Antara Gold bar,dinar,barang kemas,dirham dan silver..Yang mana satu

Salam..

Sejak semakin ramai yang celik emas,semakin ramai orang yang mula menyimpan emas secara konsisten.Maka saya jugak menerima banyak juga soalan-soalan tentang emas ini.Antaranya saya dapati,ramai yang tak tahu membuat pilihan.

Nak simpan apa?

Gold bar kah?Dinar kah?barang kemaskah..Dirham atau silver?Yang mana satu..

Maka soal saya kembali.Tujuannya apa?

Kalau simpanan emas itu untuk menggantikan simpanan wang kertas,ini dikira sebagai simpanan jangka masa panjang,maka gold bar lah yang paling sesuai.Jika bajet kecil,boleh mulakan dengan dinar.Gold bar adalah emas 999 dan 999.9 di mana ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.

Dinar pula sebenarnya untuk tujuan muamalat,contohnya dinar Kelantan,maka tujuan membelinya haruslah dengan niat untuk bermuamalat,tapi tak semestinya anda belanjakan sekarang.Mungkin anda boleh simpan dahulu untuk dibelanjakan kemudian hari.Begitu juga dirham,ia juga untuk muamalat.Ia diperbuat daripada silver 999.9.Ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan,sedikit kesilapan di sini.Niatkanlah untuk muamalat dan membayar zakat,atau lain-lain yang bersesuaian.Anda boleh rujuk di sebelah kanan blog ini,ada senarai tempat-tempat yang terima dinar dan dirham untuk muamalat,dan untuk list terkini,sila rujuk group di fb-dinar dan dirham atau dinar dinihari.

Dinar lain yang ada di pasaran mungkin lebih sesuai dijadikan sebagai simpanan (saya kurang minat nak sebut pelaburan).Kerana ia lebih kepada syiling emas kerana tidak diiktiraf oleh pemerintah.Maka dinar jenis ini sesuai sebagai simpanan.

Barang Kemas?

Barang kemas bukanlah simpanan emas yang terbaik,kerana  mengalami susut nilai yang tinggi.Kecuali anda menyimpan/memakainya lebih lama.Untuk mengelakkan anda rugi,elakkan :

1.trade ini

2.jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai

Juallah bila hanya terdesak,dan simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda.Sebagai contoh,2 gelang tangang yang saya belikan untuk anak perempuan saya telah bengkok,saya tetap menyimpannya untuk diberikan kepada beliau bila dewasa nanti.Sebaliknya saya berhajat untuk belikan yang baru untuknya.Dengan cara ini,simpanan emas bertambah.

Pilihan lain untuk yang ingin bergaya sambil menyimpan emas,adalah produk i -series di mana spreadnya hanyalah 10% sahaja.Sila klik sini untuk rujuk harga terkini di sini : http://publicgold.com.my/liveprice.html

Jika anda tetap ingin menjual barang kemas anda,sila rujuk harga emas terpakai di sini : http://gcp.com.my/

dan bandingkan dengan harga kedai emas di mana anda ingin jual emas terpakai tersebut.Kalau nak trade in pun,saya galakkan anda jual dahulu.Untuk menjual emas terpakai,anda boleh hubungi saya di talian 019-9708897.

Contoh harga terkini untuk emas terpakai ialah :

EMAS
HARGA
999.9 RM: 171.83
999 RM: 168.39
916 RM: 152.92
835 RM: 135.74
750 RM: 118.56
585 RM: 84.19
375 RM: 42.96
Kemaskini Pada :15 Sep 2011 – 17:55:18

Silver atau dirham?

Silver terdapat dalam banyak jenis,bar,syiling,dan raw.Walaupun dirham juga silver tetapi tujuan menyimpannya adalah untuk muamalat.Maka simpanlah silver jenis lain sebagai simpanan anda.

Bagi yang ingin menambah stok gold bar atau silver,bolehla hubungi saya atau mana-mana dealer jutawangold berdekatan anda sekarang,sebelum harganya semakin mahal.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge