Berita HANGAT :Harga emas mampu cecah 2500usd tahun depan -Berita Harian 11 Oktober 2012

Berita Terkini 

Harga Emas sedang menuju ke arah usd2500/oz iaitu lebih kurang rm247/g!

Masih mahu menunggu untuk memulakan pelaburan @simpanan emas?

Jangan buang masa anda..

Masa itu emas,emas itu “real money” (Wang sebenar)Jika anda mahu menikmati keuntungan simpan emas tahun depan, jom mula beli sekarang sementara harganya masih mampu milik.Dapatkan harga emas istimewa hanya di GCP

Perhatian

GCP hanya menjalankan perniagaan jual dan beli emas sahaja,tidak terlibat dengan sebarang skim yang menjanjikan pulangan bulanan dan urusniaga kami sama macam kedai emas.Harap maklum.Berminat nak dapatkan emas anda hari ini?Atau ingin daftar sebagai pengedar untuk dpt harga borong dan pelbagai keistimewaan?

Hubungi saya sekarang juga di talian HOTLINE 0199708897 atau PM saya di facebook.
Rujuk harga produk GCP di sini dan beli dengan saya,anda layak mendapat harga diskaun dan jaminan belian balik lebih tinggi dari web jika ingin menjual.

-> http://www.jutawangold.com/harga-emas-terkini/

~ Harga emas mampu cecah 2500usd seauns -Berita Harian ~

Harga emas dijangka bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dengan arah aliran menaik itu dijangkakan berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns dalam tempoh setahun ini, kata Naib Presiden yang juga Pengurus Porfolio DWS Investments GmbH, Manuel Tenekedshijew.

Beliau berkata, pendorong utama kepada kenaikan harga itu termasuk kadar faedah sebenar yang tidak menarik, kebimbangan jangka panjang terhadap inflasi, kekukuhan permintaan bagi pelaburan, arah aliran terkini yang menunjukkan meningkatnya pembelian logam berharga oleh bank pusat di seluruh dunia, selain bekalan terhad. “Berdasarkan analisis kami, harga emas dijangka mencecah AS$1,800 sedikit masa lagi dengan sebarang pembetulan harga menjadi asas kepada kenaikan lanjut.
“Harga emas dijangka bakal bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dan arah aliran menaik itu dijangka berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns selepas setahun dari sekarang,” katanya sambil menambah dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu, emas kebiasaannya dilihat sebagai pelaburan terbaik.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung arah aliran logam emas di Kuala Lumpur, semalam. Harga emas berlegar AS$1,760 seauns semalam.
Perkembangan ekonomi dan geopolitik semasa menyaksikan dorongan kenaikan harga pasca 2000.

Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How (gambar), berkata prestasi lebih baik saham syarikat berkaitan perlombongan emas berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu mendorong AMMB Holdings menambah saiz dana AmPrecious Metal tidak kurang tiga kali daripada 350 juta unit sejak dilancarkan pada 2007, kepada 600 juta unit dan terkini kepada 750 juta unit.
Beliau berkata, dana berasaskan Syariah AmPrecious Metal dilaburkan dalam saham syarikat global terbabit aktiviti berkaitan emas dan logam berharga, seperti syarikat pelombongan emas kerana statistik menunjukkan prestasi saham syarikat terbabit jauh lebih baik berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasmampucecahAS_2_500seauns/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...