Hai,I’m back

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Fuh,perjalanan yang panjang.Sangat panjang.
Hampir 3 tahun saya tak update blog ini !

Sayang?
Memanglah sayang.Sebab tu tak jual.Mana tak sayang,ini web blog pertama saya.

Apa yang terjadi sebenarnya?Saya dah tak meniaga emas kah?Ramai sangat yang PM,SMS,Call dan whatsapp saya sepanjang tempoh itu.

Baiklah,saya cerita secara ringkas sahaja ye.Sebab saya belum bersedia untuk bercerita lebih panjang pada masa ini,pada masa akan datang insyaAllah,saya akan cuba ceritakan untuk diabadikan sebagai satu sejarah untuk pengajaran semua.

Seperti yang anda tahu,pada 2008 saya bermula dengan emas bersama EEE dan tersalah langkah.Selepas itu saya mengenali Public Gold tetapi belum tergerak hati menyertainya sehinggalah pada 2010.Pada masa itu saya terbuka menyertainya dan kemudian saya menyertai company GCP.Atas apa yang berlaku antara saya dengan PG,saya nekad untuk bersama GCP dan membantu ia untuk terus berdaya saing.Alhamdulillah,ia semakin dikenali.
Sekitar 2013 dunia emas alam maya di Malaysia mula dilanda gelombang program-program yang tak sepatutnya.Ramai yang minta untuk saya pun terlibat sama tapi saya menolak.
Kesilapan yang pernah saya buat membuatkan saya tak nak pisang berbuah dua kali.Semakin ramai yang terlibat dan bisnes jual beli emas sudah mula terjejas sedikit sebab ramai yang lebih suka terlibat dengan program berkenaan.Agen-agen saya pada masa itu yang saya jaga sepenuh hati pun ramai terlibat.Sangat kecewa.

Dan paling kecewa bila company yang kita percaya pun terlibat.
Seperti yang diketahui,saya masih seorang guru pada masa itu.Kerjaya saya membataskan untuk saya lebih maju sebab kerjaya saya menjadi passion saya pada masa itu.Oleh itu,saya lebih suka trading,iaitu jual produk dari company yang dah sedia ada dan mereka akan uruskan semuanya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia emas buat seketika.Saya masih menyimpan emas macam biasa dan apply ilmu yang ada.Saya elakkan ar rahnu yang tanpa keperluan.Beli seberapa banyak emas terpakai.

Masa terus berlalu dan ditakdirkan Allah swt,saya berhenti kerja dan fokus kepada bisnes saya sendiri.

Selepas sekian lama,saya ingin kembali kerana orang masih mencari saya untuk bertanyakan tentang emas.Jadi saya rasa rugi sedikit ilmu yang saya ada tak disebarkan dan tak diteruskan.

Saya bercadang untuk menjual emas saya sendiri nanti sebab serik dah nak menyertai mana-mana company emas.Kami akan muncul dengan konsep kami sendiri.Ketika saya menulis tentangnya di FB,begitu ramai rupanya yang berminat dan hanya menunggu masa untuk bersama-sama saya memeriahkan dunia emas kembali insyaAllah.

Namun untuk dapatkan hasil yang baik,saya perlukan sedikit masa.Harap anda yang berminat akan sedia menanti.

Nantikan artikel seterusnya untuk tawaran menyertai kami dan jadi orang yang terawal insyaAllah.Atau anda boleh taipkan ” Nfam Gold 2018″dan hantar ke no 0199708897.Kami akan rekodkan dan maklumkan kepada anda info dari semasa ke semasa projek emas yang kami akan mulakan 2018 ini.

Bagaimana pun fokus utama saya tetap pada bisnes sedia ada dan bisnes emas hanyalah sampingan buat masa ini.Tetapi kami akan buat yang terbaik dari semasa ke semasa kerana kami ada team kami sendiri.Cabaran menguruskan syarikat sdn bhd memerlukan saya memberi perhatian yang lebih kepada bisnes sebab saya bukan sahaja menguruskan sekumpulan team,tapi juga hal-hal dalaman staf dan syarikat.Doakan saya agar sepanjang 2018 ini segala impian kami tercapai.

Salam hormat,

Nor Fazilah Abd Mohd
Bentong,Pahang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge