Beli emas dulu dan sekarang

Assalamualaikum,

Rasanya sudah lama saya tidak post di blog ini.Sebenarnya saya ada banyak info yang hendak dikongsikan,dan artikel-artikel yang tersimpan di dalam draft.Namun atas faktor kesibukan tugas hakiki dan juga Program Celik Emas bersama GCP,saya terpaksa peram dulu buat seketika.Anda boleh update dengan saya di facebook,dan join group perbincangan emas terhangat di Malaysia “Gold Investor Club” ,klik sini : http://www.facebook.com/groups/goldinvestorclub/
Saya persembahkan dulu artikel yang dah lama saya ingin tulis ini,iaitu perbandingan dari pelbagai sudut orang dulu dan sekarang beli emas.Selamat membaca.

 

 

 

Ini hanyalah pandangan dari pemerhatian saya,tidak semestinya tepat 100%.

Orang dulu :

1. Beli emas sebab tahu  harga emas naik (tapi tak tau sebab apa ia naik dan tak kisah dengan penurunan harga emas untuk jangka masa pendek).Apa yang mereka tahu,ada wang lebih akan dibuat beli emas.

2. Emas dibuat modal bisnes

3. Emas dijadikan alat untuk mengembangkan bisnes

4. Emas perhiasan lebih popular terutamanya di kalangan wanita

5. Simpan emas di rumah

6.Masih menyimpan wang fiat untuk tujuan saving

 

Orang sekarang :

1. Beli emas dengan ilmu  tapi sayang,ramai juga yang terjebak dengan skim pelaburan emas,sistem ar rahnu dan saham emas yang sebenarnya adalah skim piramid dengan harapan untuk menjadi lebih cepat (kaya?) tanpa mengira ianya halal atau tidak.

Namun hakikatnya,lebih ramai yang beli emas tanpa ilmu kerana sikap tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

Orang sekarang nak beli emas nak kena tengok graf dulu,sanggup berjaga malam dan habiskan masa nak pantau harga untuk dapatkan harga terbaik.Tak salah,tapi jangan sampai jadi leka dan lalai pula sehingga tidak menunaikan tanggungjawab dan kewajipan.

2.Ada yang jadikan emas untuk rolling bisnes,tapi ramai juga yang beli emas dan pajak-beli emas lagi sampai tinggal sekeping di tangan.Soalnya mereka perlu menanggung kos upah simpan dan adakah sampai menjadi satu keperluan untuk berbuat demikian?

Bukankah membeli ikut kemampuan itu lebih baik?

Ada juga yang memanipulasi sistem ar rahnu sehingga berlaku longgokan emas di ar rahnu akibat aktiviti pemajakan oleh golongan yang tamak sehingga menafikan hak mereka yang benar -benar memerlukan pajakan untuk kesusahan.Kini syarat ar rahnu semakin ketat kerana banyak masalah yang timbul akibat kaki-kaki pajak ini. (faktor utama kerana emas adalah musuh bank? ).Wallahualam.

3.Sekarang,emas dijadikan alat untuk mencipta pelbagai skim,syarikat jual beli emas juga tumbuh bagai cendawan.Mereka adalah trader dan hanya segelintir yang berkongsi ilmu dengan masyarakat serta berusaha menyebarkan tentang emas dengan info yang betul.Selebihnya hanyalah untuk keuntungan (nama pun meniaga bukan ? ).Tapi,selagi urusniaga mereka “beli emas,dapat emas di tangan”-jangan risau,ini perniagaan yg genuine.Yang patut dirisaukan,beli emas-dapat dividen, dapat  surat pajak dan sebagainya.

4.Tahukah anda majoriti pengedar emas mobil adalah lelaki?Mereka pun dah pandai menjual barang kemas perhiasan wanita.Selain itu,sekarang ada kepelbagaian emas fizikal yang semakin popular seperti dinar dan gold bar (emas kepingan @ jongkong).Dan orang beli barang kemas,bukan untuk pakai semata-mata tetapi sebagai simpanan (aset).

5.Belum beli emas dah risau nak simpan di mana.Ini normal untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan simpanan emas.Ramai yang beranggapan,bank lah tempat paling selamat untuk simpan emas sehingga mereka terlupa rumah yang mereka diami selama ini yang mempunyai banyak port rahsia yang boleh dijadikan tempat simpanan emas mengikut kreativiti masing-masing.

Namun,jika kawasan rumah anda kawasan yang berisiko tinggi,bolehlah mencari safe deposit box yang menawarkan perkhidmatan menyimpan aset berharga anda dengan kadar bayaran tahunan yang berpatutan.Anda hanya perlu google untuk mencari info berkenaan.

Ada juga yang risau kena bayar zakat,sedangkan zakat itu untuk meningkatkan ekonomi orang Islam dan menyuburkan harta si pembayar zakat.

6.Bagi yang celik emas ,simpanan wang fiat biasanya semakin berkurangan.Tetapi jika golongan yang belum celik emas,simpanan wang fiat mereka sama sahaja peratusannya dengan orang dahulu.

Orang celik emas,akan simpan wang untuk mengoptimumkan simpanan,menarik kekayaan umpama magnet  dan melindungi kewangan mereka bukan simpan matawang.semata-mata.Matawang (currency) bukanlah penyimpan nilai yang baik kerana sifatnya yang lemah,mudah binasa,susut nilai,tidak kalis inflasi dan tiada nilai intrinsik.

Apakah beza wang dan matawang,boleh tonton video berikut (kredit to sunnahemas.com)

Wang vs Matawang

http://www.youtube.com/watch?v=xopf9h2TVRo

Tukar simpanan biasa-biasa kepada simpanan luar biasa.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge