Seperti yang tersiar dalam Akhbar Sinar Harian 20hb November 2013
Rata-rata kita dapat menyaksikan kejayaan demi kejayaan individu dalam dunia pelaburan khususnya pelaburan aset komoditi emas atau perak. Ada yang mengatakan menyimpan dan melabur dalam aset komoditi emas dan perak itu menguntungkan, sejauh mana kebenarannya? Jikalau begitu bagaimana hendak membeli emas kalau duit simpanan pun asyik tidak cukup saja?
Sebenarnya anda sudah boleh mula dari sekarang. Duit yang anda ada sebenarnya sentiasa cukup untuk membeli emas, cuma mentaliti anda sahaja yang menipu diri sendiri. Anda harus belajar cara yang betul. Belajar bukannya hanya di sekolah sahaja. Jadi belajarlah dalam artikel ini tentang bagaimana anda boleh mengurus pendapatan dengan emas walaupun duit anda kononnya sentiasa tidak cukup.
Mula dari pendapatan aktif
Anda sudah ada pekerjaan atau perniagaan bukan? Tak mungkin anda tak ada wang langsung. Bagi pekerja awam atau swasta, tiap tiap bulan tetap ada duit masuk dalam bank, dan jangan tipu diri sendiri yang gaji anda dapat tiap tiap bulan itu tidak cukup untuk membeli emas dan menyelamatkan masa depan anda. Warren Buffet, orang kedua terkaya di dunia menyarankan simpan dahulu dan agihkan duit yang kita dapat dan belanjakan bahagian yang hendak belanja dan perlu sahaja, yang lain simpan. Sedikit sedikit lama lama jadi bukit. Bila anda sudah ada lebihan simpanan itu bolehlah disalurkan untuk melabur emas.
Pendapatan pasif (pilihan)
Dari simpanan sedikit sedikit jika anda cukup berani, anda boleh cuba salurkan untuk menaja pendapatan pasif pula. Contohnya, beli rumah sewa dan sewakan pada orang ramai. Dalam prinsip perakaunan kita akan jumpa terma rizab modal atau ‘Capital Reserve’. Rizab adalah simpanan untuk menjalankan beberapa projek yang akan dilancarkan pada masa depan oleh sesuatu perniagaan atau organisasi, kenapa tidak kita ikut prinsip ini? Anda adakan rizab sendiri untuk melabur dalam pendapatan pasif dan juga untuk emas. Fahamilah, kekayaan itu adalah sebuah perjalanan panjang yang boleh anda kecapi, tetapi anda sendiri yang tidak mahu bangkit dan berusaha mendapatkannya.
Simpanan untuk emas
Tahniah! Apabila anda sudah cukup wang untuk beli emas dan memilikinya, simpanlah seperti anda simpan duit dalam bank, yang mana jumlah wang dalam bank itu tidak akan kekal lama di dalamnya. Ya, pasti ada halangan untuk menyimpan wang banyak banyak dalam bank. Robert T Kiyosaki, penulis buku ‘Rich Dad Poor Dad’ mengatakan “savers are losers”. Maksudnya penyimpanan matawang kertas untuk jangka panjang yang bertujuan untuk digunakan untuk pencen adalah tindakan tidak bijak dan merbahaya. Apa bentuk simpanan Robert Kiyosaki ini? Beliau tidak menyimpan tunai untuk jangka panjang (seperti yang anda selalu buat). Wang tunai digunakan sama ada untuk perbelanjaan bulanan, pembiayaan kos syarikat, membeli aset hartanah atau ditukarkan kepada bentuk komoditi. Jadi apa tindakan yang anda mesti buat?
Pertama, senaraikan pendapatan aktif anda dan jumlah pendapatan tersebut. Kedua, senaraikan pendapatan pasif anda dan jumlah pendapatan tersebut juga. Ketiga, tentukan matlamat anda untuk apa anda menyimpan melabur emas ini. Dan yang terakhir, tidak kurang pentingnya, tahan telinga anda dan bersabar dalam menjalani hidup sebagai pelabur aset logam. Pasti akan adalah nanti yang akan berkata menyimpan duit baru untung dan baru betul kalau hendak menjadi kaya. Tolong jangan dengar penipuan tersebut dan tolong jangan menipu diri sendiri lagi.
Sekarang pergi ambil satu kertas kosong dan mula lakukan kesemua yang di atas supaya anda boleh lihat dengan jelas visual kasar situasi anda sekarang. Maka, anda barulah faham kenapa orang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin bukanlah kerana keturunannya tetapi kerana diri mereka sendiri yang menipu, mengelakkan diri dari berimpian besar dan mula melakukan perubahan dalam hidup mereka.
Anda juga boleh dapatkan buku Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab untuk menambah ilmu yang lebih lengkap.
Buku ini telah membantu ramai orang dalam menentukan matlamat simpanan emas mereka dan mengetahui cara membuat pelaburan untuk masa depan.Mereka yang berminat menceburi perniagaan emas secara kecil-kecilan mahupun dengan modal yang besar juga boleh dapatkan pelbagai tip dan panduan yang berguna untuk memantapkan bisnes mereka.Buku ini juga bukan sekadar ilmu emas,tapi merangkumi ilmu kewangan secara tak langsung yang boleh membawa ketenangan hidup jika diamalkan.
#Cara membeli buku Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab :Panduan Terkini Simpanan,Pelaburan dan Bisnes Emas
- Harga buku RM39(Semenanjung) RM45(Sabah /Sarawak). Kurier PERCUMA.
2.Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 106138138842 (Mohd Selodi) atau CIMB 0616-0002422-20-8 Nor Fazilah bt Abd Mohd
Maklumkan masa membuat bayaran,nama penuh,alamat dan no telefon untuk penghantaran dengan sms ke 0199656636
Email :selodimohdghazali@gmail.com
Anda juga boleh menambah rakan @ facebook penulis “Nor Fazilah Abd Mohd”