10 Sebab mengapa bisnes lingkup dalam 6 bulan

.

tip bisnes

1. Bisnes ikut-ikutan

Dengar dengar bisnes itu banyak untung, join. Tapi bila dah masuk baru tahu lebih sudu dari kuah. Jangan….banyak stok je bawah katil nanti.

2. Modal tak cukup

Ada 10 ribu buat bisnes yang bernilai 10 ribu, bila nak pusing duit dah tak boleh, duit dah habis. Kalau boleh ada 30 ribu buat bisnes yang nilainya 10 ribu je.

3. Kurang perancangan yang teliti

Ini kes tak ada ilmu main hentam keromo je. Tak tahu untung berapa rugi berapa. Belajar BMC .

4. Kurang kawalan

Mungkin masalah pekerja, kurang penyeliaan, jauh dari kawalan sendiri. Bisnes baru macam tanam pokok, baru tanam pokok kena selalu siram, selalu kena baja. Faham kan?

5. Masalah pengurusan kewangan

Disamakan antara pendapatan bisnes dengan pendapatan sendiri. Tak boleh tu…bisnes ambil gaji je lah.

6. Ilmu seni bisnes yang kurang.

Bisnes bukan sekadar semangat. Ramai yang buat bisnes nak kaya, tak boleh. Buat bisnes macam kerja je, ambil upah je dulu.

7. Tak pandai menjual.

Ramai orang kita pandai buat gudang, tanam berekar ekar ladang. Tapi barang tak pandai dijual. Belajarlah ilmu menjual.

8. Jati diri tak kuat.

Nak berniaga tak boleh cuba-cuba. Bisnes ada dua je, satu hidup satu mati. Jangan ikut cakap orang lain, perlu belajar ‘berdegil’.

9. Bekerja sendiri.

Semua nak dibuat sendiri. Kita ada dua tangan dua kaki. 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kita tak boleh buat semua sendiri. Ramai tak pandai mengurus.

10. Tamak

Bisnes perlu fokus.Bersabarlah kalau nak terbang pun tunggu kepak tumbuh bulu.

Ini hanya sebahagian punca dan sebab anda tidak boleh lama dalam satu satu bisnes yang anda jalankan. Ubahlah sebelum terlambat .

– Tn Baharuddin Mohamed

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge