11 Tip Kejayaan Peniaga Kelantan

11 Tip mengapa peniaga Kelantan boleh berjaya dan Kota Bharu pusat peniagaan yang hebat

1. Semalam saya sempat pergi ke beberapa kedai kecil penjaja dan kedai makan di tepi jalan. Mereka tidak mementingkan tempat berniaga tetapi asalkan barang laku. ‘ bisnes mereka mudah’.

2. Mereka kuat beragama , asas itu menyebabkan barangan mereka jual dengan murah dan tidak mengambil banyak untung. Ramai orang beli dengan banyak.

3. Mereka peramah berniaga. Mereka menganggap semua orang yang datang kekedai mereka orang kaya.

peniaga kelantan

4. Faktor kepadatan penduduk. Kelantan hanya dihuni hanya 1/3 dari tanah besr mereka. Bandar kecil semuanya menyokong kepesatan kota bharu. Perkara ini tudak berlaku pada kota negeri lain. Mereka membantu sama sendiri .

5. Ekonomi Kota Bharu bukan hanya datang dari industri tempatan . Ianya juga sumber datangnya dari anak mereka yang merantau mencari duit dan memberi balik ibu bapanya di kampung.

6. Orang Kelantan merantau akan berpencen dann pulang semula di Kelantan. Itu sudah budaya mereka dari turun menurun. Mereka yang pulang membawa idea dan duit dan melabur di Kelantan. Industri perumahan cemerlang disini.

7. Kegiatan berkumpul-kumpul menyebabkan mereka kuat dalam bidang ekonomi dan menyokong antara satu dengan yang lain.

8. Mereka pandai pusing duit. Duit runcit mereka dipusingkan beberapa kali dan membuat untung berganda.

9 berniaga sebahagian dari hidup seharian mereka.

10. Mereka berazaman tinggi kerana sejarah kehidupan mereka. Oleh itu keyakianan diri mereka tinggi.

11. Kaya itu biasa, gagal itu pelik bagi mereka. Rumah besar – besar kereta menjalar, pandai berlaku…berniaganya hanya menjaja minyak gamat.

-Tn Baharuddin Mohamed

Sumber gambar :google

2 thoughts on “11 Tip Kejayaan Peniaga Kelantan

  1. Perniagaan yang mengutamakan keselesaan pelanggan dan ‘customer experience’ akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk menghapuskan halangan yang akan menjejaskan hubungan jual beli antara peniaga dan pembeli.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge