
Bab Ketiga – Perancangan Rasaksa
Ada terdapat sebuah perancangan rasaksa yg mengaitkan politik antarabangsa, ekonomi kewangan antarabangsa, dan agama dengan sistem kewangan semasa yg penuh dengan kepalsuan ini. Izinkan kami menjelaskannya.
Setiap kanak kanak Yahudi mengetahui dan mempercayai janji Ilahi yg disampaikan kepada kaum Israel, di mana Allah S.W.T menjanjikan bahawa sejarah akan berakhir dengan seorang lelaki yg akan menjadi rasul dan penyelamat, memerintah seluruh dunia dari takhta Nabi Daud A.S di tanah suci Jerusalem dengan pemerintahan yg berkekalan. Lanjutan dari itu kaum Yahudi merumuskan bahawa sejarah akan berakhir dengan dunia di bawah pimpinan Yahudi dan Jerusalem sekali lagi menjadi pusat dunia sebagaimana ianya pada zaman Nabi Sulaiman A.S. Mereka mempercayai dunia pimpinan Yahudi ini akan mengesahkan kebenaran sebagaimana dituntut oleh kaum Yahudi dan pada masa yg sama membatalkan lain-lain tuntutan sepertinya.
Adalah sesuatu yg menarik yg orang Islam dan Kristian sama-sama kongsi dengan orang Yahudi kepercayaan bahawa perjalanan sejarah akan berakhir dengan al-Masih memerintah dunia dengan penuh keadilan dari tanah suci Jerusalem. Bagaimanapun, berbeza dengan orang Yahudi, orang Islam dan Kristian sama sama mempercayai Isa A.S, anak kepada Mariam R.A, adalah al-Masih yg dijanjikan Allah S.W.T. Kedua-dua golongan ini mempercayai bahawa Nabi Isa A.S diangkat ke langit sewaktu cubaan menyalibnya dan akan kembali untuk memerintah dunia dari Jerusalem sebagaimana yg Allah S.W.T telah tentukan.
Al-Quran menjelaskan kejadian kembalinya Nabi Isa A.S dengan mengkhabarkan bahawa beliau tidak disalib, akan tetapi Allah S.W.T memperlihatkan seolah-olah ianya berlaku:
“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: `Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa ibni Mariam, Rasul Allah’. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yg mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang orang yg telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhan-nya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain dari mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Quran, An Nisaa’, 4:157-158)
Golongan Kristian menolak apa yg dinyatakan dalam Al-Quran berhubung peristiwa ini dan kekal dengan kepercayaan bahawa Nabi Isa A.S. memang sebenarnya disalib.
Sebaliknya puak Yahudi menolak Nabi Isa sebagai al-Masih yg dijanjikan dan tetap menunggu kedatangan al-Masih yg lain yg akan membebaskan tanah-haram Jerusalem untuk mereka, mengembalikan mereka ke sana untuk menebus semula kawasan tersebut sebagai milik mereka, dan mewujudkan semula Negara Suci Israel di situ (iaitu Negara Israel yg diwujudkan oleh Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S) dan kemudian menjadikannya negara pemerintah dunia. Al-Masih yg mereka nantikan itu akan memerintah dunia dari Bandar-suci Jerusalem berasakan ajaran yahudi dan dengan itu mengembalikan semula zaman kegemilangan Yahudi.
Terdapat bukti kukuh yg anehnya terus berkembang di dunia ini yang menampakkan seolah olah mengesahkan kebenaran sebagaimana yg di tuntut golongan Yahudi. Antaranya, ‘pembebasan’ Tanah Suci berlaku pada tahun 1917. Dunia kemudian menyaksikan kepulangan orang Yahudi ke situ untuk menuntutnya semula sebagai hak mereka selepas lebih kurang 2000 tahun diperintah keluar oleh Allah S.W.T. Negara yg menyamar sebagai Negara Israel kemudian ditubuhkan pada tahun 1948, dan perkembangan berikutnya yg menjadikan Israel bertaraf kuasa-besar jelas dapat dilihat berlaku. Sepanjang apa yg berlaku ini, perikatan Yahudi-Nasrani yg membawa kepada kewujudan tamadun barat moden telah perlahan lahan maju ke arah mewujudkan sebuah kerajaan dunia. Buat masa ini kelihatan menunggu ketikanya sahaja lagi sebelum Israel menggantikan Amerika Syarikat sebagai negara yg memerintah dunia dan seorang pemerintah Israel muncul sebagai ketua kerajaan dunia yg berpusat di Jerusalem dan dia mengistiharkan dirinya sebagai al-Masih yg dinantikan itu.
Nabi Muhammad S.A.W mengkhabarkan kepada dunia bahawa ALLAH S.W.T., yg mempunyai pengetahuan terlebih dahulu atas segala apa yg berlaku, telah membalas tindakan kaum Yahudi menolak al-Masih yg sebenarnya dengan mewujudkan al-Masih yg palsu. Baginda menyatakan bahawa Allah S.W.T akan membebaskan makhluk durjana itu ke dalam dunia dalam dimensi masa yg berlainan dari yg kita ketahui (sila rujuk bab2 bertajuk `The Quran & Time’ dan buku ` Surah al-Kaff & the modern Age’) dengan tugas untuk menyamar sebagai al-Masih yg sebenar. Akibatnya, Dajjal al-Masih tiruan, akan berusaha cuba menubuhkan sebuah kerajaan dunia yg melaluinya dia akan memerintah dunia dari Jerusalem.
Ada maklumat dari sejarah hidup Rasulullah S.A.W yg memberi isyarat bahawa Dajjal telah dibebaskan ke dunia selepas penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah, dan selepas kaum Yahudi di Madinah menolak baginda sebagai Rasullulah dan Al-Quran sebagai wahyu Allah S.W.T.. Penulisan saya dalam buku `Jerusalem in the Quran,’ telah menghuraikan perkara ini secara lebih terperinci.
Rasulullah S.A.W. juga memaklumkan bahawa salah satu senjata perkasa Dajjal untuk mencapai matlamatnya menguasai dunia adalah dengan mengurangkan tahap kesedaran kerohanian umat manusia sehingga mereka gagal melihat strategi-strategi jahatnya dan akan tertipu olehnya. (Sila lihat bab `Moses and Khidr’ dalam buku `Surah al-kahf and The Modern Age’). Rasulullah S.A.W. juga menerangkan strategi utama digunakan Dajjal untuk memaksa penguasaannya ke atas seluruh umat manusia adalah dengan menggunakan Riba sebagai senjata. Dengan Riba dia akan memperhambakan mereka yg menentangnya dengan kemiskinan dan memperkasakan mereka yg menerima dan menyokongnya dengan kekayaan. Golongan elit manusia yg kaya raya yg diwujudkan itu akan dijadikan alat oleh Dajjal untuk memeras dan memperhambakan golongan miskin yg ramai dan mengusai mereka.
http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=10150322221020290