Tahukah anda,ada 4 jenis pembeli emas secara umumnya.Mari kita lihat jenis pembeli yang biasa ditemui.
1.Pembeli emas yang membeli emas semasa harga emas murah
-Harga emas murah agak subjektif.Ada yang mentafsir,apabila graf menurun harga sedang murah,namun ia masih tinggi berbanding pembeli yang membeli emas lebih awal.Anda boleh mendapat harga yang agak ‘cantik’ jika mempunyai kemahiran melihat carta graf emas atau cekap membuat analisis teknikal (TA).Kemahiran TA ini biasanya menjadi kewajipan kepda forex trader.Jika ada kemampuan kewangan,belilah emas sekarang kerana harga emas hari ini lebih murah dari harga emas tahun hadapan.Apa pun Allah swt lebih berkuasa dari kita,sebagai manusia kita hanya mampu meramalkan sahaja.

2.Pembeli emas yang membeli emas semasa harga emas mahal
-Harga emas turun dan naik mengikut harga pasaran dunia di mana ia bergantung kepada permintaan dan pengeluaran selain faktor-faktor lain ,fundamental analisis (FA) dan musim perayaan.Krisis ekonomi dan USD yang semakin lemah juga menyumbangkan kenaikan harga emas.Ada pembeli yang membeli emas pada waktu harga emas sedang melambung disebabkan panik dan takut ia akan naik lagi.Semasa harga emas masih murah mereka hanya memerhati dari jauh tetapi apabila harga emas naik,mereka menjadi bimbang lalu membeli emas pada harga yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

3.Pembeli emas yang membeli emas kerana mengikut orang lain
-Ada orang yang membeli emas hanya kerana ikut-ikut sahaja.Mereka ini tidak mahu ketinggalan apabila melihat orang lain atau kenalan mereka membeli emas.Masalahnya pembeli jenis ini tidak tahu tujuan membeli emas ini dan melatah apabila harga emas menurun dan akan menjual emas untuk mendapat keuntungan segera.Ada juga jenis yang simpan lama,kerana selepas membeli mereka membuat sedikit kajian tentang emas dan mengetahui serba sedikit maklumat yang membantu mereka lebih faham.

4.Pembeli emas yang membeli kerana mempunyai ilmu tentang emas
– Inilah jenis pembeli yang terbaik sekali kerana membeli emas oleh sebab mempunyai ilmu tentangnya.Mereka juga tahu berapa harus dilaburkan,bagaimana membuat simpanan emas yang terbaik serta jenis-jenis emas yang sesuai untuk disimpan/dilaburkan.Semoga kita tergolong dalam golongan ini.Kepada yang baru mengenali emas,bacalah artikel yang ada di dalam blog ini yang mana ada sebahagiannya link kepada blog sifu saya.Artikel beliau ialah artikel yang saya baca berulang kali 3 tahun lepas untuk saya benar-benar memahaminya.