Isu Pelaburan Emas: Bagaimana Jual Emas Tanpa Susut Nilai

jual emas tanpa susut nilai

 

Macam mana ye nak jual emas tanpa susut nilai?

 

Saya perasan ada beberapa orang bertanya soalan yang hampir sama ditanya contohnya macam ni;

“kalau saya beli emas dengan company ***, boleh ke jual kat kedai emas?”

tahukah anda yang sebenarnya ada 4 hingga 5 pilihan semuanya dan ada juga cara supaya anda boleh jual tanpa sebarang susut nilai ( 0%)

 

Jawapan :

 

ramai yang tak sedar hal ini, termasuklah saya sendiri masa mula-mula dengan pelaburan emas dulu, tapi ada istilah berbunyi “pengalaman adalah guru terbaik yang boleh mengajar kita”. Kalau kita beli emas di mana-mana syarikat, asalkan ianya emas, memang akan diterima oleh kedai emas mana pun. Namun, jika di kedai, anda terpaksa menanggung susut nilai (spread) yang tinggi, sekitar 20%-40%, jadi, apa pilihan yang anda ada selain menjual di kedai emas?jual emas di kedai

Begini caranya, duduk elok-elok, rehatkan diri dan tarik nafas, hembus nafas =)

1. Jual untuk pengguna terakhir (end user)

Jika anda seorang peniaga emas/pengedar emas, kelebihan sekiranya anda memang dikenali oleh pelanggan-pelanggan anda sebab sentiasa ada permintaan. Ada masanya, anda tak perlu cari atau iklankan emas yang hendak dijual kerana pelanggan akan berebut-rebut mencari anda.

Kalau tak ada orang yang nak beli, bolehlah cari pengguna terakhir (end user), sama ada tawar-menawar pada pelanggan anda atau iklankan di grup emas sedia ada. Biasanya kalau bernasib baik, boleh terus jual, kalau tak anda kena tunggu beberapa hari juga.

Jika anda nak iklankan juga di grup-grup emas, anda perlu kena sabar, kena rajin kemaskinikan pos untuk pelayar perasan kewujudan anda.

Anda boleh jual pada pelanggan yang memang nak beli (end user) dengan harga semasa, jadi ia tidak akan melibatkan susut nilai

Anda bolehlah cuba turunkan sedikit, tetap untung sebab anda jual dengan harga yang masih tinggi juga berbanding jual di kedai emas.

 

2. Jual pada dealer syarikat tersebut

Sekiranya anda adalah dealer, setiap syarikat biasanya ada grup peribadi sendiri, kalau nak jual pada pengguna terakhir tapi tak berjaya, boleh cuba jual sesama dealer pula.

Anda boleh jual lebih tinggi dari harga dealer (we buy), tapi rendah dari harga (we sell) dealer. Jika kebetulan ada dealer yg baru lepas release stok dan nak restock barang pasti dia akan beli.

Macam biasa, kalau nampak tak berjaya, boleh cuba turunkan sikit, asalkan masih tinggi dari harga (we buy) jika tolak di syarikat

P/s: sekiranya anda bukan dealer, dan mahu jual lebih mahal, boleh cuba tanya, tapi biasanya jarang dealer nak beli pada harga tinggi. Paling tidak mereka akan naikkan sikit sahaja. Anda boleh juga cuba tawar menawar tanpa paksaan.

 

3. Jual pada syarikat

Sekiranya anda tiada kelapangan masa nak cari pembeli atau rakan dealer, anda bolehlah menjual pada syarikat.

 

4. Jual pada syarikat lain

Katakanlah syarikat ditutup, bolehlah  cuba jual pada  syarikat-syarikat emas lain yang sedia ada.

 

Akhir sekali, jika semua pilihan tidak berkesan, barulah anda jual di kedai emas bersama dengan susutnilai.

 

Nota tambahan:

1. Fahamkan dulu konsep simpanan emas seperti:

  • apa tujuan simpan emas
  • sebab apa perlu simpan emas
  • bila patut jual sebenarnya

 

2. Jika anda sudah menyimpan emas lama, sampai satu tahap, anda terpaksa jual dan harga emas sudah naik tinggi, masa itulah tiada susut nilai sebenarnya. (bandingkan dengan harga belian anda dahulu)

Oleh itu, jadilah penyimpan emas jika inginkan susut nilai tiada dalam penjualan kerana itulah cara paling mudah, iaitu menyimpan, terutamanya jika anda adalah seorang pelanggan pembeli emas.

 

 

Komen HZ :

  • saya pun tak pernah kira ada berapa cara sebenarnya, cuma yang saya tau kita akan rugi 20-30%, rugi 10-15%, rugi 5% atau untung 5-15%.

 

  • Kalau jual di kedai emas rugi 20-30%, jual dekat syarikat lain rugi dalam 10-15%, kalau jadi dealer dan jual pada syarikat sendiri boleh minimumkan kerugian sampi tahap 5%. Kalau sendiri cari customer boleh untung 5-15%.

 

  • Klu kita serahkan pihak kedua carikan pelanggan, kat sinilah datangnya susut nilai tu. Harga pasaran emas 999 ialah Rm180/gm. Apabila dia mahu beli dengan harga Rm180/gm, dah tentu dia beli Rm155-Rm160. Lebih tu upah penat lelah carikan pelanggan. Nak dapat untung penuh, kita sendirilah kena cari pelanggan.

 

  • Katakan harga semasa emas 999 kini Rm180/gm. Klu jual;

 

1} Kedai emas susut nilai 20-30% = Rm126-Rm144

2} Syarikat lain susut nilai 10-15% = Rm153-Rm162

3} Dealer ke syarikat sendiri susutnilai 5% = Rm171

4} Kita sendiri cari customer boleh tak jual ikut pasaran Rm180? Jawapannya memang boleh. Kesimpulannya kat mananya susut nilai emas ini?. Jawapan:

TIADA SUSUT NILAI. Yang ada cuma kos upah carikan pelanggan terakhir sahaja. Ada juga yang bagitau saya, “saya dah jmpa pembeli tapi tak boleh jual ikut harga pasaran.

“Tau mengapa jadi begini? Konsep dalam jual-beli, permintaan dan penawaran kena berjalan seiring.”

Kalau 1 pihak saje jalan, yang 1 lagi tidur. Memanglah tak boleh mencapai jual-beli yang sebenar. Saya ada 10gram emas 999, saya adalah Penawaran. Pergi jual pada Permintaan, orang yang masih belum bersedia, orang yang rasa masih belum masa lagi nak beli emas, sudah tentulah berlaku tawar-menawar. Dah tentu dia tak mau beli dengan harga semasa, nak juga jual kena kasi diskaunlah baru dia nak. Cuba cari Permintaan yang betul-betul memang nak beli emas. Dengan orang macam ini jual Rm180/gm pun dia akan ambil.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge