Antara Emas 100g dan Emas RM20k

Apa yang hendak saya kongsikan kali ini ialah mengenai simpanan emas-berapakah yang harus anda miliki sebagai salah satu portfolio pelaburan?

Ketika saya menghadiri Seminar GCP,salah seorang penceramahnya memberitahu antara harapan mereka ialah mahu menggalakkan setiap keluarga menyimpan sekurang-kurangnya 100g emas.Kalau semua orang berusaha memiliki emas 100g,bertambah kuat ekonomi umat Islam.Inikan pula selepas itu stok simpanan emas ditambah dari semasa ke semasa dan tak semestinya simpan 100g.Ada kemampuan yang lebih,boleh simpan lebih kerana emas adalah wang yang sebenar.

Saya terfikir ketika mula-mula saya beli emas Public Gold RM48k yang melayakkan saya dan suami menjadi ‘dealer’,niat asal kami untuk menyimpan sahaja,tak terfikir untuk meniaga.Apa akan jadi jika saya masih lagi menyimpan sahaja emas tersebut tanpa membuat apa-apa?Saya masih untung!

Kerana harga emas yang saya beli dahulu,lebih rendah berbanding sekarang.Mungkin tak dapat dah  harga yang saya beli dahulu.Sekarang harganya dah meningkat.

Apa yang saya hendak sampaikan ialah,secara tak langsung syarikat Public Gold memainkan peranan yang besar juga dalam mendidik masyarakat tentang simpanan emas dan meletakkan syarat untuk menjadi dealer dengan modal RM2ok.Secara tak langsung,saya melihat tindakan ini membuatkan dealer mempunyai simpanan emas sekurang-kurangnya bernilai RM20k (mengikut harga semasa).Anggaplah ini adalah aset anda yang berharga sama seperti anda memiliki sebuah rumah dan sebidang tanah.

Anda juga layak mendapat potongan harga setiap kali anda menambah stok.Inilah kelebihan yang paling utama sekali.Bezanya GCP memberi potongan harga semasa hendak membeli manakala PG pula membayar dalam bentuk komisen setiap 20hb.Kelebihan GCP pula kelayakan untuk menjadi dealer lebih murah  dan  dealer boleh mendapatkan harga emas yang lebih murah.Spread untuk pembeli memang tinggi sedikit,tetapi dengan budi bicara dealer,anda mampu mengecilkan spread tersebut.Dealer telah mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan harga tersebut,jika anda merasakan ia mahal,anda bolehla jadi dealer untuk mendapatkan harga tersebut.Anda memudahkan urusan dengan orang lain,InsyaAllah urusan anda juga dipermudahkan.

Pokoknya,simpanan sendiri adalah penting.Janganlah jadi orang yang suka menjual emas sahaja tapi diri sendiri tiada simpanan emas.Dengan teknik yang betul,simpanan anda boleh dijadikan stok meniaga tanpa mengurangkan ‘gram’ yang anda beli dahulu.Sebaliknya tidak mustahil stok anda semakin bertambah.

2 thoughts on “Antara Emas 100g dan Emas RM20k

    • alhamdulillah..keep it up..
      yg penting sudah bermula..kongsikanlah info ttg emas dgn kenalan dan saudara mara..kita sama2 kuatkan ekonomi dengan menyimpan emas dan perak

Leave a Reply to iZwaN Cancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge