Cagaran Emas Ganti Kad Kredit?

Penggunaan kad kredit amat meluas sekarang sehinggakan pihak bank berlumba-lumba menawarkan pelbagai pakej menarik untuk pelanggan.Ini semua untuk menarik ramai orang untuk menggunakan perkhidmatan kad kredit atau ‘kad hutang’ ini.Petikan akhbar hujung tahun lepas:

KUALA LUMPUR: Seramai  87583 individu diisytiharkan bankrup dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini.

Ekoran daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.

Tahukah anda kebanyakkan kad kredit mengenakan interest 12%-18% ?Ada juga yang menyembunyikan interest dengan mengenakan caj-caj tersembunyi.Pokoknya,anda terpaksa membayar lebih banyak dari yang dipinjam.Bukan semua orang mampu memilik kad kredit,mungkin golongan ini yang banyak terjebak dengan kes pinjaman dengan ‘ah long’.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini?

1.Memberi didikan tentang pengurusan kewangan yang baik kepada masyarakat

2.Memberi panduan untuk menguruskan hutang.Perkara no 1 dan 2 ini,boleh didapati di AKPK (agensi yang membantu dari segi kaunseling kewangan)

3.Menggunakan alternatif lain untuk menggantikan kad kredit.

Apakah antara pilihan yang ada?

Cagaran emas di ar rahnu.Ya..inilah salah satu alternatif yang boleh dijadikan pilihan.Dr Mahathir sendiri pernah menyebut antara  peranan ar rahnu ini,  boleh mengelakkan masyarakat daripada meminjam dengan ‘ah long’.Inilah sebab kita perlu menyimpan emas,kerana ia satu-satunya aset yang mudah dimiliki oleh sesiapa sahaja dan diterima sebagai cagaran di pajak gadai Islam(ar rahnu).Elakkan memajak di kedai-kedai pajak biasa kerana interest yang dikenakan cukup tinggi.Kini sudah ada pilihan pajak gadai Islam,maka tiada alasan untuk memajak di kedai pajak yang telah lama wujud.

Salah satu keistimewaan emas-boleh dijadikan cagaran di ar rahnu untuk mendapatkan pinjaman.Pastikan anda menggunakannya untuk tujuan yang betul,bukan untuk membazir dan sesuatu yang bukan keperluan.

Emas boleh dicagarkan di ar rahnu untuk mendapat pinjaman

Contoh pengiraan emas di ar rahnu.

Saya mengambil rate ar rahnu Agrobank.

Nilai marhum :RM165.80 (nilai yang bank letakkan,biasanya lebih tinggi sedikit dari harga pasaran dan menyamai harga di FGJAM)

Item yang hendak dipajak -Gold Bar 20g

20g x RM165.80 = RM 3316 (nilai marhum)

Pinjaman yang diberi

70% daripada RM3316 = RM2320 (digenapkan)

Upah simpan = 0.75 sen bagi setiap RM100 /nilai marhum (RM3316)

RM3316  bahagi RM100 =33.16

3316  x 0.75 = RM24.87

Upah simpan sebulan =RM24.87

Upah simpan 6 bulan = RM24.87 x 6

=RM149.22

Bayaran sebulan =RM387 (digenapkan)

Kos upah simpan ar rahnu sebulan lebih kurang 1%.

Bagaimana jika saya tidak mampu membayar dalam masa 6 bulan?

Hubungi pegawai ar rahnu,dan maklumkan anda ingin sambung surat pajak tersebut.Jangan lupa,anda harus bayar upah simpan untuk 6 bulan sebelum menyambungnya.Sila tanya pegawai tersebut berapa lama anda boleh memajak di situ kerana kadangkala ia bergantung kepada budi bicara pegawai/pengurus cawangan.Biasanya ‘unlimited’ (boleh pajak sampai bila-bila,tetapi jika tidak bayar upah simpan,emas anda mungkin dilelong)

Apa yang harus saya rancangkan?

Lihat semula kemampuan kewangan anda.Berapakah lebihan gaji anda setiap bulan?Cadangan saya,buat bajet dan cuba lihat,jika anda mampu mengurangkan kos-kos lain.Katakan lebihan gaji atau peruntukkan untuk emas ini adalah rm300 sebulan.

Pinjaman =RM2320 bahagi RM300

Lebih kurang 8 bulan anda sudah mempunyai rm2400.

Upah simpan :

RM24.87 x 8 bulan =RM198.96

Total =RM2320 + RM 198.96

=RM2518.96

Ditambah dengan upah simpan,saya menganggarkan pada bulan ke 8 atau 9,anda sudah mampu menebus emas anda di ar rahnu.

Tidak faham?Cuba baca berulang kali dan langkah demi langkah.Lebih praktik jika anda cuba kira sendiri.Saya selalu juga membantu pelanggan saya yang ingin membuat ar rahnu.Saya akan membuat pengiraan berdasarkan kemampuan kewangan mereka dan rate terkini ar rahnu.

Perkara lain yang penting ialah,disiplin dan konsisten dalam pembayaran,kerana saya tak menggalakkan anda membiarkan emas anda terpenjara lama di ar rahnu.

Dalam topik ini,secara tidak langsung anda dapat memahami bagaimana pengiraan  ar rahnu dilakukan.Secara tak langsung,anda boleh mempertimbangkan sama ada menggunakan kad kredit atau mencagar emas di ar rahnu.Banyak faktor yang anda perlu ambil kira sebelum membuat keputusan,antaranya perbandingan kad kredit pilihan anda dengan ar rahnu,yang mana lebih menguntungkan dan situasi kewangan anda sendiri.


KUALA LUMPUR: Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini.

Ekoran daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge