Bisnes Emas menguntungkan:Bukan MLM ,tak perlu cari Downline

Salam…

Saya ingin berkongsi dalam entry kali ini,mengenai satu perkara yang penting dan perlu anda ketahui mengenai simpanan dan perniagaan emas.Ini susulan tersiarnya testimonial dari admin@jutawangold di akhbar Sinar Harian hari ini,28 February 2012.

Admin@jutawangold di Sinar Harian edisi Nasional

Hari ini saya agak sibuk melayani panggilan telefon dan sms sehinggakan ada yang marah sebab saya tak sempat jawab panggilan…hehe…sabar encik,saya bukan sengaja,saya kat tempat kerja masa tu sedang berbincang dengan kawan.

Pernah juga dulu saya ditanya, “eh masih bekerja? Saya jawab “ye..meniaga emas ni,separuh masa pun boleh buat,inikan pula full time,lagilah boleh..”   🙂

Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.  Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.

طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksudnya:  “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam”

Buat apa sahaja perlu ada ilmu,termasuklah dalam konteks simpanan emas sama ada anda sebagai pembeli mahupun pengedar.

Ramai yang menghubungi saya  selepas dapat no telefon di  akhbar,boleh dikatakan hampir tidak tahu langsung mengenai syarikat emas,apa konsepnya, dan bagaimana boleh menjana keuntungan.Tak kurang yang bertanya jika ianya MLM (multilevel marketing) dan perlu cari Downline.Mungkin ianya lama bagi kita,tetapi perkara baru untuk orang lain,jadi kesabaran amatlah perlu kerana mereka memang tidak tahu.Alhamdulillah saya dapat melayani panggilan telefon dan sms dengan baik dengan pesanan di akhir perbualan :

“Dengan sekali panggilan atau sms ini,en/pn tidak mungkin dapat memahami atau mahir ilmu tentang emas ini sedangkan saya mengambil masa yang lama untuk memahaminya.Oleh itu teruskan update dengan saya di group fb Gold Investor Club dan baca artikel-artikel di Jutawangold.com dan explore la apa yang ada di situ,tak faham boleh tanya saya”

Baiklah,ini antara jawapan2 kepada persoalan yang ditanya kepada saya :

1.Bisnes apa ni?

GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk barang kemas 999,dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar RM220+) sehinggalah ke 100g.Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi.Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.

2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?

Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan,pulangan,dividen dan sebagainya.Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.

Nak duit lebih,ada caranya,anda usaha,anda dapat.


3.Bagaimana saya untung?

Beli dan simpan pun dah untung,kalau nak lebih keuntungan bolehla sambil menyimpan meniaga emas.Tapi ada syaratnya,kena ada ilmu dulu tentang emas ni,barulah boleh meniaga.Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain,ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham.

Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula,antara nak dengan tak nak sahaja.


4.Kena cari downline?MLM ke?

Tidak,ini bukan perniagaan MLM.Dan anda tidak perlu mencari downline.Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai,mulakan dengan orang yang anda kenali,sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar).

Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.


5.Apa yang saya dapat dengan bayar RM1K tu?

(Promosi menjadi dealer GCP dengan hanya RM1k adalah sehingga 13/05/2012)

-Layak dapat harga dealer yang jauh lebih murah dari harga pelanggan,inikan pula dengan harga di kedai emas,jauh panggang dari api   🙂

-Biz kad dan id

-Kos penghantaran percuma produk-seumur hidup,siap ada jaminan jika hilang/tak sampai kepada anda

-Kos penghantaran percuma kepada pelanggan anda,namun anda bertanggungjawab jika produk hilang/tak sampai

(so far saya menggunakan keistimewaan ini,semuanya selamat sampai)

-Seminar di tempat anda,ditaja oleh GCP,hanya perlu maklumkan tarikh dan carikan tempat,semuanya ditanggung oleh GCP.

-Modal untuk membeli emas terpakai…dan banyak lagi..(jadi dealer dulu baru boleh rasa sendiri  🙂    )


Ini antara soalan-soalan yang ditanya kepada saya,InsyaAllah jika ada,saya akan sambung lagi esok..hari ini saya memang agak kepenatan menjawab panggilan telefen dan sms,namun puas kerana dapat berkongsi sedikit ilmu kepada mereka yang baru mengenalinya.Tidak kurang pembaca blog juga yang menjadi antara orang yang paling kerap menghubungi saya sejak dulu lagi,terima kasih di atas kepercayaan anda berurusan dengan kami sama ada sebagai pembeli mahupun pengedar.

Ingin mengetahui lebih lanjut?

Hubungi hotline 019-9708897 (fazilah)

Add saya di fb -Nor Fazilah Abd Mohd

Anda boleh tanya terus kepada saya melalui chat/pm

Interaksi dengan saya dan peminat emas yang lain di group fb :Gold Investor Club


4 thoughts on “Bisnes Emas menguntungkan:Bukan MLM ,tak perlu cari Downline

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge