Bagaimana bermula?Apa langkah pertama anda..

Sebaiknya selepas anda sedar tentang emas..carilah ilmu sebanyak yang mungkin.Terdapat banyak blog kini yang menceritakan tentang emas.Anda juga boleh mendapatkan buku-buku tentang emas di kedai-kedai buku seperti MPH dan lain-lain.

Anda juga boleh rujuk dengan orang yang sudah lama menyimpan emas.Boleh juga rujuk dengan saya.Saya sedia berkongsi pengetahuan saya tentang emas dengan anda.

1.Penyimpan

Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas.Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.Namun pastikan anda mempunyai pengetahuan tentang emas yang mencukupi di mana anda dapat menguruskan simpanan anda tak kira dalam keadaan harga emas menurun atau menaik.Orang yang kurang ilmu akan rasa panik apabila harga emas menurun.

Kemudian,rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal  untuk anda mengetahui kemampuan anda untuk menggandakan emas melalui  belian bulanan secara konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.Saya menggalakkan anda membeli emas apabila ada wang di tangan.

2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga

Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.

Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.

Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan PG atau lebih keuntungan anda dapat bila beli semula dengan pelanggan ikut harga “we buy”

Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .

Oleh itu,tepuk dada tanya diri anda,di manakah minat anda.

2 thoughts on “Bagaimana bermula?Apa langkah pertama anda..

  1. assalamualaikum.

    apakah menyimpan emas di rumah tidak merbahaya ?

    Jika dinar dan dirham semakin diterima pakai..apakah bank menyimpan dinar akan diwujudkan memandangkan simpan emas di rumah merbahaya ?

    Dalam urusan membeli emas ..sepertinya orang yang membeli emas lebih beruntung dari penjual emas ( kerana penjual emas mendapat wang kertas yg susut nilainya tetapi pembeli emas mdapat EMAS )

    terima kasih atas jawapan penerangannya.

    • wsalam..

      terima kasih kerana bertanya..

      rmi yg risau untuk menyimpan emas di mana..wpun kdg2 hnya mmbeli sekeping dinar..kdg2 sy dpt lihat reaksi bila mereka yg risau ini melihat sndiri saiz sbnr dinar dan bar yg dibeli.ianya kecil,byk tmpt blh smpan.sdgkan kereta yg lbh besar pun org simpan luar rumah sahaja..tk bimbang pula..:)

      emas hruslah dismpan di tmpt2 yg tk terjangka..oleh pencuri/perompak..anda harus ada kebijaksanaan dlm soal ini..jika belian emas dlm kuantiti yg sgt besar..blhla mnyimpan di SDB yg ditwrkan..juga di bank2.

      kesilapan paling bsar bila org fikir..penjual emas rugi sbb jual emas-penyimpan untung.penjual yg menjual..akan ganti balik stok emasnya..bukan jual dan gunakan wang kertas tersebut.proses ini berulang,malah dgn keuntungan meniaga emas,peniaga emas dpt tmbh gram emasnya dari semasa ke semasa..so siapakah yg lbh untung?pnyimpan emas semata-mata atau penyimpan merangkap peniaga?

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge