![]() |
Logam emas kini bukan sahaja diminati kaum wanita malah kaum lelaki juga semakin memahami ketinggian nilainya. – Gambar hiasan
|
AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.
Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.
Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah’: 278-279)
Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.
Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)
Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.
Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.
Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).
Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.
Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)
Oleh NAJAHUDIN LATEH
Utusan Malaysia,19/05/2011
Ini pula komen kawan saya,Hasfa yang merujuk dengan pihak Jakim sendiri:
“Alhamdulillah…dapat hubungi Jakim bahagian fatwa….di maklumkan…belian emas secara ansuran adalah RIBA
Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )
(kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)
HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak
(kaedah kedua belian emas 35% 65%)
HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad
alhamdulillah sekarang telah sah dan benar kaedah belian emas 35%:65% adalah HARAM berunsur RIBA
pihak Jakim mengiktiraf pendapat ustaz zaharruddin kerana beliau memiliki ilmu dalam muamalad jika tak puas hati sila hubungi
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000
minta disambungkan ke bahagian fatwa…”
“isu epp atau belian emas secara ansuran pihak mereka masih lagi belum buat keputusan, akan tetapi pihak majlis fatwa negeri kedah ada mengeluarkan fatwa mengenai belian barang perhiasan emas dan perak …pada tahun 1970…bila saya utarakan pekara ini pegawai tadi mengatakan mereka akan rujuk semula.. jadi buat masa nie belian tangguh adalah haram sila hubungi jakim..elakkan diri dairi buat hukum sendiri”
Umat Islam terutamanya peminat, pembeli dan pelabur emas hendaklah mengawasi transaksi mereka supaya selari syarat tersebut dan terhindar daripada riba. Perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian dalam urusniaga mereka :
(i) Pembelian emas adalah bermaksud mempunyai pemilikan terhadap emas yang dibelinya. Oleh itu, haram kita membeli emas jika tidak mempunyai kebebasan dan kuasa untuk melakukan transaksi lain seperti tidak boleh menjualnya semula dalam tempoh-tempoh tertentu.
(ii) Haram membeli emas secara hutang atau secara tangguh dengan membayarnya secara ansuran walaupun terdapat pendangan minoriti yang memberi pengecualian pada emas yang telah diubah menjadi barangan seperti cincin dan gelang.
(iii) Menjauhi pembelian emas dengan menggunakan kad kredit kerana terdapat unsur syubhat lebih-lebih lagi dengan kewujudan resolusi terbaru Kesatuan Fiqh Islam Sedunia yang mengharamkannya. Begitu juga, haram secara mutlak jika tidak membuat bayaran kad kredit atas pembelian tersebut hingga dikenakan riba oleh pihak pengeluar kad kredit.
(iv) Tidak melakukan trade-in emas lama yang dimiliki dengan emas baru. Ini boleh membawa kepada riba kerana hukum tukaran emas dengan emas mensyaratkan timbangan kedua-dua tukaran tersebut adalah sama dan diserahkan serta-merta semasa pertukaran tersebut tanpa sebarang tangguhan masa. Untuk mengelakkan riba ini berlaku, orang yang ingin trade-in hendaklah menjualkan emas lamanya terlebih dahulu. Setelah mendapat wang jualan, barulah ia membeli emas baru tersebut.
artikel penuh di http://blog.najahudin.com/?p=887
thanks 4 sharing.. nice info..
Salam,
Saya baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas.
Saya nak tanya apa hukumnya kita mengambil pinjaman peribadi untuk dilaburkan ke dalam akaun pelaburan emas.
Mohon pandangan. Terima kasih.
salam..
-buat loan utk pelaburan..tk digalakkan (siapala sy utk larang..kerana masih belum arif sepenuhnya..ini kerana ada 2 pendapat dlm hal ini)..pinjaman bank ada riba di dlmnya..jgn ikut jejak langkah mereka2 yg dh silap..beli ikut kmmpuan
-akaun pelaburan emas jugak..mcm yg maybank dan public bank buat tu..tk menepati syariah…elakkan..beli emas fizikal..pastikan beli emas dpt emas
Salam puan,
Berdasarkan artikel di atas ,saya membuat kesimpulan bahawa pembelian PG secara online melalui bank in dan emas diambil beberapa hari selepas bayaran dibuat adalah haram kerana melibatkan serahan tertangguh . Apa pandangan puan ?
#Mohon pencerahan kerana saya memang ingin serius dengan bisnes emas tetapi hal inilah yang membantutkan hasrat saya sehingga kini
ok..en.zam..blh baca komen uzar ttg ini ya..
Soalan:
1. Apa hukum lock harga?
2. Apa hukum jual beli emas bertangguh (tidak dalam satu majlis aqad – hand by hand)?
3. Apa hukum wang kertas? Sama hukumnya seperti emas?
Dalam rukun jual-beli, terdapat 5 rukun asas iaitu:
1. Penjual
2. Pembeli
3. Aqad jual-beli
4. Barang yang dijual
5. Harga barang yang dijual
Istilah lock harga sebenarnya termasuk dalam rukun yang ke-3 iaitu aqad jual-beli. Hukumnya SAH kerana ia adalah salah satu elemen untuk melengkapkan urusan jual-beli.
Semasa lock harga, kita telah menentukan barang apa yang hendak dibeli dan ditetapkan berapa harga barang tersebut, ditentukan siapa pembeli dan penjualnya.
Disebabkan faktor jarak dan faktor keselamatan transaksi yang melibatkan jumlah wang yang banyak, maka Majma’ Fiqh Dauli (Majlis Fiqah Antarabangsa) yang bermesyuarat di Makkah telah menetapkan masa untuk membayar harga barang belian mestilah tidak melebihi 3 hari bagi mengelakkan unsur riba’ berlaku. Ini menjawab soalan ke-2; hukum tak diberikan emas dan duit hand by hand.
Soalan ke-3, hukum penggunaan wang kertas adalah sama dengan emas yang menjadi barang ribawi sekiranya tidak digunakan dengan kadar dan cara jual beli yang menepati syara’, berdasarkan hadis dari Abdullah bin As-Shamit :
Emas adalah ditukar (dijual) dengan emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma, garam untuk garam, sama jenis antara keduanya dan tunai dengan tunai. Dan sekiranya berbeza antara salah satu jenis barang tersebut, maka berjual belilah seperti mana yang kamu kehendaki selagi mana ianya secara tunai.”
Semoga membantu dalam memahami hukum jual-beli emas menurut syara’.
Wallahu a’lam.
Salam
Saya ingin kepastian…sekiranya tempoh lock harga melebihi 3 hari seperti yang dibincangkan…adakah hukumnya adalah riba?
Terima kasih
ini pula pndangan rakan2 sy yg sama pendiriannya dgn sy dlm soal ini..
-jika anda dah berpendapat haram…maka haram lah ia….jika rasa was-was..atau bersifat shubhah….kerana shubhah itu menjurus kepada haram…..jadi meninggalkan shubhah adalah lebih warak dan alim….
jika anda yakin dengan hujah-2 dari orang alim yg anda jumpa..atau anda berpegang kepada fatwa-2 terutama dari fatwa negeri dan kebangsaan….maka pegaglah ia….selagi ada khilaf dari ulamak…tiada bersependapat…ianya satu rahmat
-Root permasalahan nya kena di kenal pasti. kadang2 delay dapat emas atas sebab2 yg xdapat di elakan. bukan sebab sengaja xmau bagi. selalu nya sbb logistic, timing, etc etc..Stock xda bukan sebab Emas tu x wujud.. emas tu ada. cuma xda di branch yg buyer tu nak collect dan kena tunggu beberapa hari sampai stock sampai. Harga masih sama. dua2 pihak setuju dan senang hati dgn deal yg telah termetrai.
jika dua2 pihak setuju, tapi Emas dpt lepas bebrapa hari, dan transaksi itu di kira haram, adakah berdosa, penjual dan pembeli tadi? Pembeli reda dan tak kisah dgn kelewatan… sementara penjual xmenaikan harga dan masih tetap pada ikat janji jual beli (LOCK)… Cuma pendapat yg berbeza sahaja yg main peranan di sini. Pada sy, sy yakin apa yg sy buat itu benar dan tak da sapa2 teraniaya. Win Win situation.
hrp mmbntu 🙂