Baru-baru ini,saya ada terima pertanyaan berterusan melalui sms dari seorang yang baru mengenali emas.Mungkin soalan dan jawapan yang akan saya kongsikan ini bermanfaat untuk orang lain.
Newbies : How 2 be agent of gold,if bank rakyat dont accept any gold jewellery anymore?
Jawapan saya : Perniagaan emas tidak seharusnya bergantung kepada ar rahnu semata-mata.Mungkin ramai yang terkeliru sebab ramai peniaga/dealer emas yang mempromosikan tentang manipulasi emas dan pelbagai skill yang melibatkan ar rahnu.Ini sudah lari dari matlamat asal untuk menjadikan emas sebagai simpanan.
Jadilah agen yang menggalakkan orang lain beli dan simpan emas,elakkan manipulasi.Kalau nak untung lebih,buat trading.
Newbies : How to get $ by holding 999,but cant pajak?But 916 can pajak.But why agrobank accept 999.Is it true that bank rakyat dont accept jewellery?
Jawapan saya : Kalau kita bergantung dengan ar rahnu,memang tak boleh niaga.Saya kenal ramai dealer/peniaga emas yang berjaya tanpa mempromosikan atau mengajar kepada orang lain tentang ar rahnu.Mereka masih boleh berjaya dan mempunyai sales yang tinggi.Agrobank masih terima jewellery 999 sebab ia masih ada dana.Satu masa jika dah berlambak emas 999 di agrobank,mungkin mereka pun akan ikut jejak langkah bank rakyat yang dah tak terima barang kemas 999.Ini juga disebabkan oleh manipulasi berlebihan dan tindakan ramai yang suka overlapp (OL) di bank rakyat.
Newbies :So,apa yang bagus?999 vs 916?Dalam islam lebih baik emas tak campur kan?Di mana kita jual?
Asalkan betul emas,semuanya bagus.Perbezaan emas 999 dan 916 ialah pada ketulenan,di mana emas 999(2k) mempunyai nilai yang lebih tinggi dari emas 916 (22k).Emas 999 (24k) juga dikenali sebagai emas sepuluh.Kenaikan harganya lebih ketara.Jika beli bar,emasnya adalah 999 dan emas 916 biasanya barang kemas.Barang kemas still boleh dijadikan instrumen simpanan asalkan anda tahu apa kesilapan yang perlu anda elakkan.Kelebihan bar ialah premiumnya lebih rendah.Kesimpulannya,belilah emas mengikut tujuan anda.
Boleh jual kepada end user,dealer,peniaga emas,atau syarikat emas yang keluarkan produk tersebut agar anda boleh mendapat keuntungan.Pilihan terakhir-jual di kedai emas,sebaiknya elakkan sebab susut nilai yang dikenakan agak tinggi.
Jalan terbaik-belilah emas untuk disimpan,bukan dengan niat untuk dijual semasa harga tinggi.Ingat,kalau dah jual,belum tentu dapat semula harga yang beli dulu.Dan juallah hanya jika ada keperluan seperti yang pernah saya jelaskan dahulu.
Nantikan artikel saya yang berikutnya :
-Sembang-sembang emas :Beli emas maya,apa hukumnya?
-Antara gold bar,barang kemas,dinar,silver dan dirham..Yang mana satu
-Pengalaman pertama renew surat pajak-Kesilapan paling besar simpanan emas yang perlu dielakkan