Genneva kena serbu dengan BNM,orang ramai keliru?

Assalamualaikum..

Sebelum ini,admin memang banyak dedahkan tentang company scam dan juga yang menjalankan skim pelaburan yang meragukan bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi syariah.

Macam-macam cerita yang keluar tentang Genneva minggu ini..

Asalnya saya tahu dari page BNM

Serbuan Bersama Ke Atas Genneva Malaysia Sdn Bhd

Satu operasi serbuan bersama ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat sekutunya telah dibuat hari ini oleh Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan.

Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura juga telah mengambil tindakan yang sama ke atas Genneva Pte. Ltd. di Republik itu.Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang.http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press_all&ac=2665&lang=bm

Laporan Polis  dibuat oleh pelabur Genneva

 

Ni berita yang masuk Utusan Malaysia
Berita lain :

From page Zaharudin.net

Telah FB saya mengingatkan sebelum ini, majlis fatwa juga telah fatwakan ia haram, masa telah diberi untuk yang terlibat menarik diri. Kini ia diserbu pula, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F10%2F2%2Fnation%2F12110572&sec=nation

Akibatnya semua akaun Genneva dibekukan. Menurut info yang saya ada, bukan Genneva sahaja yang diharamkan (& akan diserbu) tetapi semua jualan emas yang menggunakan skim sepertinya iaitu hibah, janji beli semula dengan harga jualan atau yang menyediakan skim pulangan seperti pelaburan. Berhati-hati ye sahabat-sahabat sekalian, jangan terkejar menjadi kaya nanti papa dunia akhirat.

Tengok…kan kesian…huhu..

http://www.youtube.com/watch?v=pgfZVIc0vnA

So,apa sebenarnya berlaku?
Baca kisah yang pernah saya siarkan tentang Genneva di sini :

http://www.jutawangold.com/genneva-dah-sah-haram-next-skim-emas-vgmcecmc-dan-rgcx/

http://www.jutawangold.com/7-jangan-dalam-simpanan-emas/

Pelaburan emas apa yang selamat sekarang?

– Pelaburan yang dibuat kerana ada ilmu.Paling asas yang perlu anda tahu ialah “Emas bukan pelaburan,ia adalah WANG.Simpan dan buat tak tahu (melainkan jika anda peniaga emas,bolehla meniaga ).

Gunakan  bila perlu,sama ada dengan pajak atau jual-itupun pilihan terakhir>

-Istilah “Pelaburan emas” telah disalahtafsirkan oleh skim seperti ini  menyebabkan kekeliruan pada masyarakat umum.Emas sebenarnya adalah “simpanan”

OLEH ITU..pastikan beli emas dapat emas di tangan,dan jangan harapkan pulangan bulanan,dividen dan keuntungan segera.

Bagi sesetengah orang tak salah sebut pelaburan emas,sebagaimana kata kawan saya ni :

“Jangan salah faham dgn erti perkataan “pelaburan emas” tu.. simpanan emas pada fahaman sy juga adalah satu pelaburan emas.. bermakna anda membeli emas dan menyimpan emas tersebut.. emas ni dikira satu pelaburan kerana harga emas ni sentiasa berubah (naik)..

Samalah macam pelaburan hartanah dan harta pusaka atau pembinaan aset.. itu dikira berlabur demi masa depan..simpanan emas – pelaburan emas sama je cuma cara kita sahaja berbeza..

Pelaburan jangka masa pendek dan pelaburan jangka masa panjang.. mana ada wang datang bergolek tiba tiba je..kecuali MLM atau skim yg diamalkan sesebuah syarikat tu (contoh genneva)..

So tiada salah nya menggunakan pelaburan emas ni cuma mungkin pada masa sekarang istilah ni tidak lagi sesuai digunakan.”

Belilah emas untuk simpanan jangka masa panjang,sebagaimana pesanan rakan saya ini :

“Emas/perak ni yg sebenar2 nya ialah wang , yg dok turun naik tu nilai duit kertas .Tapi susah nak bagi org paham ,sebab dah terlalu lama kita dok terbiasa dgn duit kertas . Jadi bila beli emas/perak asyik dok nampak pulangan dalam ringgit je walhal kita nak preserve value . Dlam keadaaan ekonomi yg caca marba ni kena pegang tanggible assets (termasuk la logam berharga) sebab economic collapse, currency devaluation tu perkara yg kemungkinan besar akan terjadi.”

 

MAKLUMAN

GCP ditubuhkan oleh sepasang suami isteri iaitu Shamsul Anuar bin Md Ali dan Norliza bt Ngatiman bertujuan menggalakkan bumiputra muslim membeli emas dengan harga rendah, menyimpan seterusnya menjalankan perniagaan emas. 

GCP tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas yg menjanjikan pulangan bulanan. Sekiranya ada pihak yang mengaku sebagai pengedar GCP menawarkan skim pelaburan emas berganda atau sebarang pelaburan emas yg menjanjikan pulangan bulanan sila email aduan beserta bukti ke admin@gcp.com.my atau hubungi talian hotline

Laman web Rasmi :www.gcp.com.my

Hotline GCP : 1-700-81-7969

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge