Bab 1:Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak(Islam dan masa depan wang)

oleh En Altercronic pada pada 19hb November 2010 pukul 11.12 pagi

Dinar Emas dan Dirham Perak

(Islam dan masa depan wang)

Bab Pertama –  Pengenalan

Bab Kedua – Wang Di Dalam Quran & Sunnah

Bab Ketiga – Perancangan Rasaksa

Bab Keempat – Perancangan Rasaksa dan Perikatan Yahudi – Nasrani

Bab Kelima – Tindakbalas Umat Islam

Bab Pertama

Pengenalan

Abu bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda “ Satu masa nanti mesti akan tiba menimpa umat manusia dimana tiada (yang tinggal) yang berguna ( atau member manfaat) melainkan satu dinar ( iaitu wang emas) dan satu dirham ( iaitu wang perak).” [Ramalan Rasulullah ini telah menjangkakan kemusnahan yang pasti akan berlaku kepada system kewangan palsu yang kini berfungsi di seluruh dunia.] (Musnad, Ahmad)

Adalah amat menghairankan dan memalukan pada ketika yang sudah pun agak lewat ini, dan apabila musuh musuh umat islam sudah berada pada tahap mengimpal pintu besi terakhir Guantanamo kewangan, terdapat begitu ramai umat islam yang masih jahil dengan kepalsuan yang terdapat pada wang ciptaan Eropah dalam dunia moden ini. Inilah kenyataannya, sehinggakan ada yang mengkritik penulis sebagai mempunyai pandangan yang “melucukan” berhubung perkara ini.

Terdapat gambaran bahawa tersangat kurang kefahaman tentang peranan system kewangan ciptaan eropah sehinggakan seolah-olah menyerahkan kepada musuh islam untuk mencuri secara sah kekayaan umat manusia. Kita juga tiada kesedaran bahawa musuh musuh tersebut telah merangka satu system kewangan yang akhirnya akan memberikan mereka penguasaan mutlak ke atas kewangan dunia. Mereka ini telah pon Berjaya memperhambakan berjuta2 umat islam dgn pembayaran upah kerja yg setaraf dgn hamba & penghidupan yg penuh dgn kedaifan. Pada masa yg sama mereka mengejar agenda Global yg berbahaya bagi pihak Negara Yahudi-Eropah yg bergelar Israel. Oleh itu amatlah menyedihkan apabila kita mendengar mereka menuduh rakyat Pakistan dan Indonesia sendiri sebagai penyebab kepada kesengsaraan, kemiskinan yg terdapat di Negara Negara mereka sendiri.

Media berita termasuk di negara2 yg mengistiharkan “islam” sebagai agama rasmi, sangat terkenal dgn tindakan mereka menggelapkan semua laporan berkaitan perkara yg penting ini. Sebagai contoh, berita tentang persidangan “International Conference on the Gold Dinar Economy” yg telah berlangsung di PWTC Kuala Lumpur pada 24-25 julai 2007 kurang mendapat liputan. Sebuah ucaptama bernas telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau telah menyediakan asas kukuh bagi membincangkan secara mendalam selama 2 hari perkara2 yg berkaitan dengan “wang”. Risalah ini merupakan perluasan perbincangan dari kerja2 yg saya bentangkan bertajuk “Explaining the Dissapearance of Money with Instrinsic Value” di persidangan tersebut. Pembaca mungkin ingin menilai liputan persidangan tersebut dalam akhbar2 Malaysia berbahasa inggeris.

Apa yg lebih menyedihkan dari penggelapan berita ialah para ilmuan islam yg terlatih secara tradisional (Ulama) seolah2 bersama dgn org awam di kalangan umat islam dr segi kegagalan atau kesepian mereka untuk menyatakan pendirian mereka berhubung dengan sifat kepalsuan wang moden dalam urusan ekonomi masa kini. Walaupun mereka menyedari ttg terdapatnya sesuatu yg merbahaya dgn wang moden. Akan tetapi ramai, di zaman moden yg aneh ini, tidak mempunyai keberanian untuk mengecam system kewangan berdasarkan wang kertas yg tidak boleh ditebus dgn emas ini, sebagai sesuatu yg berbentuk kepalsuan ,penipuan dan dengan itu ia adalah HARAM.

Keadaan yg paling menyedihkan ditunjukkan oleh kerajaan2 yg memerintah negara2 umat islam. Bukan sahaja mereka gagal memahami hakikat bahaya sebenar wang pada hari ini, akan tetapi mereka tidak mengambil tahu ttg perkara ini. Sebab sebabnya adalah terletak atas keperluan mereka, sebagai kerajaan, untuk tunduk dan patuh demi menjaga hubungan mereka dengan perikatan Yahudi-Nasrani yg kini menguasai dunia.

Walaubagaimanapun, dalam kemuraman ini, terdapat pandangan dan pendirian terpencil berlainan dari bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia bukan sahaja memahami sifat pemerasan system kewangan yg dicipta oleh tamadun moden, tetapi juga mengambil tindakan yg boleh dikatakan tidak pernah atau tidak berani dilakukan oleh para Mufti Islam sehingga kini. Beliau menyeru supaya dikembalikan Dinar Emas sebagai matawang bagi menggantikan system matawang yg dibentuk berdasarkan Dolar Amerika, yg jelas penuh dengan tipu muslihat itu, bagi membolehkan umat islam mengeluarkan diri mereka dari system ekonomi dan kewangan yg menindas dan memeras mereka.

Peringkat akhir perkembangan system kewangan ini akan menyaksikan seluruh dunia menerima pakai wang elektronik, permata paling bersinar pada mahkota kedurjanaan system kewangan mereka, yg akan menggantikan keseluruhan matawang kertas yg digunakan hari ini. Sesungguhnya peringkat ini telah pun bermula dan apa yg diperlukan oleh pengganas matawang antarabangsa ini ialah krisis peringkat dunia ( seperti serangan nuclear keatas Iran : belum berlaku tetapi dijangkakan akan terjadi bila2 masa) yg akan mengakibatkan kejatuhan dolar amerika, dan perpindahan keluar beramai2 meninggalkan penggunaan mata wang kertas.

Kejatuhan dolar ameika yg dijangkakan ini sudah pun terbayang dengan meningkatnya harga emas – kini hamper mencecah US$850 se ounce, harga tertinggi tercatat sejak Januari 1980. Dunia akan dapat melihat harga emas melonjak kepada US$3000 se ounce atau mungkin memelihi paras itu. Perkara yg sama berlaku pada harga minyak. Kejatuhan dolar amerika inimungkin akan mengakibatkan kejutan psikologi dan dgn mudah akan mengakibatkan larian keluar dari penggunaan mata wang kertas kepada wang elektronik, satu system kewangan baru dunia tanpa menggunakan wang tunai.

Kami mencuba dalam risalah ini untuk memperkenalkan kepada pembaca perkara2 berkaiatan wang yg terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. kami akan menunjukkan bahawa sepertimana dalam 2 sumber tersebut (yg kami istilahkan sebagai wang sunnah) sentiasa mempunyai nilai yg terkandung didalamnya. Apa yg kami makd\sudkan adalah nilai wang itu, apa sahaja nilainya, dan tidak kira apa sahaja perubahan nilai yg berlaku secara kebiasaan kepadanya, tetap terkandung di dalamnya nilai tersendiri dan dengan itu  terpelihara dari tindakan liar pihak luar yg ingin memanipulasi dan menurunkan nilai mata wang tersebut.

Selanjutnya kami juga akan menunjukkan bahawa system kewangan yg dicipta oleh pemerintahan perikatan yahudi-nasrani eropah telah khusus dibentuk bagi menghilangkan ‘wang yg mempunyai nilai terkandung’ dari system kewangan dunia dan menggantikannya dengan wang yg tidak mengandungi nilai dalamnya. Wang kertas seperti ini yg tidak dapat ditebus nilainya bolehlah diturunkan nilainya. Apabila ini berlaku ia akan mengakibatkan bukan sahaja pencurian secara sah kekayaan mereka yang wangnya disusutkan nilai itu akan tetapi ia juga menyebabkan beban pembayaran balik hutang yg dipinjam berasaskan faedah, terus menerus meningkat. Akhirnya negara2 ini akan terperangkap dengan beban hutang yg tidak mungkin boleh dibayar balik dan dengan itu dgn itu akan berada dalam cengkaman mereka yg disyaki dari mulanya lagi telah memberikan pinjaman besar mmg dengan tujuan untuk memperolehi penguasaan keatas mereka itu. ( Sila rujuk John Perkins, ‘Confessions of an Economic Hit-Man).

Apabila nilai wang diturunkan, harga hartanah, buruh , barangan dan perkhidmatan di negara2 yg nilaimata wangnya turun itu akan terus menerus menurun menjadi murah kepada pihak yg mencipta system kewangan tersebut. Akhirnya sebahagian dunia akan hidup selesa dalam kemewahan dan sebahagian lagi, dengan sebab nilai matawang yg diturunkan secara berterusan, membanting tulang dalam satu bentuk penghambaan baru supaya pengganas2 itu kekal kaya dan kekal dengan status kelas pertama dalam menjalani penghidupan ini. Dan apabila kemiskinan meningkat dalam negeri yg menjadi sasaran, amalan rasuah pada kebiasaannya akan turut meningkat. Mereka yg mempunyai daya fikir yg cetek akan kehairanan atas apa yg berlaku dan dengan nada lantang akan mempersoalkan mengapa Negara umat islam mengalami amalan rasuah yg berleluasa walhal Barat (yg telah merompak kekayaan dan hidup atas kesengsaraan mereka) agak begitu bebas dari amalan rasuah.

Dan apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memaksakan penswastaan ke atas Negara yg matawangnya telah disusutnilaikan, pengganas kewangan kini mengambil alih denagn membeli lapangan minyak dan gas, syarikat2 pembekal tenaga, kemudahan telekomunikasi dan sebagainya dalam Negara tersebut pada paras harga yg jauh lebih rendah dari harga sebenar industry tersebut. Adalah sangat menghairankan apabila Hugo Chavez, President Venezuela mampu memahami peranan pemerasan yg dijalankan oleh IMF dan berupaya menamatkan keahlian negaranya dalam organisasi tersebut. Walhal para ilmuan islamterus meyepikan diri berhubung perkara ini.

Seterusnya risalah ini menerangkan bahawa musuh umat islam tidak berpuas hati dengan hanya memras keringat orang lain melalui kesempatan yg diambil sepenuhnya dari system kewangan zalim yg menindas ini. Malah mereka mempunyai rancangan rasaksa untuk mengusai manusia sejagat melalui system kewangan yg akan member mereka kekuasaan mutlak ke atas seluruh dunia. Kekuasaan ini pula akan merintis halan bagi Negara Yahudi-Eropah yg bergelar Israel itu menjadi Negara pemerintah dunia dan berkesudahan denagn seorang pemimpin Israel mengejutkan dunia dengan tuntutan palsunya bahawa dialah sebenar Al-Masih yg dijanjikan. Tetapi dia sebenarnya adalah DAJJAL, yg menyamar sebagai Al-Masih. Kita kini adalah begitu hampir dengan kejadian itu hinggakan penulis berani meramalkan bahawa kanak2 yg kini dibangku sekolah akan sempat untuk menyaksikannya ( SIla rujuk ‘Jerusalem in the Quran’ dan nan kedua ‘ Surah al-Kahf and the Modern Age’ yg boleh dimuat turun dari laman web www.imranhosein.org).

Hanya dengan mempunyai kefahaman berkaitan rancangan rasaksa di sebalik penciptaan system kewangan berasaskan wang kertas yg tidak boleh ditebus kembali dengan emas, seseorang itu tidak akan berupaya mengambil tindakbalas yg sesuai bagi menghadapi cabaran yg dihadapkan oleh system kewangan tersebut. Begitupun penulis ini telah berusaha sedaya mungkin untuk meyakinkan rakan yg terkenal dan berilmu ttg keperluan memahami rancangan rasaksa itu sebelum melangkah bertindak dalam usaha mengembalikan Dinar Emas sebagai matawang yg sah.

sumber : http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=10150305906390290

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge