Bab 4: Perancangan Raksasa dan Perikatan Yahudi dan Nasrani

oleh En Altercronic pada pada 13hb Disember 2010 pukul 10.57 pagi

Bab Keempat – Perancangan Rasaksa dan Perikatan Yahudi dan Nasrani

Al-Quran dengan tegas melarang orang Islam dari mengadakan hubungan baik atau perikatan dengan Yahudi dan Nasrani yang berbaik-baik sesama mereka dan mewujudkan persahabatan dan perikatan. Larangan penting ini terdapat dalam ayat dari Surah al-Maidah sebagaimana dikemukakan di bawah ini:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana sesetengah mereka mejadi teman rapat kepada sesetengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesunggunhya dia adalah dari golongan mereka itu.  Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”

(Al-Quran, Al Maa-idah, 5:51)

Kita kini berada tepat pada zaman di mana perikatan Yahudi-Nasrani telah muncul buat pertama kalinya dalam sejarah. Ianya adalah pakatan yang telah membentuk tamadun barat moden dan kini menguasai dunia melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dan yang sepertinya. Ia telah mencipta sistem kewangan dan ekonomi di mana melaluinya telah berjaya, tanpa keadilan, memperkayakan diri mereka atas kesengsaraan golongan selainnya di dunia ini. Perikatan Yahudi-Nasrani ini lah juga yang telah menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Para pembaca semestinya sekarang bertanya samada ayat Al-Quran yang di kemukakan di atas tadi telah melarang keahlian orang Islam dalam organisai antarabangsa yang ditubuhkan dan dikuasai oleh perikatan Yahudi-Nasarni tersebut. Jawapan tentulah jelas sekali.

Golongan elit kaya kini berkuasa ke atas golongan miskin yang ramai, dan negara-negara kaya pula mengusai negara-negara selain darinya. Tambahan pula, golongan elit kaya serata dunia yang kini memerintah merupakan satu Jema’ah, dan dengan itu pentas telah pun tersedia untuk muncul seorang Amir dari kalangan mereka yang akan memerintah dunia dari Jerusalem dan Amir tersebut adalah merupakan Dajjal al-Masih.

Mereka yang tidak dapat mengenali Dajjal al-Masih, sebagai penggerak disebalik orde dunia semasa, kini boleh dikatakan memerintah keseluruhan Negara Islam. Yang demikian mereka telah menentang larangan Al-Quran di samping mewujudkan dan mengekalkan pertalian persahabatan dan ada juga menubuhkan perikatan dengan perikatan Yahudi-Nasrani tersebut. Selagi golongan ini berterusan memerintah orang Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W. akan terus terperangkap dalam kesengsaraan kemiskinan dan tidak berkemampuan menentang mereka yang memerangi Islam bagi pihak Negara Israel.

Kini kami akan menerangkan salah satu proses Riba yang digunakan Dajjal bagi memperkayakan mereka yang menyokongnya dan memperhambakan dengan kemiskinan mereka yang menentangnya. Dia melakukannya dengan menubuhkan sistem kewangan antarabangsa yang boleh dimanipulasi dan berfungsi sebagai alat untuk mencuri secara halal, menipu secara besar-besaran dan menindas mana-mana ekonomi mengikut kehendaknya. Satu cara yang jelas kelihatan, ialah pemerasan tenaga buruh melalui pembayaran upah yang setaraf dengan kedudukan hamba. Di merata dunia pada masa ini dikatakan mengamalkan ekonomi pasaran bebas, kerajaan mereka telah mendapati perlunya melaksanakan undang-undang menetapkan pembayaran gaji minima untuk menghalang berlakunya rusuhan berdarah oleh mereka yang terperangkap dengan upahan yang hanya layak untuk seorang hamba.

Para pembaca dengan mudah dapat melihat nadi kepada proses pencurian secara halal ini yang terdapat pada sistem kewangan antarabangsa hasil ciptaan perikatan Yahudi-Nasrani dengan menumpukan perhatian kepada kejadian yang berlaku pada bulan April 1933. Pada masa itu kerajaan Amerika memperundangkan larangan menyimpan syiling emas, ketulan emas atau sijil emas yang dimiliki oleh orang ramai. Syiling emas dibatalkan sebagai wang dan tidak diizinkan penggunaannya sebagai wang yang sah. Sekiranya ada yang tertangkap dan didapati masih menyimpan emas tersebut selepas satu tarikh yang ditetapkan, seseorang boleh didenda US$ 10,000 dan/atau dipenjara selama enam bulan. Sebagai ganti kepada syiling dan ketulan emas, Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Bank), sebuah bank swasta, menawarkan wang kertas (iaitu dolar US) dengan memperuntukkan kepadanya nilai sebanyak $20 bagi setiap ounce emas.

Kebanyakan rakyat Amerika berkejar untuk menukar emas milik mereka dengan wang kertas yang ditawarkan itu, akan tetapi mereka yang sedar tentang penipuan yang akan berlaku membeli emas dengan wang kertas milik mereka dan memindahkannya ke bank di Switzerland.

Adalah sesuatu yg menarik perhatian bahawa kerajaan Inggeris juga membatalkan penggunaan syiling emas sebagai matawang pada tahun yg sama dilakukan di Amerika. Pihak Inggeris melaksanakannya dengan cara yg paling mudah iaitu menggantung kebenaran menebus wang dengan wang kertas sterling pound (kepada emas).

Setelah kesemua syiling dan ketulan emas di Amerika selesai ditukarkan kepada wang kertas, kerajaan Amerika seterusnya pada bulan januari 1934 secara sesuka hati menurunkan nilai wang kertas dolar Amerika sebanyak 41% dan selepas itu membatalkan undang undang berhubung emas yg diperundangkan sebelum ini. Rakyat amerika sekali lagi berkejar untuk menukar wang kertas mereka kepada emas pada nilai tukaran baru sebanyak US$35 seounce emas. Dalam proses tersebut mereka secara tidak langsung telah dirompak sebanyak 41% dari kekayaan milik mereka. Para pembaca kali ini tentu dengan mudah dapat melihat pencurian secara halal yg berlaku apabila wang kertas diturunkan nilainya.

Al-Quran telah secara kursus melarang dan dengan itu adalah Haram, merompak kekayaan yg dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh larangan ini terdapat di dalam ayat ayat Surah An-Nisa dan Surah Hud:

“Wahai orang orang yg beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yg dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”

(Al-Quran, An Nisaa’, 4:29)

“Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yg menjadi haknya dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”

(Al-Quran, Hudd, 11:85)

Dan Rasulullah S.A.W telah mengistiharkan bahawa urusan seperti itu yg diasaskan kepada penipuan dan dengan itu mendapat keuntungan atau kelebihan yg tidak berhak diterima (iaitu tindakan `merampas’ secara tidak langsung hak milik orang lain) adalah merupakan Riba.

Dalam kejadian yg disebutkan di atas, Bank Simpanan Persekutuan dilihat seolah-olah telah melakukan `ujian percubaan’ dalam negara sistem kewangan baru yg melaluinya pemindahan kekayaan secara besar-besaran dan tanpa keadilan, boleh dicapai dengan tidak menimbulkan kesangsian oleh negara lain yg mengalaminya. Pemindahan itu akan dilakukan dengan cara yang begitu mudah, iaitu dengan mencipta wang dari kertas yg tidak bernilai dan kemudian memaksa penggunaannya keatas semua manusia di bumi ini. Meraka yg mengawal sistem kewangan ini akan mensasarkan matawang tertentu dan memaksa secara berterusan penurunan nilai matawang tersebut. Dengan itu apabila matawang kertas merosot nilainya, ramai manusia akan mengalami kehilangan kekayaan secara besar-besaran tanpa mereka sedari. Bagaimanapun `kerugian’ mereka ini akan memberi keuntungan kepada pihak lain.

Kurang dari dua tahun sebelumnya, pada September 1931, matawang pound Inggeris telah diturunkan nilainya sebanyak 30% dan ini perlahan-lahan meningkat kepada 40% pada tahun 1934. Perancis mengikut langkah ini dengan menurunkan nilai matawang Franc nya sebanyak 30%, Itali dengan Liira sebanyak 41% dan Switzerland dengan Franc nya sebanyak 30%. Perkara yg sama berturutan berlaku dikebanyakkan negeri di Eropah. Hanya Greece melampaui negara-negara Eropah lain dengan membuat penurunan nilai matawang sebanyak 59%.

Apa yg dilihat sebagai dasar `memiskinkan jiran’ pada tahun tahun 1930 puluhan itu – memperalatkan penurunan nilai matawang untuk meningkatkan daya saing eksport negara bagi tujuan mengurangkan defisit dalam imbangan pembayaran – sebenarnya mengakibatkan merudumnya pendapatan negara, mengecilkan permintaan, kadar pengangguran yg tinggi, dan pengurangan perdagangan antarabangsa secara keseluruhannnya, keadaan zaman yg menjadi terkenal dengan panggilan `the great depression’. Bagaimana keadaan ini menyediakan jalan untuk menguatkan sistem kewangan antarabangsa yg kononnya akan membawa orde dan menghalang kekusutan dari berlaku dalam urusan kewangan dan perdagangan dunia. Dengan lain perkataan, keadaan kemelesetan yg teruk itu (the great depression) sebenarnya sengaja dirancang dengan tujuan membenarkan penguatkuasaan sistem kewangan antarbangsa yg akan membawa orde kepada kekusutan yg terdapat dalam system kewangan.

Kerjasama luar biasa dan mencurigakan dikalangan Negara-negara Eropah ini dengan tindakan mereka secara bersama dan penuh kepalsuan menurunkan nilai matawang mereka sepatutnya menyedarkan kaum Muslimin kepada bahaya besar yg dihadapkan oleh sistem kewangan wang kertas ciptaan Yahudi-Nasrani Eropah.

Perikatan Yahudi-Nasrani ini seterusnya mewujudkan sistem kewangan `matawang kertas’ antarabangsa di Bretton Woods. Mereka menggunakan kaitan di antara Dolar Amerika dengan emas dalam perjanjian Bretton Wood sebagai tabir menutup fakta bahawa kertas kini boleh dicetak dan digunakan sebagai wang tanpa keperluan yg ianya boleh menebus wang tulin dalam pasaran, iaitu wang yg mengandungi nilai sejati. Perjanjian Bretton Woods membuka jalan kepada penubuhan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 1944 dengan peranan khusus mengekalkan sistem kewangan antarabangsa tersebut. Pada tahun 1971, tabir itu juga lenyap apabila Amerika mengkhianati tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa yg membolehkan emas ditebus dengan dolar Amerika.

Adalah amat menghairankan tiada terdapat apa apa tindakbalas intelektual berkesan dari para ilmuan islam bagi memperingatkan dan menggerakkan orang islam untuk menentang sistem baru kewangan yg penuh dengan kepalsuan ini. Sekiranya para ilmuan Islam terhalang pemerhatiannya disebalik tabir yg disebutkan tadi, dan tidak dapat melihat kepalsuan yg ada pada sistem kewangan tersebut, akan tetapi sejak 1971 tabir ini telah disingkap dari menutup malu sistem yg membolehkan pencurian secara halal ini. Dengan pembongkaran ini, dunia intelektual Islam masih gagal melihat bahawa wang kertas moden adalah Haram. Kesannya, keseluruhan dunia Islam, tanpa sedar, mengikuti jejak perikatan Yahudi-Nasrani, sebagaimana kata pepatah, masuk ke dalam lubang biawak.

Apabila perikatan Yahudi-Nasrani Eropah memerdekakan negeri-negeri di bawah jajahan mereka, mereka memastikan negara-negara bukan Eropah yg telah diberi kemerdekaan itu diserapkan ke dalam sistem kewangan yg baru melalui keahlian dalam Tabung Wang Antarabangsa (IMF).

Artikel-artikel perjanjian pertubuhan tersebut (IMF) melarang penggunaan emas sebagai wang. Perkara ini dilakukan dengan menghalang apa apa kaitan di antara emas dan mata wang kertas selain dari dolar Amerika. Artikel 4 Seksyen 2(b)perjanjian tersebut menyatakan: “peraturan tukaran wang boleh merangkumi;

I.            Penyelenggaraan oleh ahli sesuatu nilai bagi mata wangnya berasaskan hak pengeluaran istimewa atau pembahagian lain, selain dari emas yg dipilih oleh ahli berkenaan, atau

II.            Peraturan kerjasama di mana ahli-ahli mengekalkan nilai matawang mereka berbanding nilai matawang atau matawang-matawang lain ahli, atau

III.            Peraturan lain tukaran matawang yg menjadi pilihan ahli sendiri.”

Pada bulan April 2002, Ahli Kongres Amerika Ron Paul mengutus sepucuk surat kepada Jabatan Perbendaharaan Amerika dan Bank Simpanan Persekutuan (yang merupakan Bank milik swasta) bertanyakan kepada IMF (Tabungan Wang Antarabangsa) menghalang ahlinya dari menggunakan matawang yg disokong oleh emas. Suratnya adalah sebagaimana berikut;

Tuan-Tuan Yang Dihormati,

Saya menulis berhubung dengan artikel 4 seksyen 2(b) dari artikel artikel Perjanjian Tabungan Wang Antarangsa (IMF). Sebagaimana tuan-tuan sedia maklum, bahasa digunakan dalam artikel ini mencegah negara-negara yg merupakan ahli IMF dari mengaitkan matawang mereka dengan emas. Dengan itu IMF menghalang negara-negara yg mengalami dasar kewangan yg tidak menentu dari melaksanakan cara yg paling berkesan bagi menstabilkan matawang mereka. Dasar ini boleh melembabkan pemulihan kembali negara-negara yg mengalami krisis ekonomi dan merencat pertumbuhan ekonomi mereka dan dengan itu meneruskan ketidak stabilan ekonomi dan politik.

Saya amat menghargai segala penjelasan yg dapat diberi oleh kedua-dua Perbendaharaan dan Simpanan Persekutuan sebab sebab mengapa Amerika Syarikat masih berterusan menerima tanpa bantahan dasar yg menyeleweng ini. Sila hubungi Encik Norman Singleton, Pengarah Perundangan saya, sekiranya memerlukan maklumat selanjutnya berhubung dengan permohonan ini. Terima kasih atas kerjasama yg diberikan berkaitan perkara ini.

Ron Paul

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat

Adalah menarik perhatian, tiada jawapan diterima setakat ini, sama ada dari Bank Persekutuan ataupun Jabatan Perbendaharaan Amerika berhubung dengan soalan yg dikemukan itu. Sebabnya tentulah memang tidak terdapat penjelasan selain drpd hakikat bahawa sistem kewangan yg diwujudkan melalui IMF memang dirangka sebegitu rupa dengan tujuan untuk merompak manusia dan seterusnya memaksa perhambaan kewangan ke atas semua yg dijadikan sasaran oleh Perikatan Yahudi-Nasrani yang kini menguasai dunia.

IMF telah digunakan bagi mewujudkan satu sistem kewangan baru antarabangsa dengan istilahnya yg ganjil-ganjil dan oleh kerananya Umat Islam mendapati mereka berhadapan dengan istilah-istilah yg belum pernah mereka alami sebelum ini. Terdapat jurang perbezaan yg besar di antara `wang (kertas) tempatan’ yg digunakan di dalam negara itu sendiri berbanding `matawang tukaran luar’, yg digunakan untuk tujuan perdagangan luar negara. Oleh yg demikian sekiranya orang Islam di Malaysia hendak menjual barangan kepada orang Islam di Indonesia, mereka yg di Indonesia akan memerlukan tukaran luar asing bagi membayar pembelian yg dilakukan. Akan tetapi, tukaran luar tersebut dari segi amalanya, adalah terhad kepada matawang kertas Eropah atau pun Dolar Amerika. Disebabkan permintaan terhad kepada matawang ini, perangkap seolah-olah siap terpasang bagi menjadikan kedua dua matawang sebagai apa yg digelar `hard currency’. Selama mana perikatan Yahudi-Nasrani dapat mengekalkan permintaan untuk matawang-matawang tersebut, sesuatu yg mudah untuk mereka lakukan bagi memenuhi permintaan tersebut adalah hanya terus menerus mencetak wang tersebut dan dalam proses tersebut terus menerus mewujudkan kekayaan atas angin bagi pihak mereka.

Kedurjanaan perancangan di sebalik keseluruhan sistem tersebut adalah untuk menjadikan nilai matawang barat dan sekutu mereka sentiasa meningkat berbanding dengan matawang yang diguna oleh negara-negara lain. Ini telah mereka capai dengan mudahnya, samada dengan menggalak atau memaksa penurunan nilai ke atas matawang yang dijadikan sasaran. Apabila matawang tersebut diturunkan nilainya, ia akan mengakibatkan perpindahan kekayaan secara besar-besaran dari golongan yang ramai kepada segolongan elit yang kecil. Ia juga memaksa buruh untuk bekerja dengan bayaran upah yang setaraf hamba, dan memenjarakan mereka yang meminjam ‘hard currency’ dari IMF yang memang sentiasa tersedia memberi pinjaman, dan dari bank-bank swasta di Eropah, dan kini mendapati diri mereka dalam kesusahan yang berterusan untuk membayar balik pinjaman dan faedah yang dikenakan kepada peminjam tersebut. Sebenarnya, keseluruhan sistem kewangan, dengan IMF sebagai pusatnya, memang telah dirangka sebegitu rupa dengan tujuan mencapai hasil sebagaimana yang disebutkan tadi. Negara-negara yang menjadi sasaran terperangkap dengan beban hutang yang besar, sentiasa mengalami pengaliran keluar kekayaan mereka, dan menjadi papa, walaupun mereka bertungkus lumus untuk membayar balik hutang disebabkan nilai wang mereka yang sentiasa mengalami penurunan. Perkara ini berlaku bukan dengan tidak disengajakan.

Akhirnya dan paling jelas sekali, sistem kewangan baru antarabangsa yang berasaskan wang kertas ini mempermudahkan sistem bank melalui apa yang disebut sebagai ‘fractional reserve banking’ untuk memberi pinjaman berfaedah, wang yang sebenarnya tidak ada dalam milik mereka. Ini juga merupakan satu penipuan yag dihalalkan. Saya mengesyaki bahawa para Mufti sama ada tidak memahami apa itu ‘fractional reserve banking’ atau pun tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi berhubung sejarah ekonomi antarabangsa sebagaimana yang telah dibincangkan dalam risalah ini. Apabila ‘wang elektronik’ menggantikan wang kertas sepenuhnya, dan sistem kewangan yang tidak adil ini menjadi lebih kukuh, saya khuatir para Mufti akan mengistiharkan bahawa ‘wang elektronik’ adalah juga Halal.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ditubuhkan khusus untuk tujuan mengatasi rintangan rintangan tukaran wang yg akan menghalang penurunan secara berterusan nilai matawang yg dijadikan sasaran. Selaras dengan itu, Artikel-Artikel perjanjian mengisytiharkan bahawa IMF akan `membantu dalam….. menghapuskan rintangan-rintangan dalam pertukaran wang asing yg menghalang pertumbuhan perdagangan antarabangsa.’ Penghapusan rintangan-rintangan dalam urusan tukaran wang asing akan membuka ruang kepada serangan kewangan ke atas matawang yang dijadikan sasaran dan ini akan mewujudkan peluang mendapat keuntungan berlipat kali ganda apabila nilai matawang tersebut mengalami penurunan.

Sistem kewangan antarabangsa yg menjelma hasil dari Persidangan Bretton Woods, telah pun berjaya memerangkap ramai manusia, termasuk keseluruhan dunia Islam, dalam kesengsaraan kemiskinan yg berkekalan hingga ada kalanya ke tahap paling menyedihkan. Apapun, bila sistem wang kertas diganti dengan sistem wang elektronik, akibatnya nanti adalah perhambaan kewangan yg lebih buruk. Orang Islam mesti bertindak balas dengan cara yg bersesuaian kiranya mereka mengharapkan bantuan Ilahi dari diperhambakan secara kewangan oleh sistem tersebut. Persoalannya sekarang, ialah dalam bentuk apakah tindakbalas ini diambil dan dimanakah mereka perlu memulakan.

http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=10150328605470290

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge