Kejatuhan harga emas:sejarah berulang realiti atau fantasi?

Assalamualaikum,

Berikut adalah post dari seorang Public Figure (pakar muamalat) di page rasmi beliau.

“Menurut penilaian peribadi, saya menasihatkan semua pelabur emas di melalui syarikat seperti G***** M*****, P***** G***, A***** G***, P***** G***& S***** E*** untuk mempastikan anda sedang memegang emas fizikal secara sepenuhnya. Atau baik juga jika dapat jual semula emas tu kepada mereka segera. Ia penting untuk mengurangkan risiko, jika ada apa-apa berlaku. Wallahu’alam.”

Selepas beberapa minit admin delete post diatas

Post ke 2
“Nasihat bagi mrk yg sempat membaca.. Yg x sempat. 🙂 all the best kepada semua peserta dan pelabur emas melalui skim yg pelbagai. Moga succes.”

Banyak org komen sebab tak jelas dan tak paham

Admin jawab
“Ada benda yang kita boleh terus beri details, ada benda yang belum boleh.”

Lagi komen2 sebab tak jelas dan tak paham

Admin jawab
“Jika anda ada info dalam buku belanjawan sblm dibentangkan, adakah anda boleh hebahkan sebelum pembentangan?..somebody has been banned from this facebook for her unnecessary provocation.”

Terkini adalah statement dari page beliau  ( 4hb Julai 2012)

Setakat ini yang menjalankan urusniaga emas dapat hibah ialah Genneva Malaysia, Pageantry Gold dan beberapa company yang buat skim ni dalam diam.Maaf,tiada niat untuk memburukkan mana-mana company emas,jika anda unsur yang tidak baik,saya terpaksa dedahkan kerana saya berpegang kepada hadith berikut :

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan (kekuasaan), kalau ia tidak sanggup (berbuat demikian), maka hendaklah ia mengubah dengan lisannya, dan kalau tidak sanggup (pula), maka hendaklah ia melakukan dengan hatinya (mendo’akan), yang demikian adalah selemah-lemah iman.”

(H.R. Ahad bin Hanbal, Muslim dan Ashab as-Sunan (para ahli hadis penyusun kitab hadis Sunan).

Pandangan saya  “klu tk silap..smua comp kt atas terlibat dgn ar rahnu,pemberian hibah , juga sistem ala2 pajak…ada kaitan dgn ura2 ianya dlm pemerhatian bnm,dan JAKIM sebab tak patuh syariah.Maybe uzar bg hint…klu kena freeze…abis aset2 yg syarikat pegang anda tk blh ambik balik…so sape2 yg ada buat PSP,GKA,Ar rahnu,Pembelian emas dapat hibah..cpt2lah bwk keluar…”

Di bawah adalah respon dari sahabat saya yang suka mengkaji sesuatu dengan lebih detail.Mesti baca kerana ianya dikupas dari perspektif yang lebih luas dan padat dengan info berguna.

First.. cuba list point2 penting dalam status tuh iaitu :-

1) dia kata untuk pelabur, so untuk penyimpan x terkait kot.

2) kena pegang emas FIZIKAL sepenuhnya dan bukan emas MAYA.

3) di galakkan untuk untuk jual balik emas2 tuh.

4) ada something yg Admin xleh nak bagitau secara terbuka.

Secara asasnya, status tu memang sependapat dengan saya sebab sejak tahun lepas mula memahami beberapa perkara yang ganjil dalam pasaran turun naik harga emas/perak dunia. walaupun semua tertumpu pada graf di KITCO, tetapi tetap tak terlepas pada hakikat bahawa graf kat kitco hanyalah spekulasi semata2 dan banyak dipengaruhi harga emas di LBMA. malah harga emas yang syarikat2 pengeluar emas dan Bank2 yang menawarkan akaun emas maya merujuk pada harga emas di LBMA.

a) jika lihat pada laman web LBMA, harga emas harian dunia ditentukan oleh orang2 dari 5 buah Bank gergasi dunia. dan anggota lembaganya LBMA juga dari Bank-bank di seluruh dunia. hanya seorang sahaja dari syarikat pengeluar emas fizikal iaitu PAMP.

b) bukankah pelik jika harga emas dunia bukan ditentukan oleh Bank dan bukannya dari syarikat pengeluar emas fizikal berdasarkan pada permintaan pasaran.

c) bila di selidik, rupa-rupanya bank-bank tersebut memang dah lama menawarkan akaun simpanan emas (emas maya). akaun simpanan emas maya adalah salah satu cara bank untuk memperoleh wang dari pendeposit tanpa terikat ngan membayar faedah setiap tahun pada penyimpan. malah ia juga lebih menguntungkan bank sebab dapat ‘caj’ secara automatik dari penyimpan melalui kaedah perbezaan ‘spread’.

d) majoriti orang sekarang lbh suka menyimpan emas dalam bentuk maya berbanding fizikal sebab x perlu risau keselamatan emas tersebut dari risiko kecurian. hanya orang islam yang faham tentang riba jer lbh suka simpan emas fizikal. itu pon dalam minoriti coz majoriti orang islam still x paham tentang riba. buktinya tgk jer berapa ramai yg join belian arrahnu, trade in emas, etc…

e) bila melihat trend penentuan harga emas berada di tengan 5 buah Bank terbesar. tetiba terfikir sesuatu. tindakan 5 buah bank menaikkan nilai emas mengikut spekulasi yg dicipta bukankah membuatkan orang lebih yakin pada emas/perak berbanding wang kertas. bukankah ia ibarat menggali kubur sendiri.

f) pada mulanya aku x nampak yang tersirat sehinggalah @jurutera aurum memperkenalkan sy ngan bursa saham. bila dah kenal saham, mula belajar tentang selok belok permainan dan spekulasi pasaran saham. then sy mula nampak kaitan permainan saham yang ada dalam pasaran emas ini.

g) ibarat kita menabur sedikit umpan, mula2 sedikit ikat yang datang dekat kita, ikan lain2 takut2. pastu kita tabur lagi umpan byk sedikit. bila ikan lain tg, makin mula ramai yg datang. pastu kita terus tabur-tabur lagi. bila dah semakin banyak ikan dah x takut dan semakin banyak ikan yang datang makan, pada masa itulah kita tebar jala tangkap skaligus time ikan dok terkatuk-katuk makan umpan tersebut.

h) emas pon camtuh. bila dah makin ramai dok beli emas maya kat bank. sampailah masanya bank wat untung segera iaitu jatuhkan harga emas. harga emas jatuh terdebuk ngan spekulasi yg dicipta. time tuh penyimpan dah xleh wat pape sbb bkn salah bank, cuma pasaran emas dunia yg jatuh.

i) pasca kejatuhan harga emas ini merupakan satu tempoh pengujian kesabaran penyimpan. penyimpan memutuskan untuk HOLD dulu jual gram2 emas sebab x nak rugi teruk. penyimpan akan cuba bersabar sambil berharap harga emas akan kembali naik. tapi harapan tinggal harapan, harga emas tetap mendatar untuk tempoh beberapa tahun (mybe berpuluh2 tahun kot).

j) yes, kita semua boleh kata ‘ALHAMDULILLAH, masa inilah kita beli lebih banyak’. beli lah sebanyak mana pon yang kita nak. apa bank yang kisah sbb smua tu company yang emas fizikal yang tanggung. x der kena mengena ngan mereka. x kira lah walaupun emas fizikal dah xder stok, x kan mempengaruhi harga emas dunia sebab harga emas dunia bank yang tentukan. kalau kesian sgt, mereka naikkan jer la sedikit. tp sedikit jer…!

k) mungkin sebab risiko inilah kenapa Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM) x nak tanggung kerugian penyimpan yang menyimpan emas maya di bank.

l) tp untuk penyimpan emas fizikal, rasanya xder efek kot.. x kira la harga emas jatuh 3sen segram skalipun, emas di tangan tetap x kurang berat.

m) TETAPI untuk PELABUR EMAS, mungkin akan terasa. sebab mereka beli emas bukan untuk simpan, tetapi untuk melabur dan mendapat pulangan fiat berkali ganda. emas yg dibeli pun bukan untuk simpanan jangka panjang, tapi untuk jangka pendek. mereka dalam golongan pelabur emas ini akan terasa sebab mengharapkan untung sampai ke petang, tetapi rugi di tengahari. akhirnya rasa tertipu dan fobia nak simpan emas lagi.

n) majoriti orang cakap kalau semua orang tukar simpanan wang kertas kepada emas fizikal BANK akan mati. tetapi fakta sebenar BANK x matipon. bila pembeli kuar duit untuk beli pada dealer, bayar secara tangan atau masuk bank gak? kalau dealer dapat wang tersebut, simpan sendiri atau masuk bank trus..? then nak restock dari company emas, bayar cash kat company emas atau masuk akaun bank company emas tuh..? begitulah seterusnya pada peringkat pemborong emas, pelombong emas dan pekerja lombong emas.. duit kertas tu x pergi mana pon, just pusing-pusing dalam bank gak.

Kredit to Mohamad Firdaus Mat Resid (Sahabat dan Introducer GCP kpd saya)

 

3 thoughts on “Kejatuhan harga emas:sejarah berulang realiti atau fantasi?

  1. Artikel yg menarik. Pada saya, selagi kita memegang emas fizikal (yg tulen), tiada apa yg perlu dirisaukan. Harga naik @ jatuh adat dalam melabur. Cuma kalau harga jatuh, at least emas tetap ada pada tangan dibandingkan dengan akaun emas di bank. Lagipun yg saya tau hanya KFH menawarkan akaun emas patuh shariah. Maybe ada lagi yg saya x tau. Wallahualam…

    • betul tu tuan..setahu sy..yg patuh syariah..mmg KFH dan al rajhi shj…bezanya kt pegang emas fizikal kt tgn ni..puas hati..nk cagarkan pun blh klu terdesak..nk jual-beli pun blh..mcm2 blh buat..tp mentaliti org kt..konon2 simpan di bank paling selamat..mereka mungkin tk kaji asal usul bank yg sbnr…wallahualam

  2. pada pandangan saya, kepada siapa2 yg membeli emas pada harga USD1,200 per oz. dulu….inilah masanya menjual emas untuk menikmati sedikit keuntungannya. tapi kena faham, bukan semua simpanan emas anda. sebahagian sahaja. sekiranya forcasting pakar adalah tepat, harga emas akan rebounce pada kedudukan USD1,200 per oz. anda masih boleh membeli semula emas. yg membeli emas pada harga yg agak tinggi. jgn tergesa2…..teruskan membeli & menyimpan emas…..insyaAllah selepas harga rebounce, anda pon boleh menikmati hasilnya nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge