Kajian kes:Punca masyarakat kurang terlibat dengan simpanan emas

Berikut adalah kajian kes secara tidak formal yang djalankan di group emas di Facebook Gold Investor Club oleh seorang student yang sedang menyiapkan tugasannya berkaitan dengan trend simpanan/pelaburan emas di Malaysia.Saya mengekalkan gaya bahasa dan tulisan ini tidak diedit.

“Saya nak mnta pandangan dari group ini berkaitan kajian saya. Apakah faktor penting yang menjadi penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam pelaburan emas.selain daripada kekurangan pengetahuan berkaitan pelaburan emas,kekurangan keyakinan terhadap kredibiliti syarikat pelaburan emas ditambah dengan kes skim cepat kaya,keyakinan masyarakat yanglebih tinggi terhadap pelaburan yang dijamin oleh kerajaan spt asb,kekurangan aktiviti promosi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pelaburan emas.kadar pulangan yang tidak menentu dan kekaburan dalam pulangan pelaburan.sy mohon pandangan dari group ini..(Brainstorming)”-Fad Ila

 

Apa kata mereka :

– Tak boleh sabar…..kurang membaca….kurang ilmu…. nak cepat kaya….penting diri sendiri….cepat terpengaruh….fikiran negaitve…dll…….SABAR YG PENTING ?

 

– mngkin juga soal keselamatan.. dan lebih ramai yg masih senang dgn fiat,cash… sbb mudah dicairkan… nak guna,terus g atm je… tok,tek,tok,tek tekan no pin,dah klr duit… tp masih ramai yg x didedahkan tentang perbezaan untung rugi klu simpan cash dan emas..

 

– 1 dr faktornya ramainya manusia yg matanya jaga…hatinya pejam,
berbeza dgn Dajjal yg matanya pejam…hatinya jaga.
Sbb keduanya kerajaan sndr tdk menyuntik galakan.

 

– pd pndangan sy:
faktor penting yang menjadi penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam pelaburan emas kebanyakannya dh sebut kt atas..tp satu je fktor utama yg sy rasa terlepas pndang kt sini…mslh utama…org rmi tk tahu yg emas adalah wang yg sbnr,kurang info ttg sejarah wang kertas,knp hrga emas naik..dan emas sbnnya sbg penyimpan nilai..lbh bgus dri menganggapnya sbg pelaburan..

 

-Org kita mmg suka beli emas hanya sebagai hiasan… Cuma apa yg penting kita tukarkan mentaliti ini ke pelaburan

– yup saya setuju kdg2 org kita susah nak bukak minda terima sesuatu…lebih suka mendgr spekulasi yg tak berasas n kurang sifat ingin tahu…n sy rasa bentuk pelaburan ni masih baru lagi kat msia..ambil masa gak nak tarik org ramai terlibat sama…

 

– Itu sy katakan sihir.Mohd Fauzan blh fhm apa yg sy perkatakan ini.Ini yg sy mksdkan mata jaga tp hati pejam.Sihir yg ditiupkn lah menyebabkan org2 ini nmpk wang kertas yg dicetak 3-6 sen sekeping gov cetak itu beharga dan mrka sama skli tk nmpk nilai yg ada pd emas.

jg klu blh lihat dr segi dasar kerajaan.Buat perbandingan dasar China dan Malaysia dlm mnggalakkan rakyat memiliki dan menyimpan emas.Klu kerajaan memain peranan,sbgaimana China,dasar buta huruf dlm emas ni blh dikecilkan skalanya itu.

Adakah anda tergolong dalam mereka yang terkena sihir?

-sy faham ape yg dimaksudkan oleh Haniz ttg sihir tu..tp sukar utk menerangkan ttg sihir yg dimaksudkan tu.sihir yg kita kene ni lebih dahsyat dari sihir firaun.kalau sihir firaun boleh dilihat oleh mata kasar,tapi sihir ni x dpt oleh mata kasar..sihir ini membuatkan kita “buta” walaupun mata zahir kita ni masih lagi celik dan dpt melihat.tapi cuma dpt melihat ape yg zahir aje..x lebih dari itu..

 

-Saya kira.. Bukan setakat simpanan dan pelaburan emas shj masyarakat kita terutamanya bangsa melayu agak ketinggalan.. Secara umum.. Masyarakat kita agak ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi simpanan ketas tandas.. Apatah lagi simpanan emas.. Jauh sekali tentang pelaburan… Masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan sentimen.. Cth.. Apabila ramai org mengatakan sesuatu produk itu baik dan memberi pulangan yg kononya baik.. Maka, berduyun2 lah masyarakat kita menyertainya.. Masyarakat kita lebih memntingkan isu sentimen berbanding fakta sebenar.. Ini kita dapat perhatikan dengan pelbagai skim yg disertai oleh ramai org.. Ditambah dengan penyakit ingin mendapat pulangan cepat.. Akibat masyarakat kita yang takut utk mengambil risiko juga menyebabkan mereka terlepas peluang menikmati keuntungan sebenar.. Dan rata rata pula, mereka mula menyimpan atau melabur pd saat pasaran berada pd tahap tinggi.. Ini disebabkan sikap suka tunggu dan lihat yg akhirnya menyebabkan mereka masuk pasaran pada waktu yg tidak sesuai.. Berkaitan dengan jaminan kerajaan. Sekali lagi isu risiko yg tidak difahami dgn betul oleh masyarakat kita.. Kes ini suka sy bwk kn ttg apa terjadi pd kerajaan selangor, penang dan kedah.. Bagaimana yg dikatakan kerajaan terdahulu terjamin dan menjamin rakyat sedangkan kekuasaan itu sudah pn bertukar? Bagaimana yg dikatakan sesuatu produk itu dijamin kerajaan? Bukan di sini sy mempertikaikan mn2 kerajaan.. Tetapi, point sy adalah, setiap apa pn perbuatan kita ada risiko.. Persoalan yg perlu di jawab adalah.. Sejauh mana kita boleh bertoleransi dengan risiko risiko yg ade.. Soal ilmu juga tidak dapat dipisahkan.. Sudahlah sikap mengikut sentimen.. Utk mendapatkan ilmu pula berkira.. Kalo bleh.. Setiap ilmu yg diperlukan.. Mesti diberi PERCUMA.. Iya PERCUMA.. agak menyedihkan lagi.. Sudah la ia PERCUMA.. Amalannya pula diragui.. Ahirnya.. Drpd bersusah payah membaca dan menimba ilmu.. Lebih baik dengar2 ckp “mereka” lalu ambil tindakan.. Harap2nya.. Nasihat “mereka” itu memberi manfaat yg baik.. 😉Rizal Arif

“Terima ksh bnyak2 akak dan semua ahli dalam group..ini adalah tajuk PTA saya iaitu untuk mengkaji dengan lebih mendalam faktor-faktor yang menjadi punca kepada masalah kekurangan penglibatan masyarakat di Malaysia terhadap pelaburan emas dan kaedah-kaedah yang dikenalpasti untuk mengatasi situasi ini. untuk mengkaji masalah ini tidak banyak maklumat yang saya peroleh,sukar untuk saya mendapatkan data yang lengkap tentang penglibatan masyarakat malaysia dalam pelaburan ini terutama dari sumber skunder seperti jurnal.kebanyakkan saya merujuk pada kajian yang dilakukan oleh negara-negara luar tentang pelaburan ini.Belum lagi saya jumpa tesis yang berkaitan tajuk ini yang dilakukan oleh pelajar di Malaysia atau kajian sahih yang diterbitkan dari mana-mana pihak.Hanya setakat ini yang saya jumpa hanya tesis berkaitan pelaburan dinar emas di kelantan.itu pn skopnya hnya penduduk di kelantan…sekarang ini saya dalam proses mengumpulkan maklumat dan survey akan dilakukan ke ats masyarakat Malaysia berdasarkan 3 kaum yang utama iaitu cina,india ,dan melayu dan dalam pertengahan bln 10 thn ini survey berdasaarkan soalan dari maklumat yang saya kumpul akan diedarkan, untuk mengetahui punca sebenar dari pandangan masyarakat di Malaysia itu sendiri .sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak2.-Fad Ila


Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge