Emas vs ASB

Emas vs ASB?Hangat diperkatakan sekarang tentang kedua-dua instrumen pelaburan ini.ASB atau emas masing-masing mempunyai kelebihannya sendiri.Rujuk jadual dan graf di bawah.

http://gajahemas.files.wordpress.com/2011/01/asb-rate.jpg?resize=561%2C376Sedikit perbandingan

Kelebihan menyimpan wang di ASB:

1.Setiap tahun mendapat dividen + bonus.

2.Mendapat pasif income

3.Salah satu pilihan pelaburan yang selamat


Kelemahan menyimpan wang di ASB

1.Tidak boleh mengeluarkan wang tersebut,jika tidak anda tidak akan mendapat dividen + bonus pada hujung tahun.Perlu simpan selama yang boleh untuk mendapatkan keuntungan dividen + bonus.

2.Pelabur hanya nampak simpanan wang kertas yang terbaik sedangkan hakikatnya wang kertas hanyalah ciptaan manusia dan boleh dicetak sesuka hati-tiada nilai sebenar.Ditambah dengan galakan pelbagai pihak berkepentingan agar rakyat menyimpan wang kertas sebagai simpanan sehingga ia menjadi ‘mind set’ bahawa wang kertas yang terbaik dan sesuai disimpan.

3.Wang kertas susut nilai akibat inflasi.Tahun lepas sahaja inflasi di Malaysia mencecah 5% dan ada pihak mengatakan sebenarnya susut nilai wang kertas pada tahun lepas ialah 15%.


Kelebihan menyimpan emas

1.Kenaikan emas adalah atas harga emas yang naik untuk jangka masa panjang akibat aktiviti mencetak wang sehingga wang kertas tidak stabil dan semakin susut nilai.Harga emas sebenarnya tidak naik,sebaliknya USD yang semakin merosot nilainya dan memberi kesan kenaikan kepada harga emas.Selagi matawang tidak bersandarkan emas,selagi itu harga emas akan naik untuk jangka masa panjang

2.Emas juga boleh memberi pasif income kepada penyimpannya.Simpan sahaja tanpa perlu membuat apa-apa pun,ia tetap menguntungkan untuk jangka masa panjang.

3.Emas kini adalah komoditi yang boleh diniagakan.Anda boleh menjana keuntungan dengan pelbagai cara melalui emas,iaitu dengan meniaga emas- jual dan  beli emas terpakai dan sebagainya.

4.Ketika anda benar-benar memerlukan wang kertas,emas mudah dicairkan iaitu anda boleh cagarkan ia dia pusat pajakan seperti ar rahnu.Sebaliknya jika anda mengeluarkan wang ASB,hasil yang anda dapat kurang.Emas anda di ar rahnu tidak susut nilai.Dengan cara ini harta anda tak luak,duit pun dapat.Jangan lupa plan untuk menebus emas anda.Nanti kos upah bertambah pula.

5.Emas kalis inflasi

6.Ia bertindak sebagai simpanan dan simpanan + pelaburan mengikut kehendak individu.


Kelemahan menyimpan emas

1.Untuk mendapatkan keuntungan (bagi yang melabur),anda perlu menjual emas tersebut.Jika  digunakan hasil tersebut kepada sesuatu yang susut nilai,amat merugikan.Ramai yang menggunakan konsep ‘buy low,sell high’.

2.Emas yang anda beli beberapa tahun dahulu,anda tidak akan dapat beli lagi emas tersebut dengan harga yang anda beli dahulu.Oleh itu amat rugi jika bermula lewat menyimpan emas.

3.Anda perlu mencari tempat yang sesuai untuk menyimpan emas jika ia dalam kuantiti yang banyak.

4.Emas juga ada turun dan naik.Dapatkan ilmu yang betul agar anda tidak fikir harga emas akan sentiasa naik sahaja.


Kesimpulannya ialah emas dan ASB mempunyai kelebihan tersendiri.Namun disebabkan saya banyak terdedah dengan emas dan sejarah wang kertas,maka saya tidak berapa minat untuk menyimpan banyak wang kertas.Cukuplah sekadar untuk keperluan harian,bayaran bil bulanan dan keperluan kecemasan.Emas dan perak saya simpan 90% sebaliknya simpanan wang kertas 10%.Jika anda bukan penyimpan + peniaga seperti saya,untuk permulaan eloklah menyimpan emas 60% dan wang kertas 40%.

Dengan simpanan yang terhad,adalah tidak sesuai menggunakan ayat ‘dont put ur egg in one basket’ kerana kita perlu lebihkan simpanan yang menguntungkan..bukan letak sana sikit,sini sikit..bercampur baur.Ini adalah kepercayaan Mat Saleh yang banyak dipakai oleh umat Islam.Jika ramai yang menyimpan emas berbanding menyimpan wang kertas,sudah tentu suatu hari matawang Islam akan kembali dan terhapuslah sistem kapitalis dan kepercayaan yang cuba mereka tanamkan.

Simpanan emas fizikal alternatif simpanan wang kertas
Simpanan emas fizikal alternatif simpanan wang kertas

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge