Elakkan Pembaziran:Menabung untuk Masa Depan

Situasi 1

Beli hp,gajet mahal-mahal habis beribu tak apa,nak beli gold bar 1 gram untuk simpanan terketar-ketar tangan nak keluar duit dan rasa berat sgt..”
-Tangguh perkara yang baik,akhirnya sampai ke sudah tak menyimpan-bila wang kertas dah susut nilai tahap gaban-baru nak menyesal-tiada gunanya
Situasi 2 :
Setiap bulan tukar baju,kasut,pakaian baru sebab nak ikut peredaran zaman dan ikut trend.Jika tidak nanti dikatakan ketinggalan zaman.
-Cuba kira berapa yang telah anda habiskan untuk membeli baju,kasut dan pakaian yang melebihi tahap keperluan?Kira pula berapa yang anda boleh jimat sekiranya anda hanya membeli mengikut keperluan dan memilih hanya barangan yang murah untuk dipakai?
Tip :Saya menetapkan standard harga untuk barangan seperti pakaian,beg dan kasut saya serta anak-anak.Contoh :
-Pakaian tidak melebihi RM50,kalau lebih sedikit pun,biasanya untuk pakaian raya dan untuk anak-anak saya belikan saiz yang lebih besar sedikit agar boleh dipakai lama.
-Kasut bawah RM50 sahaja dan saya hanya mempunyai satu kasut pada satu-satu masa.Pakai sehingga perlu ditukar,biasanya bertahan selama 6bulan-1 tahun.

 

Elakkan perbuatan membazir

Perbuatan membazir merupakan satu tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak. Mereka seolah-olah lupa bahawa rezeki yang diperolehi itu sebenarnya kurniaan Allah S.W.T. Mereka menggunakan rezeki tersebut secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepatutnya.

Islam menetapkan bahawa apa sahaja perbuatan yang mengarah kepada pengurusan atau pekerjaan yang merugikan, maka ia juga termasuk dalam erti kata melakukan pembaziran. Berdasarkan apa yang telah disebutkan tadi, maka pembaziran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian;
Pertama : Pembaziran harta.
Kedua : Pembaziran masa.
Ketiga : Pembaziran tenaga.

Ketiga-tiga jenis pembaziran ini boleh berlaku tanpa kesedaran kita. Ianya berpunca daripada kelalaian kerana terlalu ghairah mengejar cita-cita atau terlalu lemah dalam mengurus atau mentadbir sumber yang ada seperti masa dan tenaga.
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi mengatakan, terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya;

Pertama : Pembaziran ilmu pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
Kedua : Pembaziran amalan iaitu membazir jika melakukannya dengan hati yang tidak ikhlas.

Ketiga : Pembaziran kekayaan iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T.

Keempat : Pembaziran hati iatu membazir jika hati yang kosong kerana tidak mengasihi Allah S.W.T.

Kelima : Pembaziran tubuh badan iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

Keenam : Pembaziran cinta iaitu membazir jika kita mencintai orang atau perkara lain melebihi cinta kepada Allah S.W.T.

Ketujuh : Pembaziran masa iaitu membazir jika tidak digunakan dan diurus dengan sebaiknya.

Kelapan : Pembaziran akal iaitu membazir jika memikirkan sesuatu yang hanya untuk dunia semata-mata tanpa bermanfaat kepada agama.

Kesembilan : Pembaziran zikir iaitu membazir jika tidak menyebutnya dengan betul, hilang tumpuan, bermain-main atau sambil lewa sahaja dan sebagainya.

 

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Al-Israk: 27)
Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 26 :
”Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau”.

Apabila kita teliti, kita dapati pembaziran itu akan membawa kesan yang buruk terhadap rohani dan jasmani seseorang. Sesungguhnya Allah SWT amat murka ke atas individu yang tidak pernah bersyukur di atas nikmatnya dan mereka ini akan menerima balasan buruk daripada Allah SWT di atas kelalaian menjaga amanat harta kurniaan Allah. Kita harus ingat bahawa harta yang kita miliki bukan hak mutlak kita bahkan sebenarnya adalah hak Allah SWT. Kita hanya sebagai pengurus yang pasti akan ditanya dari mana harta yang kita perolehi dan ke mana kita belanjakan harta tersebut. Janganlah kita menganggap harta yang kita miliki itu sebagai milik kita yang mutlak dan kerana itu kita berbelanja sesuka hati.
Mengamalkan sifat berjimat dan tidak suka membazir akan mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan kita. Antaranya ialah :-

Pertama : Dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja atau pekerjaan akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT.

Kedua : Dengan mengamalkan sikap berjimat-cermat dan bersederhana dapat menyelamatkan kita daripada muflis akibat hutang yang bertimbun kerana berbelanja secara berlebihan menurut hawa nafsu.

Ketiga : Dengan mengamalkan sikap bersederhana membolehkan kita mampu untuk bersedekah pada jalan Allah, lebih-lebih lagi menunaikan zakat yang pastinya melengkapkan lagi penyempurnaan rukun Islam.

Keempat : Kita akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.

Semoga kita sentiasa memastikan diri kita tidak termasuk di kalangan orang yang suka membazir.

Tip Elak pembaziran (harta)

#1 Rombak kembali bajet anda,dan cuba patuhinya
#2  Potong mana-mana yang tidak berkenaan dalam bajet anda.

– Gunakan wang anda sebaik mungkin untuk apa yang diperlukan sahaja bukan apa yang “dikehendaki”
#3  Kuatkan hati dan semangat anda agar istiqamah
#4 Rancang kewangan dengan membuat tabungan untuk masa depan

–  pastikan anda ada tabungan kecemasan,tabungan pendidikan anak-anak,tabung untuk hari tua dan lain-lain yang perlu.

 

#5  Banyakkan bersedekah dan banyakkan memberi tanpa syarat dengan hati yang ikhlas.

# 6 Patuhi kesemua 5 di atas,in sha Allah anda akan berjaya mengelakkan pembaziran

Extra Tip :
Simpan dalam bentuk emas,lebih mendisiplinkan seseorang kerana biasanya penyimpan emas sayang nak jual emas berbanding dengan penyimpan wang kertas-selalu terjadi kebocoran wang apabila asyik berbelanja dan mengeluarkan simpanan sedikit demi sedikit.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge