Berapa banyak perlu simpan emas dan perak

Saya selalu ditanya berapa modal nak melabur emas atau simpanan emas ini.Jawapan saya biasanya,saya akan terangkan bahawasanya simpan emas dan perak ini sama macam kita simpan wang di ASB,UT atau di bank-bank simpanan yang cukup banyak ada di Malaysia.


Masyarakat telah dibiasakan dengan sogokan menyimpan wang kertas itu lebih baik.Iklan-iklan di televisyen dan maklumat di media juga banyak mendedahkan tentang menyimpan wang dan pengurusan kewangan juga adalah berasaskan wang fiat.Maka adakah kita betul mengikut saranan tersebut?Anda akan dapat jawapannya jika anda membuat kajian tentang emas,kepentingannya dan memahami dengan jelas sistem wang kertas dan sistem kapitalis.

Modal permulaan untuk menyimpan emas dan perak adalah bergantung kepada kita.Dalam pelaburan emas ini tidak ada modal-modal tertentu yang ditetapkan,bergantung kepada kemampuan masing-masing.Jadi apakah yang akan membantu saya membuat keputusan?Bimbingan dari orang yang ada sedikit ilmu dan kefahaman anda terhadap perkara-perkara yang saya sebutkan di atas tadi boleh membantu anda membuat keputusan.Belilah emas dengan ilmu dan jika anda adalah peniaga emas maka juallah juga emas dengan ilmu,insyaAllah anda bahagia dunia dan akhirat.


Mengikut kemampuan


Jika mampu 1 dinar 1 bulan,anda boleh beli.Jika anda  mampu 1 dinar 6 bulan pun anda boleh beli..

Jika ada wang fiat yang lebih,boleh beli yang lebih besar.

Pokok pangkalnya ‘plan’ perlu ada:

Perancangan:

Perlu tahu kemampuan kewangan kita.Berdasarkan pengalaman sayadahulu,saya  buat bajet bulanan yang saya rombak khas untuk simpanan emas ini.Saya peruntukkan untuk perkara-perkara  penting sahaja.Yang mana yang tak penting kena ‘reject’ dan yang mana boleh dikurangkan kosnya saya cuba kurangkan.Alhamdulillah sehingga kini,saya berjaya disiplin dan konsisten dgn cara ini.Menyimpan emas mengajar kita supaya lebih berjimat cermat dan sifat emas yang beranak pinak ini membuatkan kita tidak boros lagi.Tak percaya?Percayalah!

Matlamat :

Saya menyimpan emas ini sebagai alternatif pelaburan yang lebih menguntungkan dari ASB dan KPF.Emas adalah aset yang boleh saya tukarkan kepada aset lain apabila sampai masanya,contoh 10-15 tahun lagi.Katakan harga emas sangat tinggi berbanding sekarang dan emas yang dimiliki juga  sudah semakin bertambah jadi bolehlah saya nak jual sebahagian untuk beli aset seperti hartanah,rumah dan bisnes.Namun,matlamat jangka masa panjang saya ialah sebagai simpanan jangka masa panjang.Pelaburan adalah nombor dua.

Tanya diri anda,siapakah anda?Pembeli,penyimpan,pelabur,peniaga atau kesemuanya sekali?

Jika anda adalah pembeli dan ingin menyimpan sahaja,saya mencadangkan anda boleh menukarkan wang fiat anda kepada emas dan perak minimum 60% dari simpanan wang anda.

Jika anda adalah adalah penyimpan + peniaga,tiada masalah untuk menyimpan emas dan perak sehingga 90%.Ini jika anda ada mempunyai kerja tetap dan sumber pendapatan lain.Jika anda bekerja sendiri,sebaiknya jangan lebih 70% melainkan perniagaan anda benar-benar stabil.Ini hanyalah pandangan peribadi saya,dan ianya haruslah disesuaikan dengan iklim kewangan masing-masing.

Target:

Melalui target saya,2-3 tahun lagi saya dapat keluarkan semua emas saya  di ar rahnu.Mungkin saya akan cuba ulangi proses ini setelah tamat pusingan pertama,tetapi dengan kuantiti yang lebih kecil.

Lain-lain:

Jika saya tidak sempat merasa hasil semasa harga emas sedang  tinggi/semakin bernilai pun saya tak kisah.Saya sudah  pesan kepada waris,sebahagian untuk  anak-anak dan sebahagian lagi untuk amal jariah seperti memberi sumbangan membina  surau/masjid  dan pusat tahfiz.

Ingat,kita mati tinggal 3 perkara sahaja :


1.Doa anak-anak yang soleh..(anak-anak  sy insyaAllah bakal dihantar ke  tahfiz )-semoga menjadi anak yg soleh/solehah

2.Ilmu yg ditinggalkan (ini saya dapat amalkan kerana terlibat secara langsung dengan profesion perguruan.Sebab inilah saya cuba  memberi  anak murid ilmu yg lebih advanced,bukan fokus kepada akademik sahaja)

3.Amal jariah  ( ini lah yang saya cuba lakukan melalui pelaburan/simpanan  emas.Saya  tak dapat memberi emas kepada anda,namun saya boleh tunjukkan jalan bagaimana anda boleh mendapat keuntungan menyimpan emas walaupun anda hanya tukang cuci pinggan .Selain itu,sedekah juga amalan yang harus dilakukan secara istiqamah dan sebaiknya janganlah diwar-warkan.

Saya cuba membawa anda berfikir lebih jauh,bukan duniawi sahaja sebaliknya akhirat juga.Jika anda ingin pergi lebih jauh,maka sokonglah pejuang-pejuang dinar dan dirham.Fahamilah mengapa penyokong-penyokong penggunaan dinar dan dirham bagi tujuan  muamalat ini berusaha untuk menghapuskan penggunaan wang fiat sedikit demi sedikit.Anda akan lebih memahami tentang riba juga.

Kerana itu saya terus ke depan dalam bidang ini.Prinsip saya,.selagi saya di landasan yang betul,saya  tidak akan berpaling.InsyaAllah.

Hapuskan sistem kapitalisme
Hapuskan sistem kapitalisme

2 thoughts on “Berapa banyak perlu simpan emas dan perak

  1. salam,
    saya nak beli 1 dinar tetapi harga makin naik, perlukan saya beli eventhough harga sekarang 681 tidak seperti 671 seperti hari Khamis 14 April. Perlukan saya menunggu lagi… adakah kemungkinan akan turun…ke RM500 atau RM600.atau kena start anytime now..

    Terima kasih

Leave a Reply to zaila binti zainal Cancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge