Apa kata Pengedar: GCP Pencetus Revolusi

pelaburan emas daripada gcp

GCP pencetus revolusi. Tingkatkan ekonomi bumiputra melalui simpanan & perniagaan emas.

Tidak dapat dinafikan lagi, emas dan perak adalah antara bahan logam ciptaan ALLAH S.W.T yang amat bernilai dan tidak boleh dicipta oleh mana–mana manusia di muka bumi ini malah ianya telah wujud sejak berkurun tahun dahulu lagi. Oleh itu, tidak hairanlah ia begitu berharga dan berpotensi untuk dijadikan platform yang terbaik sebagai aset simpanan pada masa hadapan. Emas dan perak bukan sekadar instrument pelaburan yang menguntungkan, rendah risiko dan selamat. Emas adalah simbol kekayaan di dunia dan anugerah di Syurga. Namun masih ramai yang belum menyedari kaedah sebenar membuat pelaburan ini sehingga ramai yang terpedaya dengan penipuan pelaburan emas. Pakar pelaburan mencadangkan portfolio pelaburan dan simpanan anda sewajarnya mempunyai 15%-20% dalam bentuk emas dan perak. Di samping itu juga emas dan perak boleh diterjemahkan dalam bidang perniagaan kepada usahawan-usahawan yang berminat menceburi dalam perniagaan ini.

 

jongkong emas
Menyedari hakikat itulah, seorang anak muda yang berasal dari Bachok, Kelantan, Nik Zaidi Bin Nik Par yang bekerja di sektor kerajaan merebut peluang menjadi seorang usahawan emas dan perak sebagai alternatif pendapatan sambilan disamping mengurangkan kebergantungan sepenuhnya terhadap ekonomi pekerjaannya sebagai kakitangan kerajaan. Ditambah pula dengan hadis Rasulullah S.A.W 9/10 adalah perniagaan meningkatkan lagi minat dan keterujaannya terhadap emas dan perak ini.

 

Bercerita mengenai pengalamannya, “Saya mula menceburkan diri dalam perniagaan emas dan perak ini pada Jun 2012 dimana pada masa itu saya terbaca satu artikel di internet yang bertajuk “Percaturan Shamsul Menjadi”. Kisah pengasas GCP tuan Shamsul Anuar Md Ali yang menubuhkan GCP empat tahun lalu dengan tulang empat keratnya tanpa bantuan daripada dana agensi kerajaan amat menarik minat saya. Walaupun beliau pernah memohon dana dari agensi kerajaan untuk membuka kedai emas dan hingga kini tiada sebarang maklumbalas tentang status permohonan tersebut namun beliau tidak menunggu dana tersebut diluluskan untuk bertindak. Sikap beliau yang tidak bergantung harap dengan sokongan kerajaan membuktikan bumiputera boleh berjaya dengan usaha sendiri secara tak langsung menolak segala pandangan sinis tanpa bantuan kerajaan, bumiputera takkan berjaya. Kini GCP telah mempunyai tiga cawangan kedai emas dan mempunyai 4500 rangkaian pengedar di dalam dan luar negara.

 

produk gcp dinar emas
produk gcp dinar emas

Sejak itu, saya mula membuat kajian tentang emas dan perak bagi mencari ilmu berkaitan emas dan perak ini. Hasil daripada penilaian dan ilmu yang saya dapat, jelas bahawa emas dan perak amat bernilai bagi mereka yang ada kesedaran dan matlamat. Bagi sesetengah individu yang celik emas dan perak, mereka bukan sekadar menjadikan emas dan perak sebagai barangan perhiasan semata-mata malah menjadikannya pilihan sebagai tabungan atau simpanan bagi menggantikan simpanan wang yang semakin susut nilai. Ada yang menyimpan emas dan perak untuk pendidikan anak-anak, simpanan untuk mengerjakan umrah atau haji, boleh juga dijadikan mas kahwin atau mahar dalam sesebuah majlis perkahwinan. Apa yang menarik perhatian saya, perbezaan menabung wang dengan menabung emas atau perak ini adalah walaupun berat gram tidak bertambah tetapi nilainya sentiasa akan bertambah mengikut pasaran semasa manakala wang pula perlu ditambah dari semasa ke semasa bagi meningkatkan nilai simpanannya.”

 

contoh bar silver
contoh bar silver

Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, Dari riwayat Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambingtersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.” Rasulullah bertanya: “Bagaimana kamu melakukannya?” Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Dalam kisah ini, harga kambing 1400 tahun lalu adalah 1 dinar emas dan harganya kekal hingga hari ini seekor kambing bersamaan harga 1 dinar emas. Terbukti nilai emas adalah kukuh berbanding nilai wang kertas yang semakin menurun dimamah inflasi!

 

wang kertas
adakah nilai wang kertas ini sama saja berbanding 10 tahun yang lalu?

Menurut Nik Zaidi lagi, “Bukan senang nak senang, kena bersusah dahulu. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan, itulah ungkapan yang sering bermain difikiran saya bagaimana untuk menjana pendapatan sambilan bagi meneruskan kelangsungan hidup yang penuh dengan cabaran pada masa kini.

 

GCP welcome
jom jadi pengedar bersama

Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar emas syarikat Goldcrest Pavilion Sdn.Bhd(GCP) yang merupakan syarikat milik penuh bumiputera. Dengan perkongsian ilmu daripada rakan Pengedar GCP Seluruh Malaysia dan juga pengasas GCP sendiri En.Shamsul Anuar Bin Md Ali yang banyak mengajar saya bagaimana menjadi seorang usahawan emas dan perak secara online dan offline sehingga ke tahap ini. Untuk berniaga perlukan kos pemasaran. Namun saya tidak perlu gusar kerana semua kos untuk bantuan pemasaran ditanggung oleh pihak GCP.

Menceritakan pengalamannya lagi, Ada 3 perkara perlu anda ketahui tentang emas dan perak:
1. SIMPANAN
2. PELABURAN
3. BERNIAGA

1+2+3 = Untung, untung dan untung

1. SIMPANAN; Beli dan simpan emas memang untung sebab kenaikan emas setiap tahun berada sekitar 20% – 30% .Tahun 2011 sahaja mas naik 45%.

2.PELABURAN; Bermaksud kita beli emas ketika harga murah dan menjual semula ketika harga tinggi. Turun naik harga emas ini kita boleh semak mengikut masa kita. Setiap pelaburan ada untung dan rugi.

3. BERNIAGA ; Menjual dan membeli emas ketika ada tunai. Cara ini memang untung banyak sangat sebab untung jual dan beli boleh mencecah sehingga 45% bagi setiap gram emas.

 

nor fazilah abd mohd dealer gcp
nor fazilah abd mohd dealer gcp

Syarikat GCP adalah kedai emas, sama sahaja dengan kedai-kedai emas lain yang sudah lama bertapak di Malaysia cuma bagi meluaskan pasaran perniagaan syarikatnya telah memasarkan barangan kemas secara dalam talian untuk memudahkan pelangan-pelangan yang berada diluar kawasan membelinya, berkonsepkan DAFTAR, TEMPAH, BAYAR dan TUNGGU. Para pelanggan tidak perlu bimbang kerana kos penghantarannya ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat serta jaminan barang kemas selamat sampai ke destinasinya.

 

Ujarnya lagi, Ada sesetengah pendapat yang mengatakan emas negeri Kelantan adalah yang paling molek dalam erti kata lain cantik, tetapi pada hakikatnya semua itu tiada kesahihan yang jelas kerana emas dikira berdasarkan ketulenannya iaitu 999, 916, 835, 750, 585, dan 375. Jadi, kita sebagai masyarakat seharusnya peka dalam mencari ilmu khususnya berkaitan dengan emas dan perak ini.

 

Menyedari betapa pentingnya emas dan perak dan juga bagi menyakinkan masyarakat terhadap bahan logam ini saya telah membuka sebuah kedai emas dan perak, NIK GOLD TRADING (002177464-A) di jajahan Bachok, Kelantan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan emas dan perak yang saya ceburi, hubungi saya di talian hotline 013-9485016 / 017-9468454 atau untuk dapatkan ilmu emas atau perak layari:

http://www.nikzaidi.blogspot.com

Rancanglah masa depan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge