Harga Dinar Dulu dan Kini

Dulu seekor kambing dapat dibeli dengan sekeping dinar.Tapi,berapakah agaknya nilai wang kita pada masa sekarang ini,untuk seekor kambing pada zaman dahulu?Yang pastinya,harga seekor kambing semakin mahal dari hari ke hari.Ianya berkadaran dengan harga sekeping dinar.

Saya sempat membeli dinar PD (Public Dinar) dengan harga sekitar RM540,tapi sekarang dah tak dapat harga ini.Harga tertinggi baru-baru ini telah cecah RM800 lebih.Dan harga terkini adalah sekitar RM788.Dijangkakan pada tahun 2015,harga emas akan 2 kali ganda harga sekarang,bermakna ia akan cecah lebih kurang RM1500-RM1600!

Jika anda atau kenalan/saudara mara anda tidak yakin dengan emas,minta mereka mulakan dengan sekeping dinar.Dan nanti bila dah pegang,pasti mereka akan rasa teruja kerana harganya makin naik (untuk jangka masa panjang)

Atau boleh cuba tip ini.Jika ada kawan/saudara mara pinjam duit anda,minta mereka bayar balik menggunakan emas,sama ada dinar atau bar.Saya yakin,pasti mereka akan jatuh cinta untuk membuat simpanan emas.Kalau anda dealer emas,pasti anda akan mendapat habuannya.Apatah lagi jika mereka membantu mempromosikan anda dengan cerita dari mulut ke mulut.Tip ini saya dapat idea dari seorang kawan yang memang sudah praktikkannya dan hasilnya memang menakjubkan!

Sila teruskan bacaan anda dengan artikel yang diambil dari Harakah ini :

|

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.


Sumber :HarakahDaily

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge