Salam..
Berikut adalah 6 soalan popular dalam simpanan emas
Soalan 1 :
Apa yang dimaksudkan dengan simpanan emas ?
Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan fiat anda,atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas.Mengapa emas?Jawapan utamanya adalah emas = wang yang sebenar.Selebihnya sila baca artikel saya sebelum ini.
Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal,iaitu emas dalam bentuk dinar,syiling,bar dan jongkong.Barang kemas juga adalah emas fizikal yang boleh juga dijadikan simpanan tetapi sebaiknya pilihlah item yang ditawarkan dengan harga yang murah.
Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang.Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.
Emas sangat istimewa kerana :
1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya
Soalan 2 :
Siapakah yang harus menyimpan emas dan dengan siapa hendak dibeli?
Semua orang yang menyimpan wang kertas yang harus menyimpan dalam bentuk simpanan emas.Wang kertas adalah wang yang peranan utamanya untuk pertukaran on the spot dan membeli barang/perkhidmatan.
Wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang baik!Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi.Manakah yang anda hendak pilih,menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang mana nilainya naik untuk jangka masa panjang.
Anda mempunyai pilihan untuk membeli dengan pengedar2 syarikat emas seperti GCP dan Public Gold.

Soalan 3 :
Di manakah saya hendak membeli emas?
Emas fizikal kini boleh dibeli dengan syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari harga di kedai emas.Dan kini terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh malaysia.Tanpa perlu buka kedai emas,dealer-dealer ini mampu menjual emas berkilo-kilo.Salah satu platform yang digunakan adalah melalui blog dan laman sosial.Blog ini salah satu contoh menjual dan membeli emas di seluruh Malaysia,anda juga boleh rujuk senarai dealer-dealer kami.
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah.Bayangkan jika pergram anda boleh jimat sehingga RM18.
Jika 100g
= RM18 x 100 = RM1800 ..banyak bezanya!
Soalan 4
Bilakah masa yang sesuai membeli emas?
i)Bila anda anda wang ,dan ada kesedaran-teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.
ii)Beli semasa harga emas turun sedikit (biasanya dalam tempoh 1-3 bulan,anda berkesempatan mendapat peluang untuk membeli semasa harga terbaik)
Ini tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi.Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya,cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.
iii)Beli secara konsisten setiap bulan.Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan emas.Atau letakkan target
1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda
Soalan 5 :
Sebab apa saya perlu simpan emas?
1.Nilai wang semakin jatuh
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
3.Emas adalah aset yg mudah cair
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
5.Pelindung kekayaan
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Soalan 6 :
Bagaimana saya harus bermula ?
Tip Simpanan Emas
1.Penyimpan
Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak.Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.
Kemudian,rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal.Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda atau membuat belian bulanan secara konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.
2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga
Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.
Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.
Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan syarikat emas
Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .
Dapatkan info lengkap tentang simpanan emas dengan menghantar email ke :selodimohdghazali@gmail.com
dengan menaip “Info Emas”,nama dan no telefon anda.
Artikel akan datang :
Masa sesuai untuk tukar wang anda kepada emas
Kenapa saya kata Jangan Melabur dalam Akaun Simpanan Emas
Kenaikan nilai emas :berita buruk bagi yang belum bermula
mcm mane klu dh bnyk emas..simpan di arrahnu..pas tu baya upah simpan..begitu ke..ke ada cra lain nk simpan emas kita tu..
beli emas ikut kmmpuan,blh simpan di rumah je..tp ada la caranya…klu takut blh sewa peti di bank2 atau safe deposit box
sya juga ade beli emas dgn pinjaman arrahnu..tp sya beli emas tu dgn hg yg murahlah..jd dealer gcp..pd sy untung juga untuk jangka panjang..setelah mengambik kira harga emas 5 thun akn dtg…tp bile dh bnyk cari info emas..jmpe pula kata cara sy tu haram..bgaimane pula tu..ape penyelesaiannya..
jgn lupe bayar zakat dr emas simpanan kamu ye hehehehehe
alhamdulillah..tk lupa…yg kesian..org yg nk beli emas fikir byk kali..sbb tkut nk byr zakat..:)
yg beri peringatan tu..jgn lupa byr zakat2 lain.zakat ada byk jnis. (saling mengingatkan)