Cerita Kedai Emas :Antara Modal dan Minat

Salam..

Saya ingin kongsikan sesuatu kepada semua pembaca dalam artikel kali ini.Ia berkenaan dengan kedai emas.Saya pernah ditanya oleh beberapa orang tentang modal untuk membuka kedai emas.Maka saya pun bertanya kepada rakan peniaga yang ada kedai emas dan cawangan di beberapa buah negeri.

Antara maklumat yang saya dapat tahu ialah,modal mencecah hampir RM 2 juta jika di bandar-bandar besar.Kalau bandar biasa,modal  RM1 juta-RM1.5juta lebih kurang.Orang yang bertanya agak minat untuk membuka kedai emas ini.Setelah mendapat maklumat dan syarat untuk membuka kedai emas,saya pun khabarkan kepada beliau.

Tapi,saya tidak terima maklumbalas sehingga kini,walaupun sebelum itu beliau  agak teruja bertanya tentang bagaimana hendak buka kedai emas.Adakah minat terbantut disebabkan faktor modal?Mungkin juga..

Buka kedai emas juga ada risiko-dirompak,kos yang tinggi dan lain-lain..tak kena cara boleh bankrup.Walaupun orang kata jarang tokey emas bankrup,tapi kalau tak kena strategi-memang boleh.

Dulu,memang orang banyak beli emas terutamanya barang kemas di kedai emas.Tapi sejak emas fizikal menjadi pilihan,kedai emas semakin kurang pelanggannya.Mungkin tak ketara sangat lagi,tapi jika dibuat kajian,peratusan masyarakat yang mula menyimpan emas fizikal pasti sangat ramai berbanding 5 tahun dahulu.

Pada saya,jika minat meniaga emas,anda tak semestinya buka kedai emas.Saya mengenali seorang peniaga barang kemas dan emas fizikal juga yang meniaga secara online.Saya juga pernah beli dengan beliau,malah kawan-kawan saya juga membeli di kedai emas online beliau.Ini kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding harga kedai emas.Design pun menarik dan mengikut perkembangan.

Saya sangat terkilan kerana ramai yang tidak sedar betapa mahalnya harga emas di kedai emas.Namun masih ada kedai emas yang menjual dengan harga yang berpatutan-tapi boleh dikira berapa banyak sangat kedai begini berbanding yang menjual mahal.Anda dikelirukan dengan harga barang kemas dan upah yang berlainan.Jika orang ramai  mendengar kedai emas membuat promosi sehingga 90%  untuk upah ..pasti ramaila yang berduyun-duyun pergi.Sedangkan harga emas tiada diskaun langsung.

Sudahlah anda bayar lebih,bila nak tukar baru atau jual,kena tolak spread dari 25%-40%.Bayangkan betapa banyaknya kedai emas buat untung dengan anda.Sebab itu saya tidak menggalakkan anda menjual barang kemas anda walaupun ia rosak,kerana ia tetap emas yang berharga.Contoh saya sendiri,2 utas gelang tangan yang saya belikan untuk anak perempuan saya sudah bengkok.Kalau ikutkan,saya boleh jual atau trade in untuk dapatkan yang baru.Tapi kerana saya sedar,saya akan rugi banyak,sebab itu saya simpan untuk diberikan kepada beliau sebagai aset bila besar nanti.Dan saya merancang untuk belikan gelang tangan yang baru nanti.Dengan ini,simpanan emas juga tidak menyusut.

Jika anda tidak tahu,dealer dan syarikat GCP antara yang menawarkan pembelian emas terpakai dengan harga yang menarik juga.Jadi,nasihat saya sebelum pergi kedai emas,survey dahulu harga kami di web GCP untuk emas terpakai dan harga yang ditawarkan kepada anda oleh kedai emas.Jika mereka ambil lebih,silakan terus berurusan,jika tidak,bolehla hubungi kami.


One thought on “Cerita Kedai Emas :Antara Modal dan Minat

  1. Saya berminat untuk menjadi pengedar emas dan menambah pendapatan..saya ingin belajar dari bawah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge