Beli Emas secara ansuran atau Ar rahnu?

Salam..

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi cara yang boleh digunakan untuk membeli emas.Selama ini anda sudah faham bagaimana manipulasi dan menggandakan emas dengan menggunakan ar rahnu,iaitu beli emas > pajak >dapat duit>beli emas lagi.Saya tidak menggalakkan pajakan berulang atau dalam kata lain ‘rempit’ kerana jika tersalah langkah anda akan menanggung kerugian.Teknik rempit memerlukan kepakaran dan banyak skill,namun saya sendiri kurang berminat untuk melakukannya.Saya lebih suka pajak sekali,dan hasilnya saya ‘generate’ untuk menjana keuntungan.

Buat masa ini,hanya syarikat Public Gold menawarkan pembelian emas secara ansuran yang dinamakan EPP.Apakah EPP?

EPP ialah Easy Payment Plan di mana kita boleh membeli produk PG dengan membayar ansur-ansur selama 4 bulan.Caranya ialah,anda tempah dengan dealer > dealer akan order kan > buat bayaran pertama selepas mendapat sales order dari pihak syarikat > bayar ansur-ansur selama 4 bulan >habis buat bayaran anda akan mendapat produk.

Bolehkah membeli emas secara ansuran,apakah hukumnya?Sila baca petikan berikut:

“Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum – hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.”

Emas dan Perak 1kg-tak mustahil untuk dimiliki
Emas dan Perak 1kg-tak mustahil untuk dimiliki

Apakah beza membeli emas secara ansuran dengan membeli hasil pajakan ar rahnu?

Beli emas guna teknik Ar Rahnu

-Pajak emas yang dibeli>dapat hasil pinjaman ar rahnu > beli emas lagi

-Emas anda berada di ar rahnu >anda harus tebus

-Perlu membayar upah simpan lebih kurang 1% sebulan

-Risiko > tidak mempunyai plan/tidak mengikut apa yang dirancang > tidak dapat menebus emas >upah simpan meningkat>emas mungkin dilelong

-Perlu dilakukan mengikut kemampuan.Jangan pajak dalam jumlah yang besar jika tidak mampu.

-Ada individu menjadi dealer dengan menggunakan sistem 30/70 -hukumnya adalah haram kerana emas tidak sempurna milik


Beli emas guna EPP

-Tempah harga yang dikehendaki

-Buat bayaran pertama beserta caj 0.5%.

-Bayaran seterusnya pada bulan yang berikutnya sehinggalah cukup 4 bulan.

-Habis buat bayaran selama 4 bulan,anda akan mendapat produk.

-Anda mendapat harga 4 bulan yang lepas dan dikenakan caj 0.5%  sahaja dari jumlah keseluruhan.

-Jika tak dapat habiskan bayaran/hendak batalkan pembelian anda akan dikenakan caj penalti.

-EPP juga boleh digunakan untuk menjadi dealer.Biasanya dealer yang guna cara ini kerana menunggu duit loan atau hasil pendapatan lain.Ada juga yang melakukannya kerana tidak mahu terlepas harga emas yang ‘cantik’.

Contoh membuat pembelian produk menggunakan EPP

Gold bar 50g =RM8000

Caj 0.5% = RM8000 x 0.5%

=RM40

RM8000 bahagi 4 bulan = RM2000 sebulan

Bayaran kali pertama = RM2000 + RM40

=RM2040

Bayaran bulan ke-2,3 dan 4 =RM2000 setiap bulan

Total = RM8040

Harga emas biasanya akan naik untuk jangka masa panjang.Biasanya dalam tempoh 4 bulan,anda sudah beroleh untung.Bagi penyimpan emas jangka masa panjang,anda pasti tidak risau dengan penurunan sementara harga emas.Ini kerana matlamat kita ialah menyimpan emas atau aset untuk tempoh yang lama agar lebih menguntungkan.

Semua produk Public Gold boleh dibeli secara EPP

-Gold bar 20g,50g,100g dan 250g

-Dinar  ( 1 ,5 dan 10 dinar )

-Silver bar 250g,500g dan 1kg

-Barang kemas Public Jewellery

Kesimpulannya,kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.Dengan ar-rahnu,anda mendapat emas dahulu,bayar pinjaman kemudian.Kaedah EPP pula,bayar sampai habis dan anda akan dapat produk selepas itu,masih dengan harga 4 bulan lepas.Saya sendiri beli emas Public Gold dahulu dengan menggunakan kaedah EPP kerana wang saya ada di Sijil Simpanan Premium (tak cukup tempoh untuk dikeluarkan-harus tunggu 45 hari).Dengan cara ini,saya dapat membeli emas dengan harga yang saya kehendaki.Tak semestinya menunggu 4 bulan,jika hendak habiskan bayaran awal pun boleh,lebih cepat anda boleh mengambil produk yang ditempah.Ar rahnu pula saya gunakan untuk membeli stok emas dan meniaga.Terpulang kepada keperluan masing-masing,apa pun membeli dengan tunai itu lebih baik.EPP dan Ar rahnu sekadar memberi pilihan kepada individu.

Saya sedang merancang untuk membeli silver bar 250g  secara EPP dalam masa terdekat. 🙂

One thought on “Beli Emas secara ansuran atau Ar rahnu?

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge