Bab 2: Wang Di Dalam Quran dan Sunnah

oleh En Altercronic pada pada 06hb Disember 2010 pukul 8.18 pagi

Bab Kedua – Wang Di Dalam Quran & Sunnah

Terdapat ramai orang islam yang berfikiran sekular di zaman moden ini berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa agama sepatutnya tidak ada kene mengena langsung dengan ekonomi dan kehidupan berpolitik. Mereka ini akan kebingungan untuk menerangkan ataupun memahami kejadian berikut dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.

Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Bilal membawa kepada Rasulullah sedikit buah tamar Barni dan bila ditanya dari mana ia memperolehinya, dia menjawab; “Saya mempunyai sedikit tamar yg rendah mutunya, jadi saya tukarkan dua Sa’s darinya dgn satu Sa’ (yang ini).” Rasulullah menjawab; “Ah! Inilah sebenarnya intipati riba! Jangan berbuat demikian, tetapi bila engkau ingin membeli, jual buah tamar engkau dalam urusan jual beli yang berasingan, dan dari pendapatannya belilah apa yg engkau kehendaki.”

(Bukhari, Muslim)

Dari hadis tersebut, dapat kita pelajari bahawa nabi Muhammad S.A.W melarang pertukaran yang tidak sama banyak antara “tamar” dengan “tamar”. Baginda S.A.W mengisytiharkan bahawa pertukaran sebegitu merupakan intipati sebenar riba. Bagaimanapun terdapat bukti pertukaran tidak sama antara “unta” dengan “unta” diizinkan.

Yahya menyampaikan kepada kami dari Malik dari Naf’i bahawa Abdullah ibn Umar membeli (iaitu menukar) seekor unta betina tunggangan beliau dgn 4 ekor unta dan dia jamin memberinya secukupnya kepada pembeli di ar-Rabadha.

(Muwatta.Imam Malik)

Disini persoalan pasti timbul: kenapa terdapat larangan pertukaran tidak sama bagi buah tamar, tetapi tiada larangan bagi pertukaran tidak sama bagi ternakan unta?

Jawapan bagi persoalan itu, terdapat dalam satu hadis penting Rasulullah S.A.W mengenai Riba, dosamping menjelaskan apa sebenarnya wang dalam Islam.

Abi Sa’id al-Khudri meriwayatkan Rasulullah S.A.W sebagai bersabda: ‘emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam. (Apabila berjual beli) barang yg sejenis dan pembayaran dibuat ketika itu juga, maka jika ada yg memberi atau meminta lebih drpd itu dianya telah pun terlibat dengan riba, pemberi dan penerima sama sama melakukan kesalahan.’

(Sahih Muslim)

Hadis Rasulullah yg disebutkan diatas dengan jelas menetapkan 3 perkara:

Pertama: ia menetapkan bahawa “wang” dalam Islam adalah, sama ada logam bernilai seperti emas atau perak, atau komoditi seperti gandum, barli, buah tamar dan garam yg merupakan komoditi biasa di makan tetapi mempunyai tempoh simpanan. Yang demikian, bila terdapat kekurangan wang emas dan perak di pasaran Madina, komoditi seperti buah tamar yg terdapat banyaknya dipasaran, dan juga tempoh simpanannya, telah digunakan sebagai wang. Berikutnya kita boleh memberi jawapan kepada persoalan yg ditimbulkan di atas tadi.

Pertukaran yg berbeza membabitkan unta dengan unta dibenarkan kerana binatang ternakan tidak digunakan sebagai wang. Pertukaran tidak sama banyak bagi buah tamar perlu dilarang kerana tamar digunakan sebagai wang, dan sekiranya dibenarkan akan memberi peluang kepada pemimjam wang untuk memberi pinjaman dengan menggunakan faedah.

Andainya prinsip yg sama, iaitu penggunaan komoditi seperti buah tamar sebagai wang, digunapakai sebagai contoh di Pulau Jawa, Indonesia, maka beras bolehlah diguna sebagai wang kiranya bekalan emas dan perak tidak mencukupi dalam pasaran tersebut. Sekiranya di Pulau Cuba, gula pula lah yg boleh digunakan sebagai mata wang dan begitu lah seterusnya.

Ada dikalangan ilmuan islam berhujah bahawa manusia bebas utk menggunakan apa sahaja, walaupun sebutir pasir sebagai wang. Dengan itu tiada larangan mencetak kertas dan memberikannya apa sahaja nilai yg dikehendaki. Jawapan kami adalah butiran pasir atau kulit kerang yg terdapat dipantai tidak memenuhi syarat dalam Islam sebagai wang berasaskan Hadith yg telah disebutkan disebabkan bahan-bahan tersebut bukan logam yg bernilai atau pun komoditi yg menjadi makanan biasa manusia.

Kedua : apabila emas, perak, gandum, barli,tamar dan garam (beras, gula, dan yg sepertinya) digunakan sebagai wang, nilai wang itu terkandung dalam wang tersebut dan tidak di luarnya. Demikian Hadis menetapkan bahawa dalam Islam, “wang mesti mempunyai nilai yg terkandung didalamnya”.

Ketiga : wang sentiasa bertempat di dalam bahan ciptaan Allah, dalam komoditi yg dijadikan Allah S.W.T dengan nilai yg ditentukan Nya sendiri. Allah sendiri berfirman yg DiaNya ar-Razzak, iaitu pencipta segala kekayaan.

Dari alasan yg dikemukakan di atas, dapatlah kita nyatakan bahawa wang, sebagaimana terdapat dalam sunnah, mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Logam bernilai atau lain-lain komoditi sebagaimana dijelaskan diatas
  • Wang itu mempunyai nilai yg terkandung didalam bahan asalnya
  • Wang itu bertempat dalam bahan ciptaan Allah dengan nilainya ditentukan sendiri oleh Allah S.W.T yg merupakan pencipta segala kekayaan.

Terdapat sesetengah ilmuan Islam yg bergesa memperingatkan kami bahawa Sunnah itu terdiri daripada 2 bahagian. Yang pertama ialah yg telah sampai kepada kita dari Rasulullah S.A.W sebagaimana yg diberi petunjuk oleh Allah S.W.T. dan yg kedua adalah dari pendapat Rasulullah S.A.W sendiri. Rasulullah sendiri ada menasihati pengikutnya bersabitan dengan yg kedua bahawa “Kamu adalah lebih maklum tentang hal ehwal dunia kamu”. Peringatan diberi ini seolah-olah memberi petujuk bahawa tidak ada kewajiban untuk mengikuti Sunnah yg sepertinya itu.

Para ilmuan ini meneruskan hujah bahawa masalah ‘wang’ tergolong dalam bahagian kedua Hadis sebagaimana pembahagian yg dibincangkan diatas. Lanjutan drpd itu mereka berhujah bahawa adalah tidak salah bagi org islam menerima sistem kewangan semasa yg berasaskan wang kertas dimana pemerintahan perikatan Yahudi-Nasrani, disebabkan penguasaan mereka ke atas sistem itu boleh dengan mudah mencetak kertas untuk dijadikan wang, meletakkan kepadanya nilai yg sebenarnya palsu dan dengan cara itu menjadikan mereka pencipta seberapa banyak kekayaan yg mereka mahu. Selepas itu mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli apa sahaja yg mereka mahu dari mana sahaja didunia ini. Akan tetapi, apabila org Islam meniru mereka dengan turut serta dalam kemungkaran mencipta kekayaan atas angin seperti itu, sebuah beg pakaian penuh dengan Rupiah Indonesia atau Rupee Pakistan tidak akan mencukupi untuk membeli secawan kopi di Manhattan.

Para ilmuan Islam berkenaan tidak pernah membuat pengistiharan yg sistem kewangan semasa yg berasakan wang kertas ini adalah HARAM dan pada masa ini nampaknya perkara ini tidak akan berlaku. Mereka sebenarnya melakukan kesilapan besar dalam pertimbangan mereka dan mereka akan berhadapan dengan pembalasan di akhirat kelak atas kegagalan yg begitu dasyat. Mereka tidak mengambil kira bahawa wang dalam bentuk logam yg bernilai adalah ciptaan ALLAH S.W.T dengan nilai yg ditetapkan-Nya terkandung dalam bahan tersebut dan jelas termaktub di dalam Al-Quran yg penuh berkat itu.

Allah S.W.T merujuk kepada dinar dalam ayat berikut dari Surah Ali-Imran, 3:75: yg bermaksud

“Dan diantara Ahli Kitab (iaitu Taurat) ada org yg kalau engkau amanahkan (oleh seorang dr kaum yahudi juga) dia menyimpan sejumlah besar harta (Qintar– timbunan harta dalam bentuk wang seperti timbunan syiling emas) sekalipun dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula diantara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar (sesyiling emas) pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka menyatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi (seseorang yang bukan dari kaum Yahudi) dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)

(Al-Quran, Ali Imran, 3:75)

Allah S.W.T. juga merujuk kepada Dirham dalam ayat dari Surah Yusuf 12:20:

“Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa Dirham sahaja bilangannya, dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.”

(Al-Quran, Yusuf, 12:20)

Dalam kedua-dua ayat tadi Allah S.W.T. telah merujuk kepada ‘wang’ sebagai ‘emas’ dan ‘perak’. Satu Dinar merupakan syiling emas yang mengandungi nilainya dan satu Dirham atau syiling perak juga mengandungi nilainya tersendiri. Kedua-duanya merupakan bahan ciptaan Allah S.W.T. dan mempunyai nilai yang telah ditetapkan Allah S.W.T. sebagai Pencipta kekayaan.

Terdapat lain-lain ayat Quran yang juga merujuk kepada emas dan perak sebagai harta kekayaan dan kekayaan seperti ini boleh digunakan sebagai wang dalam bentuk Dinar emas dan Dirham perak:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yan g banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak (iaitu timbunan Dinar dan Dirham). Kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Semua itu adalah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baik (iaitu Syurga).”

(Al-Quran, Ali Imran 3:14)

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri (dengan emas yang sebanyak itu – iaitu sebagai wang yang melaluinya hendak ditebus dirinya). Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”

(Al-Quran, Ali Imran 3:91)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (ini tentu jelas dalam konteks penggunaan emas dan perak sebagai wang) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(Al-Quran, At-Taubah, 9:34)

“Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak dan tangga-tangga yang mereka naik-turun di atasnya (dari perak juga). Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga) dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga). Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa.”

(Al-Quran,  Az Zukhruf, 43:33-35)

“Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedangakan kamu telah memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang di ceraikan itu) harta (Qintar iaitu harta terdiri dari wang emas dan perak) yang banyak, maka janganlah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?”

(Al-Quran, An-Nisaa, 4:20)

Al-Quran seterusnya mendedahkan berita istimewa bahawa emas dan perak akan kekal kedudukannya sebagai barangan berharga di akhirat kelak. Dangan lain perkataan, emas dan perak mempunyai hakikat kerohanian sebagi barangan yang bernilai, tambahan pada nilai yang ada padanya di alam jasmani (material) ini.

“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang dibuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci”

(Al-Quran, Al-Insan, 76:21)

“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala dari emas dan di dalam syurga itu pula di sediakan segala diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata dan (dikatakan kepada mereka): Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”

(Al-Quran, Az Zukhruf, 43:71)

“(Kalau betul dia seorang Rasul) “maka sepatutnya dia dipakaikan (oleh tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan dia seorang pemimpin – jelas di sini mereka mengaku emas mempunyai nilai yang begitu berharga dan ianya boleh dikurnikan oleh Allah S.W.T.) atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagi saksi tentang kebenarannya)?.”

(Al-Quran, Az Zukhruf, 43:53)

“(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga ‘And’, yang mereka akan masukinya, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.”

(A-Quran, Faathir, 35:33)

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera.”

(Al-Quran, Al Hajj, 22:23)

“Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dan sutera yang nipis dan sutera tebal yg bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring diatas pelamin-pelamin (yg berhias). Demikian itulah balasan yg sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yg semolek-moleknya.”

(Al-Quran, Al-Kahfi 18:31)

“Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah berhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit dan kami tidak sekali-kali akan percaya akan kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yg kami dapat membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yg menjadi Rasul?” [jelas disini mereka mengakui emas sebagai sesuatu yg berharga dan bernilai].

(Al-Quran, Al-Israa’,17:93)

Sesungguhnya Dinar emas telah ditakdirkan untuk berperanan penting pada hari manusia dihisap nanti. Dalam sebuah hadis yg panjang, timbangan kebaikan dalam hati manusia, apabila dibandingkan dengan Dinar akan dijadikan pengukur bagi menentukan siapa yg akan dikeluarkan dari azab api neraka. Berikut diturunkan bahagian yg berkaitan dengan Hadis tersebut:

Abu Sa’id Al-Khudri meriwayatkan: bila datangnya hari kebangkitan semula, seorang muazin akan mengistiharkan: “Biarkan semua umat islam mengikuti apa yang pernah mereka sembah…..”

Kemudiannya diri mereka akan diharamkan dari api neraka; dan mereka akan mengeluarkan sebilangan besar manusia yg telah dimakan api hingga ke pertengahan peha atau pun setakat lutut. Mereka selanjutnya akan berkata: “Ya Allah, tiada seorang pun dari mereka yg Engkau telah perintahkan masih berada di dalamnya (iaitu Jahannam).” Berikutnya Allah akan berfirman: “Kembalilah dan bawa keluar (dari api neraka) mereka yg dalam hatinya terdapat se Dinar kebaikan.” Mereka pun mengeluarkan sebilangan besar manusia dari neraka. Meraka pun berkata lagi: “Ya Allah, Kami tidak meninggalkan sesiapa pun sebagaimana yg Engkau perintahkan.” Berfirman Allah lagi: “Kembalilah dan bawa keluar mereka yg dalam hatinya terdapat kebaikan bernilai sebanyak setengah Dinar.” Berikutnya mereka akan mengeluarkan sejumlah besar manusia dan akan berkata: “Ya Allah!, tiada seorang pun sebagimana yg Engkau perintah yg kami tinggalkan di dalamnya”. Allah berfirman lagi: “Kembalilah dan di dalam hati mereka yg kamu dapati kebaikan sebesar habuk pun, bawalah mereka keluar.” Mereka akan mengeluarkan sejumlah besar manusia dan akan berkata: “Ya Allah, kini telah tiada siapa lagi yg tinggal dalamnya (neraka) yg terdapat apa-apa kebaikan dalam dirinya……”

(Sahih Muslim)

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yg dibentangkan di atas menunjukkan bahawa emas dan perak dicipta Allah S.W.T dengan mengurniakan kepadanya nilai yg amat berharga lagi kekal hingga ke akhirat. Melampaui keremehan dunia yg fana ini. Ayat ayat tersebut juga menujukkan bahawa Allah S.W.T dengan kebijaksanaa-Nya, mencipta emas dan perak untuk digunakan, selain dari pelbagai kegunaan, sebagai wang. Sesiapa yg buta kepada kenyataan yg jelas ini hingga sanggup mencabarnya hendaklah siap sedia mempertahankan pandangannya di hadapan Allah S.W.T pada hari kiamat nanti.

Pada hari ini wang yg benar benar mengandungi nilai telah hilang dari sistem kewangan yg digunakan di seluruh dunia. Keseluruhan dunia Islam juga sama bersalah kerana meninggalkan `wang’ yg jelas ditentukan oleh Quran dan yg kekal bernilai di akhirat kelak. Kaum muslimin telah membayar harga yg mahal kerana mengabaikan `wang penentu Ilahi’ dan mengambil sebagai gantinya sesuatu yg sesungguhnya penuh kepalsuan berbentuk `wang sekular’ dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

Tujuan kami dalam risalah ini ialah, dengan secara ringkas, menjelaskan bagaimana dan kenapa wang Sunnah dilenyapkan. Kami memohon kepada sesiapa yg membaca memahami dan bersetuju dengan hujah-hujah yg dikemukakan dalam risalah ini mengambil tindakan sebagai mana seruan Nabi Muhammad S.A.W di dalam Hadis berikut:

Abu Sa’id al-Kudri berkata: saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa sahaja di kalangan kamu yg melihat (apa sahaja) kemungkaran hendaklah dia merubah dengan tangannya; dan sekiranya tidak berkemampuan berbuat begitu, lakukanlah dengan lidahnya; dan sekiranya tidak mampu berbuat demikian, lakukanlah sahaja dengan hatinya; dan itulah selemah lemah iman.”

(Sahih Muslim)

http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=10150321860190290

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge