ atau sms saya 0199708897 untuk keterangan lanjut. Ebook ini sangat lengkap dan padat dengan ilmu tentang emas lengkap dengan pakej 8 bonus berserta bimbingan esklusif dari saya dan telah terbukti memuaskan hati mereka yang telah mendapatkannya. Tawaran menarik hanya untuk mereka yang terawal sahaja.

Jual beli emas dengan ilmu, anda pasti berjaya, in sha Allah.
Nor Fazilah Abd Mohd @fb
Mentor dan usahawan Emas,guru,blogger,penulis ebook.
Founder of Jutawangold.com /fb Jutawangold.com /Ilmu Emas
Maklumat berguna.
Mantap !!!