Fahami Konsep Sebenar Simpanan Emas

 

September 2012 menyaksikan harga emas mencecah sehingga menghampiri USD1,800/oz dan sekarang harganya hanya sekitar USD1,300/oz hingga USD1,400/oz sahaja. Tiada siapa yang tahu, adakah harganya akan terus di paras yang sama, menaik atau menurun. Ramalan yang dibuat oleh pakar ada kalanya tersasar kerana turun naik harga emas dipengaruhi oleh banyak faktor.

Fenomena kejatuhan harga emas ini menyebabkan ramai yang takut untuk menyimpan emas apatah lagi untuk membeli emas. Mereka beranggapan menyimpan emas tidak mendatangkan keuntungan, malah merugikan. Apa tidaknya, jika pada september 2013 mereka membeli emas dan menukarkannya kepada wang tunai pada hari ini, wang tunai mereka akan menyusut jumlahnya sebanyak 22%.

Kerugian ini kebanyakannya dirasai oleh mereka yang menjadikan emas semata-mata untuk pelaburan sebagaimana membeli saham, iaitu menjualnya ketika harganya lebih tinggi daripada harga ketika membelinya.

Tidak dinafikan, emas juga boleh dijadikan sebagai pelaburan jangkamasa pendek dan sederhana yang menguntungkan sebagaimana melabur dalam saham kerana emas juga adalah bahan komoditi yang diperdagangkan di seluruh dunia di mana harganya sentiasa berubah-ubah setiap saat. Ada kalanya naik dan ada kalanya turun bergantung kepada permintaan, pasaran dan faktor- faktor yang lain. Walaupun keuntungannya lumayan tetapi perlu diingat, risikonya juga besar. Mereka yang berjaya dalam bidang ini mempunyai cukup kepakaran terutamanya dalam menganalisis dan meramal pergerakan harga emas.

Tidak kurang juga ada golongan yang ‘tercekik’ bila mana emas simpanan mereka yang digadaikan di institusi Ar Rahnu terlelong akibat kegagalan membayar pinjaman dan upah simpan yang dikenakan. Ini biasanya berlaku kepada mereka yang menggunakan berbagai ‘skill’ untuk menggandakan emas mereka dengan memanipulasi kemudahan Ar Rahnu tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung.

Bagi mereka yang memahami konsep sebenar simpanan emas, mereka tidak ambil kisah pun samada harga emas naik ataupun turun. Bagi mereka, kejatuhan harga emas adalah satu peluang yang ditunggu-tunggu di mana, inilah masanya yang paling sesuai untuk mereka memborong dan menambah lagi simpanan emas mereka. Begitu juga dengan peniaga emas, inilah masanya mereka menambah stok.

Apakah Konsep Sebenar Simpanan Emas?

Maksud sebenar simpanan emas adalah menyimpan aset dalam bentuk emas. Caranya adalah dengan menukarkan simpanan wang atau sebahagian hasil pendapatan kepada emas. Sebaik-baiknya gunakanlah 30% hingga 50% sahaja daripada wang simpanan yang ada untuk membeli emas. Usah terlalu gelojoh dan tamak dengan menggunakan kesemuanya untuk membeli emas.

Belilah secara berperingkat-peringkat.

Tujuan utama berbuat begitu adalah supaya, jika harga emas turun, kita masih ada lagi tunai untuk membeli emas dan seterusnya dapat merendahkan harga emas simpanan sedia ada melalui teknik pemurataan harga.

Simpanan dan pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang dan sederhana serta tidak menjamin pulangan tetap setiap bulan. Sekiranya ada syarikat yang menawarkan pulangan tetap setiap bulan dan lumayan, berhati-hatilah kerana itu adalah ciri-ciri syarikat ‘skim cepat kaya’ yang menjadikan pelaburan emas sebagai umpan.

Jika anda mahukan keuntungan yang maksimum dengan simpanan emas, jadilah penyimpan dan dalam masa yang sama menjadi peniaga emas.

Itulah yang dilakukan oleh En. Abdul Rashid Basar sejak setahun yang lalu. Beliau bukan sahaja penyimpan emas, bahkan salah seorang pengedar sah syarikat emas ternama iaitu GCP. Katanya, dengan ilmu emas yang beliau perolehi dari bahan-bahan bacaan, carian internet, seminar dan perkongsian ilmu daripada beberapa individu yang pakar dalam bidang tersebut, membantu beliau membuat keputusan yang tepat bagi mengelakkan kerugian dalam hal simpanan dan perniagaan emas.

Beliau, pernah melalui pengalaman membeli emas ketika harga tinggi. Katanya, beliau memulakan simpanan emas semasa harga emas di kemuncak iaitu hampir RM200/g. Beliau menyangka harga akan terus naik tetapi sangkaannya meleset. Nasib beliau baik kerana tidak menggunakan semua wang simpanannya untuk membeli emas secara sekaligus.

“Saya beli emas sedikit demi sedikit. Ketika harga mahal saya beli dan ketika harga murah pun saya beli”

Menurutnya, kaedah ini adalah untuk mengelakkan serta mengurangkan kerugian yang disebabkan membeli emas ketika harga tinggi dahulu. Lagipun bukannya hendak beli hari ini dan jual kembali dalam masa terdekat tetapi untuk simpanan jangka masa panjang. Dengan cara membeli sedikit demi sedikit, purata harga per gram akan menjadi lebih rendah. Kerugian dapat dielakkan sekiranya gunakan teknik yang betul dan fahami konsep sebenar simpanan emas.

Banyak lagi tip dan panduan simpanan emas yang beliau kongsikan di facebooknya iaitu www.facebook.com/arbdagangmas dan juga di fanpage rasmi GCP iaitu www.facebook.com/goldcrestpavilion.gcp . Beliau memilih Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. (GCP) sebagai platform untuk mendapatkan emas bagi tujuan simpanan dan juga menjana pendapatan dengan berniaga emas secara sambilan sahaja. Semenjak menyertai GCP setahun yang lalu, beliau berpuashati dengan mutu, servis dan harganya. Beliau juga memberi jaminan bahawa GCP adalah syarikat emas yang boleh dipercayai. Maklumat lanjut mengenai GCP boleh diperolehi melalui laman sesawangnya iaitu www.gcp.com.my atau hubungi talian hotline 1-700-81-7969.

Kesimpulan

Simpanan dan pelaburan emas memang menguntungkan jika dilakukan dengan ilmu dan tindakan yang betul. Simpanan emas lebih selamat dan mudah iaitu dengan hanya menetapkan matlamat terlebih dahulu dan seterusnya beli dan simpan emas secara berperingkat tanpa risau samada harga emas naik atau turun. Berbeza dengan pelabur emas yang perlu berhadapan dengan risiko dan memerlukan lebih kepakaran. Penyimpan emas juga secara tidak langsung adalah pelabur kerana mendapat untung, manakala pelabur emas tidak semestinya penyimpan emas. Pelabur emas hanya membeli dan menjualnya semula apabila harga yang dikehendaki mencapai sasaran.

Diharap panduan tip dan perkongsian pengalaman ini, boleh dijadikan panduan serta berfaedah kepada anda yang telah menabung emas dan juga kepada mereka yang baru bercadang untuk menjadikan emas sebagai alternatif simpanan menggantikan simpanan wang. Kongsikan ilmu dan tip simpanan emas ini dengan seberapa ramai yang mungkin kerana selain anda mendapat ilmu, mereka juga akan berterima kasih kepada anda.

kredit bagi Abdul Rashid Basar Hp: 011 1764 1322

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge