Awas dengan Serambi Emas:Jangan terpedaya!

Salam..

Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah mengenai sebuah syarikat emas yang semakin lama,semakin berkembang dengan cara yang salah.Malangnya,tak ramai yang tahu dan sedar modus operandi yang digunakan itu salah dan bertentangan dengan agama.Ar rahnu bukanlah perniagaan,apatah lagi peranan ia yang sebenar ialah membantu mereka yang memerlukan pinjaman,bukan memberi pinjaman kepada orang yang “TAMAK”.

Orang yang tamak ialah,yang berhutang dengan ar rahnu walaupun ia bukan sebab keperluan.Dalam Islam,kita tak dibenarkan berhutang dengan sewenang-wenangnya,sebaliknya kita haruslah elakkan selagi boleh.Lainlah kalau benar-benar terdesak,barulah boleh.Itupun kena berusaha untuk bayar hutang itu dengan segera,kalau tidak nanti,walaupun dah meninggal dunia,segala amalan tergantung kerana hutang.

Dengan Serambi Emas,katalah harga emas 100g bersamaan dengan RM20k,anda hanya sediakan 35% sahaja,iaitu dalam RM7k,selebihnya agen akan bawa anda ke ar rahnu dan pajakkan emas tersebut dan dapat pulang ke rumah dengan senang hati sebab dah dapat duit.Anda pula pulang ke rumah tanpa emas,sebaliknya bawa balik hutang sebab 65% yang dapat dari hasil pajakan dah di serahkan kepada agen Serambi Emas.Tanggung dan rancanglah sendiri bagaimana nak tebus dan bayar upah simpan di ar rahnu.Saya dan kawan-kawan peniaga emas yang lain,dah banyak tolong mangsa sistem 35:65 ini yang emasnya hendak dilelong sebab tak mampu nak bayar upah simpan dan tak mampu nak tebus.

Nasihat saya,beli emas,pastikan dapat emas,tak mampu buat cara tak mampu,beli sikit-sikit.

Petikan akhbar mengenai Serambi Emas :

Harga purata emas naik 27 peratus setahun


MEMILIKI barangan kemas menjadi impian setiap wanita, meskipun pelaburannya menelan belanja yang tinggi namun ia tetap menawarkan pulangan yang menguntungkan.


KUALA LUMPUR – Peluang melabur dalam bentuk simpanan emas tidak harus dilepaskan memandangkan ia mencatat kenaikan harga purata sebanyak 27 peratus setahun dan bakal menggandakan nilai harta pelabur.

Penasihat korporat Serambi Emas Sdn. Bhd. (Serambi Emas), Datuk Salleh Majid berkata, ini merupakan salah salah portfolio pelaburan yang menguntungkan khususnya bagi masyarakat Melayu yang masih ketinggalan daripada aspek memiliki aset kekayaan.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) itu menjelaskan, cara belian emas yang menguntungkan ialah dengan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.

Menurutnya, kaedah itu dapat mengelakkan daripada sebarang kecurian atau unsur-unsur penipuan memandangkan ketulenan emas itu disahkan oleh pihak ketiga.

Sumber :Kosmo Online

25hb 11 2011

Persoalan yang saya merahkan :

No 1: Siapa kata simpan emas dengan menggunakan ar rahnu menguntungkan,sila tunjukkan bukti dan kira-kiranya.Hakikatnya tidak sama sekali,sebaliknya ianya hanya mengundang beban semata-mata.

No 2 : Kecurian?adakah sebab itu perlu simpan emas di ar rahnu?Penipuan?Adakah emas yang dijual syarikat lain yang ada di Malaysia ini palsu atau tidak tulen?Memang saya rasa lucu sangat dengan statement di atas ini.Kesian kepada yang dah terpedaya dan termakan kata-kata di atas.

Hari ini,disebabkan berita ini saya dihubungi oleh beberapa orang termasuk seorang wanita yang ingin mencari info tentang Serambi Emas tetapi jumpa blog saya.Nasib baik saya dapat cerita kepada beliau dan Alhamdulillah,selepas dijelaskan,beliau pun nampak dengan jelas yang apa yang beliau hampir nak buat itu salah.

27 thoughts on “Awas dengan Serambi Emas:Jangan terpedaya!

  1. Mula-mula keluar SE ini pun aku dah question!
    Ada beberapa perkara yg aku pertikaikan termasuklah sistem 35:65 tu!
    Tp aku kena “dibodohkan” dlm FB, kena kutuk lg…
    dLM HATI “XPELAH… LANTAK DIAORGLAH…”
    aKHIRNYA terjawab!
    memang caranya tak betul!
    Anyway thank you. very good artikel! teruskan……

    • saya pon memang sedang mendalami cara mendapatkan keuntungan dari EMAS ni.. tapi saya buat kajian terlebih dulu…ternyata serambi emas ni boleh digunapakai…TAPIII…hanya org yg ada cashflow tinggi sbb dlm tempoh 18bln nnt harus dselesaikan lagi 65% dgn arrahnu…Saya ada jugak cara terbaik gunakan sistem arrahnu ni..tapi hujung2 saya tak rugi..Alhamdulillah…cara yg senang..sendiri handle..sendiri kaut untung..hehehe…REZEKI ALLAH..!

  2. first and foremost, i’m very sorry. but now. i just nak you tahu dalam islam pun kita tak boleh menjatuhkan orang lain dgn cara mcm nie. rakyat2 malaysia nie, bukan bodoh2. kalau sekali pun serambi emas tu menipu, ade caranya utk sedarkan komuniti kita. mungkin ketengahkan kan hukum2 ar rahnu. pengiraan. dalil al quran. atau pun hadis yg menunjukkan serambi emas melakukan kesilapan tp bukan dgn mungganakan word TAMAK atau bahasa kesat yg lain. masing-masing buat bisnes. bersainglah secara sihat okay. thank you 🙂

    • menjatuhkan org lain?oo..silap tu..ttg hukum tu..cik/puan blh godek dlm blog ni..atau google..lbh afdhal tnya pd yg pakar..klu rajin dgr radion islam..ikim..pun dh byk kali dh dibncgkan..tu klu cik/puan dgr la..kita nk tau..kita yg kena cri ilmu..jgn tgu org suap

      sy akan dedahkan smua scam2 berkaitan emas..so tk timbul soal bersaing scra sihat atau tidak.. 🙂

      tamak tu bukan bahasa kesat..dan tiada kata kesat digunakan..hrp dpt beri komen yg lbh mmbina next time..tq

  3. Nak tau kalau beli emas macam sistem ar rahnu 70:30 dengan kita beli 100% tanpa pembiayaan tp simpan kt agrobank juga…mana lebih baik

    • jauhi beli emas secara sistem 30:70 ni..beli mengikut kemampuan kita jauh lbh baik..hati pun tenang…cuma sy kurang jelas ttg simpan di agro itu..adakah yg dimksdkan itu pajak atau simpan..sbb ia dua perkara yg berbeza..klu simpan ok je..klu ikut org vietnam..mereka simpan di rumah je..cuma kena bijak dlm pemilihan tmpat

  4. ape nak buat saya beli emas di serambi emas dan sekarang dah terikat dengan 70:30 dengan agrobank. tolong bagi tahu cam ner nak buat untuk henti benda ini.

  5. sib baik allah tunjuk kan saya blog ni… kalau tak dah tanggung beban pulak… terima kasih kpd penulis krn beri peluang dan ruang kpd org2 lain utk berfikir , meneliti dan menyelidik sebelum terjerat dengan hutang…

  6. as salam, puan dh beri info, saya pun paham tentang bermacam skim pelaburan emas. yang saya tahu pelaburan halal ialah kuwait financial dan lagi satu sy lupa. Cuma saya nak tahu apa yang puan dapat daripada blog ini. Adakah ia satu proses perbincangan maklumat atau ada agenda sebaliknya.

  7. salam..kepada para pelabur emas di sini saya hendak berkongsi maklumat dan info tentang emas
    1) silap pastikan emas itu dilaburkan secara ‘allocated’ atau ‘unallocated’ .di situ sahaja banyak perbezaan nya.seeprti kuwait fiance house, maybank, cimb dan lain2
    2) Apa itu syariah compliance ? sila rujuk maksudnya samada ada fizikal atau tiada
    3) keuntungan emas pula bagaimana iaitu objektif kita membuat pelaburan emas?
    bagi saya semua tahu bila kita melabur emas semua orang hendak kan pulangan …jadi cara yang macamana yang kita perlu fikir mengikut kemampuan kita berfikir.jika kita tak mahu berhutang jadi beli lah cash emas itu ..kemudian nak ambil untung amalkan lah sistem jual beli.bagi saya setiap individu perlu kenal pasti apa tujuan dan matlamat masing-masing.semua orang nak kaya cepat,tipulah kalau kata mereka yang melabur tak nak kaya cepat. maksud saya ..emas ini kita mahu cara yang macamna ? short term atau long term…
    pandangan kita berbeza beza dan melahirkan aliran jadi menuntut ilmu itu perlu sebelum membuat pandangan yang hanya berdasarkan pandangan individu semata mata.

  8. Sebenarnya ramai yang tak tahu ttg jual beli emas/pajak gadai secara islam. Saya cadangkan dptkan ilmu dulu. Kalau tk tau hujung pangkal jgn tahu menuduh & menjatuh hukum keatas org2 ini.

  9. pada dasarnya, sistem ekonomi Islam sekarang belum 100% betul ikut Islam, sama juga dgn bank2 yg kononnya menggunakan sistem Islam tetapi mempergunakan semua kaedah Islam utk menghalalkan sistem mereka. kalau nak ikut Islam satu sen pun x boleh bertambah, caj perkhidmatan tu x ada dlm Islam. Tetapi kita tetap anggap institusi2 ini membangunkan ekonomi Islam. Sama juga dengan jual beli emas yg berlambak sekarang. Dekat mana Islamnya kalau beli harga lain, jual harga lain? Sejak bila Islam kata beli emas dekat org lain murah, kalau jual mahal? Dalam Islam sama juga, kalau beli RM10, kalau nak jual balik kena ikut harga emas semasa, bukannya tetapkan sesiapa nak jual balik ambil RM9. Tu dah masuk riba. Sepatutnya kita perlu fahami permasalahan yg ada sekarang. Sistem Ar-Rahnu adalah satu bentuk perniagaan jika dijalankan dengan betul. Memang benar, dalam Islam tak digalakkan berhutang tetapi dalam Islam mengharamkan riba. Jadi, yg mana lebih baik, berhutang ataupun makan hasil riba? Antara masalah sekarang, susah nak dapatkan emas 999 yg boleh digadaikan di Ar-Rahnu. Emas sepatutnya tak digalakkan jual tetapi disimpan. Kalau beli jual beli jual, tak mencapai matlamat sebenar fungsi emas tersebut. Sebab itulah Ar-Rahnu adalah jalan terbaik utk memastikan emas masih ditangan kita. Tetapi sistem Ar-Rahnu juga mempunyai masalah tersendiri, apabila dikenakan upah caj simpan. Upah caj simpan tak jadi masalah kalau tetap pada syaratnya hanya 6 bulan, tetapi bila ditangguhkan sehingga setahun itulah yg menjadi masalah. Jadi, untuk penggunaan Ar-Rahnu, walaupun diwujudkan sistem 35:65 sekalipun, kita sepatutnya bajet awal2 adakah kita mampu membayar balik pinjaman 65% tadi. Kalau tak mampu, janganlah berharap sangat nak beli dgn sistem ini. Belilah dgn kadar kemampuan sendiri. Kalau harapkan harga emas naik semata2, memang akan rugi. Bila rugi kita salahkan org lain. Dulu, ada Dinar kelantan tetapi sekarang susah nak dpt.

  10. 1) caj perkhidmatan tu x ada dlm Islam.

    2) Dalam Islam sama juga, kalau beli RM10, kalau nak jual balik kena ikut harga emas semasa, bukannya tetapkan sesiapa nak jual balik ambil RM9. Tu dah masuk riba.

    * Saya cadangkan saudara buka kedai emas…baru saudara tahu maksud yg sebenarnya…

  11. Assalamualaikum
    Apa yang saya faham dengan serambi emas, konsepnya sama dengan Loan ASB.
    Kalau kita tak setuju emas itu dirahnukan@buat pinjaman, Loan ASB apatah lagi.
    Secara jujur, saya tak pernah terlibat dengan serambi emas. Boleh ke kita katakan mereka-mereka yang buat loan ASB sebanyak RM100k atau RM300k orang yang paling tamak jika nak dibandingkan dengan mereka yang membuat al-rahnu?Bagi saya terpulang kepada kemampuan masing-masing. Kalau nak kondem pun, agak-agaklah wei.

  12. memangla system yg kita pakai skrg adalah bukan system islam.tamak tu dah mmg salah satu ciri.kebendaan atau material tu mmg jga.kita mengejar kemewahan,kekayaan.tak salah kaya kan?tapi cara dan nawaitu kita salah.dlm sistem tak islam ni, kejayaan adalah di ukur dari duiat dan harat yang kita ada atau dapat.kejayaan adalah kalu kita banyak wang, banyak harta.sekitaran dah memang mcm tu.sedar tak sedar semua orang/kebanyakan orang begitulah.masing-masing berlawan untuk mengejar kemewahan.dan ada yang tewas dan menang.tak kiralah cara salah atau benar.yang tak mengejar tu juga bukan sebab apa, tapi sebab kalah/tewas.cuma kiat boleh minimise kan contoh cam tak ambik rasuah, tak mencuri.(itupun jenis yang nampak jelas dan sah benda tu salah)

  13. boleh tunjukkan sy x sistem pelaburan islam mne yg trbaik d malaysia.klu blm ada anda buat sekarang sy nak melabur..bg sy melabur di serambi emas bkn tamak ia mengalakan kt menabung..untk hari tua..jgn dh pencin pn nanti kt msh kna kerja keras krna nak menyara kluarga,sepatutnya dh tua dduk masjd lg elok. duit banyak ht pn senang

  14. Salam..sy atok.sy ada beli emas brsame ejen serambi emas 24 karat..sy rase tertipu sebab sy bermodalkn 21 ribu untuk beli emas.tetapi sy ada bebanan hutang selepas menerima pajakan emas dari ar rahnu hampir mencecah 66 ribu..apa yg perlu sy lakukan cikgu?sy skrg brumur 56 tahun..sy tiada pndapatan lain memandangkn sy sudah pencen.

    • setiap kali emas naik, pakci hanya perlu pergi nilai emas tersebut, dan pakcik akan menerima duit atas keuntungngan emas tersebut. setelah menerima duit pakci hanya perlu bayar separuh atau semua keuntungngan yang pakcik dapat kalau nak cepat habis hutang. kalau pakcik pandai mengikuti perkembangan emas, pakcik tak perlu keluar duit untuk bayar hutang, dengan keuntungan emas tersebut yang akan bayar hutang sebenarnya ia tidak membebankan. malahan ia menguntungkan. ASB keuntungan setahun sekali tapi berlainnan dengan emas kalau pandai tengok perkembangan emas tiap2 perarayaan ada keuntungan.

  15. setiap kali emas naik, pakci hanya perlu pergi nilai emas tersebut, dan pakcik akan menerima duit atas keuntungngan emas tersebut. setelah menerima duit pakci hanya perlu bayar separuh atau semua keuntungngan yang pakcik dapat kalau nak cepat habis hutang. kalau pakcik pandai mengikuti perkembangan emas, pakcik tak perlu keluar duit untuk bayar hutang, dengan keuntungan emas tersebut yang akan bayar hutang sebenarnya ia tidak membebankan. malahan ia menguntungkan. ASB keuntungan setahun sekali tapi berlainnan dengan emas kalau pandai tengok perkembangan emas tiap2 perarayaan ada keuntungan.

  16. Bermula dengan *ETIKA EMAS* kepada *SERAMBI EMAS*, kerana benda ini lah saya berhutang dengan bank *10 TAHUN* untuk loan.

    Daripada sistem dulu 1+1 beli satu tambah satu (beli 100g emas dlu sekitar RM13,700 – RM14,300) kalau tak silap,

    So, beli satu 100g + 100g = 200g, di Ar-rahnukan -60% tinggal ballance nilai emas saya menjadi 80g je nilai emas saya. Kiraan (kita ambik nilai Rm13,700/100g)

    RM137/1g x 80 = RM10,960
    = RM 13,700 – RM 10,960
    = RM 2,740 (telah diambil)

    Itu belum lagi upah simpan daripada -60% Ar-rahnu lagi.

    Selepas daripada itu saya mendapat nasihat & info daripada kakitangan Bank Rakyat mengapa staf mereka sendiri dilarang daripada skim-skim seperti ini.

    Saya tidak berniat untuk memburukkan atau menjatuhkan sesuatu perniagaan, tetapi sebagai nasihat agar kita lebih berhati-hati dalam pemilihan pelaburan.

  17. Alhamdulillah.. sy suka bc komen2 yg membina dlm ni..
    Pada pendapat saya.. sistem ar rahnu ni tak salah.. tp sy x berapa gemar membuat pinjaman dalam jumlah yg banyak dlm arrahnu..

    Pada saya, sistem 35:65 tu pon tak salah, yg penting adalah macam mana kita nak dapatkan duit utk bayar balik pinjaman arrahnu 65% dan emas kita balik… maaf saya bercakap di sini, semua perkara yg kita buat perlu ada ilmu, ilmu ni penting.. sblom buat ape2 keputusan perlu bincang dan pertimbangkan sebaiknya..

    Alang2 da terbuat pinjaman dgn arrahnu, why not kita buka 1 perniagaan kecil2an, contohnya buka kdai abc ke, jual topup ke.., in syaa Allah mesti ada untung bulanan, why not kita guna keuntungan tu utk bayar balik di arrahnu scra sikit demi sedikit.. arrahnu bagi kita tempoh utk bayar balik, bkn dia mintak selepuk dpn mata.. kalau hampir tamat tempoh, kita just renew atau minta tambah tempoh.. mereka x akan persoalkan.. sy minta maaf kalau saya tersalah kata ye tuan puan.. betol ckap org, “tak seindah kata2” dan mungkin sy tak berada di tempat tuan/puan utk langsaikan hutang, tp sy ada ilmu arrahnu utk di kongsikan..

    Ada 1 lg yg sy suka dlm komen di atas tentang simpanan emas.. mgkin ada tok nenek kita yg simpan dan paksa kita beli emas, dulu2 mereka tak tau pon emas akan naik mahal mcm ni.. dalam page admin pon sy ada terbaca “kenaikan harga emas adalah 27% setahun”.. cuba bandingkan harga dahulu dgn skrg

    Dulu tahun, 90’an emas rm30
    Skrg tahun 2016 emas rm190++

    Nampak x perbezaannya.. emas makin mahal, bagus utk perlaburan jangka masa panjang.. btol lah tu kalau beli jual brli jual ,kat mane matlamat kita nk dpt untung.. kat sini saya galakkan lebih baik beli emas fizikal, beli emas yg nyata dpn mata.. beli emas dapat emas, bukan beli emas dapat kertas/sijil.. zaman skrg da tak susah nak dapat emas 999. Ada platformnya.. nak tau pm sy 01132196149.. nama saya azian..

    Sy suka nak ingatkan tuan/puan, hidup ni biar berilmu, supaya kita tidak mudah di tipu.. maaf admin, maaf semua, sy tak berniat nak kecikkan hati sesiapa. Maaf kalau tersalah kata…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge