5 Kesilapan Utama Pembeli Emas Online Yang Selalu Dibuat

Pernahkah anda terfikir dalam perjalanan dengan pelaburan emas, anda akan membuat kesilapan yang besar tetapi anda tidak tahu dan tidak sedar. 

5 kesilapan pembeli atau bakal pembeli emas online adalah tajuk kita kali ini yang berkemungkinan anda juga sendiri pernah mengalami situasi seperti di bawah.

Saya juga berharap anda juga tidak akan buat lagi 5 kesilapan yang saya akan senaraikan di bawah.

tukar pemikiran anda, jangan lakukan kesilapan ini!
tukar pemikiran anda, jangan lakukan kesilapan ini!



1. Tidak membuat kajian secara mendalam atau sekurang kurangnya asas (basic) tentang simpanan, pelaburan dan bisnes emas.

Kalau ya pun selidiki dahulu selok belok asas emas ini. Asas pun sudah cukup. Jika anda tidak tahu apa apa boleh bertanya kepada pengedar emas berdekatan dengan anda ini –tanya sayalah! ;) . Malu bertanya sesat jalan, bukan?

Tapi sebelum nak tanya tu,…


2. Terus meletakkan harapan agar ada orang lain yang dapat tolong menjawab persoalan mereka.

Walaupun sebenarnya bila cari sendiri di Google pun dah boleh jumpa, pembeli emas ini tetap mahu bertanya (persoalan mudah seperti harga emas dan ukuran cincin emas itu). Penjual kadang kala sibuk dan tiada masa untuk membalas mesej yang ringkas sebegini. Pembeli selalu salah faham kepada peniaga yang tidak memberi jawapan kepada persoalan mereka. Jadi, carilah dahulu sumber jawapan yang tersedia dalam internet ini. Ini bukannya memudahkan kerja penjual emas sahaja tapi memudahkan anda juga sebenarnya.

sumber jawapan tentang emas
sumber jawapan tentang emas


3. Malas membaca tapi mengharapkan ada orang yang boleh menyuapkan semua info kepada mereka.

Selalunya pembeli ada sifat seperti ini. Sebab itulah transaksi pembelian emas yang sepatutnya mudah dan cepat tiba tiba jadi susah dan melecehkan. Tiada siapa suka benda leceh, betul? Dalam Facebook pun banyak group dan page yang berkaitan dengan emas. Like page dan join group tersebut.

4. Membeli emas tanpa ilmu dan menyalahkan orang lain apabila rugi,lebih teruk tidak mahu lagi terlibat dengan emas.

Ini lagi beban ;) . Jenis seperti ini sudah ramai sangat saya jumpa. Terus terang saya mahu nasihatkan, jadilah manusia yang berfikiran positif. Anda perlulah ada inisiatif dan kreatif dalam hidup, usaha mencari jawapan sendiri. Carilah dan bacalah artikel berinformasi yang berkaitan tentang emas.

 

tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda melainkan diri sendiri
tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda melainkan anda sendiri


5. Membeli emas dari peniaga yang menipu.

Bila dah tak nak belajar dan malas bertanya, tak tau asas usus pelaburan, perniagaan dan simpanan emas, tak pasal pasal terbeli emas dari saudagar emas penipu, kan naya jadinya? ;) .

emas pamp suisse palsu
emas pamp suisse palsu

Jadi apa yang anda patut lakukan sekarang??

Nasihat saya carilah mentor dan sumber ilmu asas untuk bermula. Perniagaan, pelaburan dan simpanan emas ini bukannya perkara main main dan murah. Contohnya individu seperti ini Nor Fazilah Abd Mohd . Saya lagi tu! ;)

 

Atau anda boleh usaha lagi berkorban sedikit demi masa depan anda juga dengan membaca buku tulisan saya ini. Sebenarnya saya agak sibuk orangnya…

buku belajar ilmu emas dalam 10 bab 3

Beli buku Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab

Buku tu sahaja harganya RM39 (semenanjung) /RM45 (bukan semenanjung) tetapi sekarang saya adakan promosi. Klik tulisan biru Beli buku Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab ini untuk tahu lebih lanjut.

Yang percuma cuma penghantaran sahaja.


Bayaran boleh dibuat ke akaun

Maybank 106138138842 (Mohd Selodi)

atau

CIMB 0616-0002422-20-8 Nor Fazilah bt Abd Mohd

Maklumkan masa membuat bayaran,nama penuh,alamat dan no telefon untuk penghantaran dengan sms ke 019 965 6636

Email :selodimohdghazali@gmail.com

 

terima kasih buat anda yang sudi membaca hingga habis ;)

sumber gambar emas tipu: http://seawarriorgold999.blogspot.com/2012/04/bagaimana-cara-mudah-untuk-kenal-emas.html 

2 thoughts on “5 Kesilapan Utama Pembeli Emas Online Yang Selalu Dibuat

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge