Apa kata pengedar RDJ

Walaupun semakin hari masyarakat semakin celik emas pada hari ini, namun masih ramai lagi di luar sana yang belum benar-benar memahami apa itu simpanan emas. Persepsi salah yang berada dalam fikiran masyarakat ialah :

1.Emas hanya perhiasan wanita
2.Emas dibeli dan dijual apabila harganya tinggi

Disertai pula dengan ketakutan masyarakat pada 7 perkara di bawah,memburukkan lagi keadaan:

1) Takut kena zakat.
Janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat pelaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Rata-rata yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dengan emas pelaburan.

2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan
Risiko ada dalam apa jua perkara, ada caranya menyimpan emas sebenarnya. Orang Malaysia memang mudah takut bila fikir nak simpan emas di mana, sedangkan rakyat Kemboja dan Vietnam simpan di rumah sahaja. Dengan sedikit kreativiti, pasti selamat. Amalkan juga doa pendinding seperti surah Yasin ayat 8-9 dan al Baqarah ayat 137.

3) Takut rugi kerana beli mahal, nanti nak jual murah

Dengan adanya ilmu, anda tak perlu takut sebenarnya. Bagi mereka yang menganggap emas sebagai simpanan, emas naik atau turun tidak memberi apa-apa kesan pun.

4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ketulenan emas boleh diperiksa secara percuma sahaja di mana-mana kedai emas atau ar rahnu jika anda tidak yakin. Sekiranya anda memiliki resit pembelian emas, jika berlaku penipuan, anda boleh buat laporan polis.
5) Takut bila kecemasan, susah nak “cairkan” pada wang kertas.

Kebanyakan syarikat emas menawarkan tawaran belian balik dengan harga yang menarik dan dengan ilmu emas yang betul, ada cara untuk menjual emas tanpa susut nilai.
6) Takut susah nak bahagi pada anak-anak
Berbanding aset lain seperti hartanah, emas paling mudah untuk dibahagikan sebenarnya kerana ianya boleh didapati dalam unit-unit yang kecil dan mampu dimiliki.

7) Takut terjebak dengan skim cepat kaya dan penipuan.
Pastikan anda beli emas dan dapat emas fizikal di tangan, bukan dalam buku, bukan dalam kertas. Skim mudah dikesan apabila mereka menawarkan sesuatu yang tidak logik tetapi disukai ramai seperti divide, pulangan bulanan, beli satu percuma satu serta menjadikan ar rahnu sebagai perniagaan.

Pengedar emas mobil yang wujud kini banyak menyumbang ke arah masyarakat  yang celik emas. Antara pengedar emas yang aktif di laman sosial adalah  pengedar syarikat Goldcrest Pavilion di bawah bimbingan Pn Nor Fazilah Abd Mohd yang berjumlah 222 orang kesemuanya dari seluruh negara dan luar negara. Dikenali sebagai Rangkaian Dealer Jutawangold (RDJ) , mereka aktif  berkongsi tentang emas di laman sosial dan juga kepada masyarakat setempat.

Ada yang menjadi pengedar sejak masih belajar lagi seperti Mohd Izwan bin Abdul Rashid yang kini telah pun bekerja sebagai seorang guru. Beliau salah satu contoh seorang pelajar yang berjaya menguruskan kewangan dengan baik dan menggunakan wang lebihan untuk simpanan jangka masa panjang dengan membeli emas.

Nuur Suriati dan Uthman Hafiz bin Ghazali  pula contoh pelajar yang masih menuntut di universiti dan sangat konsisten dalam berkongsi tentang emas bersama rakan-rakan dan di laman sosial. Dengan keyakinan pada sunnah Nabi Muhammad SAW yang menjadikan dinar emas sebagai muamalat, mereka terus komited berkongsi dengan orang ramai tentang emas.

Pn Suzana Sulong yang berasal dari Kuantan dan Pn Anita Hassan dari Sungai Buloh antara pengedar wanita yang gigih berkongsi tentang emas melalui seminar-seminar yang diadakan di kawasan mereka. Alhamdulillah, semakin ramai yang celik emas dan memahami cara-cara menguruskan kewangan melalui simpanan emas.

Walaupun jauh nun di Sabah, tetapi pasangan suami isteri Pn Rafiah Hamzaril dan suami En Mohd Fadzil Mat Rodzi antara pengedar yang aktif secara online dan offline berkongsi kepada masyarakat tanpa jemu tentang keistimewaan emas dan kepentingannya.

Pengedar GCP juga terdiri di kalangan para pendidik yang memilih emas sebagai simpanan iaitu, Pn Rohaizan Ab Malek dari Tanah Merah Kelantan dan Pn Suzilawati Sulaiman dari Jerantut Pahang. Pn Marina Ahmad pula ialah kakitangan RTM Terengganu yang juga memilih untuk menyimpan sambil meniaga emas dengan prinsip “sharing is caring”.

En Suhaimi Ismail yang bekerja  dengan institusi kewangan berkata “dalam banyak perniagaan, emaslah satu-satunya perniagaan yang tiada tarikh luput, ianya sangat istimewa, beli-simpan pun untung, jual pun untung, beli balik pun tetap untung”.En Mohd Redzuan Bin Hamdan, pengedar dari Utara juga setuju bahawa jual beli emas fizikal untuk tujuan simpanan haruslah dengan ilmu yang betul.

Antara info yang pengedar-pengedar ini kongsikan antaranya ialah  tentang SEBAB PERLU MENYIMPAN EMAS :

1.Nilai wang semakin jatuh

2.Harga emas semakin naik untuk jangka masa panjang

3.Emas adalah aset yg mudah cair

4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi

5.Pelindung kekayaan

6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan

Hubungi barisan pengedar –pengedar emas  seperti berikut untuk keterangan lanjut,rundingan PERCUMA dan urusan jual –beli emas.

  1. 1.      Mohd Izwan bin Abdul Rashid
    012-5814008
    Parit Buntar – Bagan Serai – Nibong Tebal – Pulau Pinang
  2. 2.      Rohaizan Ab Malek

0199199224

Tanah Merah, Machang,Kelantan

 

  1. 3.      Suzana Sulong

016-9808989

Indera Mahkota, KUANTAN

  1. 4.      Anita

019234433

Sg Buloh,Rawang,Kuala Lumpur,Selangor

 

  1. 5.      Suzilawati bt Sulaiman (ad3020)

0199776066

Jerantut,Pahang.

 

  1. 6.      Suhaimi Md Ismail ad3857,

019-244 7574/012-6046896

Putrajaya, Ampang & Hulu Langat

 

  1. 7.      Mohd Fadzil bin Md Rodzi,

0109432978/0128447029

Papar,Kota Kinabalu

 

  1. 8.      Marina Ahmad,ad3187,

0176253646, Kuala Terengganu, Dungun

 

  1. 9.      Uthman Hafiz b. Ghazali AD3186,

013-994 7109,

Universiti Malaya, Petaling Jaya, Lembah Pantai & Terengganu

  1. 10.  Nuur Suriati Sabki, ad3858

013-3055013,

Kuala Lumpur, UM, Terengganu, Selangor

 

  1. 11.  Mohd Redzuan Bin Hamdan (ad4171)
    013-5812150
    Penang-Perai,Bayan Lepas,Seberang Jaya.
    Perak-Ipoh & Kuala Kangsar.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge