Emas sebagai Simpanan atau Pelaburan?

Masih ramai yang keliru dengan tujuan membeli emas .Ini kerana ada yang membeli tanpa mempunyai ilmu tentang emas yang secukupnya dan tiada penjelasan dari pihak penjual.Kebanyakan yang menjual juga fokus kepada jualan dan tidak mementingkan aspek pengetahuan tentang emas yang sebenarnya amat-amat membantu individu untuk membuat keputusan terbaik.

Simpanan atau pelaburan?

Simpanan emas memainkan peranan sama seperti fungsi wang kertas yang disimpan di bank,amanah saham dan unit trust.Sudah tentu kita ingin menyimpannya lama kerana ia adalah untuk jaminan kewangan masa depan dan keperluan tertentu seperti tabung pendidikan anak-anak dan tujuan kecemasan.Simpanan emas bersifat jangka masa panjang,mungkin boleh dikatakan melebihi 10 tahun.Jangka masa sederhana pula ialah sekitar 4-5 tahun.

“Saya ingin membeli emas,nanti harga dah naik,saya nak jual”…ini biasa diajukan kepada saya.

Ya..inilah yang dinamakan pelaburan.Jual emas selepas kenaikan harga.Prinsip ini dinamakan ‘buy low,sell high’.

Biasanya saya akan tanya kembali ” dapat duit hasil jualan emas tersebut,nak buat apa?”

Jika disalurkan kepada sesuatu yang berharga juga seperti membeli aset lain dan modal berbisnes..go on.

Kalau tak ada jawapan untuk soalan saya,itu bermakna,si pembeli emas tidak memahami tentang emas sepenuhnya.

Tahukah anda,emas yang anda jual sekarang atau kemudian hari,sukar untuk anda mendapat kembali harga tersebut.Ini kerana harga emas menaik untuk jangka masa panjang.Diulang,jangka masa panjang.Ada orang yang baru beberapa bulan membeli emas,runsing harga emas tak naik dan graf menurun.Harga naik sekejap,selepas itu turun pula.Mereka mula rasa rugi membeli emas.

Mulalah menyimpan emas walaupun sedikit demi sedikit
Mulalah menyimpan emas walaupun sedikit demi sedikit

Harga emas ini berubah setiap minit mengikut permintaan dan penawaran pasaran dunia.Jika hari-hari anda lihat harga emas,grafnya memang seperti bukit.Emas harus disimpan lama,barulah grafnya akan kelihatan menggunung.Saya bagi contoh,harga emas untuk 10 tahun lepas.Ada tahun yang emas tak naik banyak,malah turun lama pun ada.Tapi ada tahun emas naik agak mendadak.Di sinilah kita ambil kira pemurataan kos untuk 10 tahun-kenaikan hampir 36% setahun.

Oleh itu,untuk apa kita membeli emas?Ini nasihat kepada pembeli emas (kalau anda peniaga,satu kelebihan kerana banyak cara lagi anda boleh menjana keuntungan).

Kesimpulannya,belilah untuk disimpan emas tersebut..dan jadikan pelaburan sebagai tujuan kedua.Senang cerita,simpanan + pelaburan.Jika anda meniaga emas,anda dapat untung lebih lagi dengan simpanan + pelaburan + meniaga emas.

Emas dalam simpanan boleh dijadikan pelaburan jika tiba-tiba anda memerlukannya.Namun jika anda mengganggap emas sebagai pelaburan semata,anda semakin kekurangan aset akibat aktiviti penjualan emas apabila harga mahal untuk mendapat untung.Jika terdesak sekalipun,cuba untuk jangan jual,sebaliknya cagarkan di ar rahnu dan tebus mengikut kemampuan.Jangan dibiarkan ia terpenjara.Tetapi jika anda ingin menjual juga,anda boleh mendapatkan bantuan saya atau mana-mana penjual emas yang sedia untuk membeli kembali emas anda bila-bila masa.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge