GCP UBAH GAYA HIDUP KAKITANGAN AWAM DENGAN MENABUNG EMAS
Pada suatu ketika dulu pernah didedahkan, ramai penjawat awam dibelenggu masalah hutang yang serius. Sebenarnya masalah tersebut telah lama berlaku iaitu sebelum isu ini tebongkar dan tidakmustahil ianya masih berlaku hingga kini.
Ramai juga ketika itu penjawat awam yang membuat potongan melebihi 60% dari gaji mereka. Lebih malang lagi ada kakitangan kerajaan yang terjebak dengan aktiviti meminjam dengan along.
Dalam hidup yang serba moden ini, kita sukar untuk terlepas dari masalah hutang. Bagi kakitangan awam hutang biasanya dikaitkan dengan hutang pelajaran (PPTN), hutang pembiayaan peribadi, hutang membeli kenderaan, hutang membeli rumah dan hutang membeli saham seperti ASB dan sebagainya.
Sebenarnya hutang bukanlah satu kerugian kalau ia digunakan untuk perkara yang tersangat perlu dan berfaedah tetapi ramai penjawat awam yang berhutang untuk membeli liability seperti menggunakan kad kredit untuk membeli gajet- gajet canggih seperti telefon bimbit yang harganya ribuan ringgit.
Akhirnya rata-rata kakitangan awam yang pencen, masih lagi menanggung hutang dan yang menyedihkan lagi, masih ada yang belum mempunyai rumah sendiri. Tidak hairanlah jika dikatakan ramai kaitangan awam yang telah pencen hidup dalam kemiskinan sekiranya tidak beringat semasa dalam tempoh perkhidmatannya.
Begitulah juga dengan kehidupan saya sebagai kaikitangan kerajaan berjawatan rendah dan bergaji kecil yang tidak terlepas dari masalah hutang, tapi saya bersyukur kerana masalah hutang tidak seserius mana dan masih terkawal.
Gaji yang diperolehi habis begitu saja hanya untuk membayar hutang dan untuk perbelanjaan seharian, terlalu sedikit untuk simpanan.
Saya terfikir, sampai bila saya akan terus hidup dengan berpendapatan, ‘cukup-cukup makan’ dan masalah hutang yang entah bila akan berakhir. Saya tidak mahu apabila bersara nanti tergolong dalam mereka yang bernasib malang.
Akhirnya pada 2008 saya terjumpa sebuah blog berkaitan pelaburan emas. Sejak itu saya membuat kajian sendiri dengan mencari seberapa banyak maklumat tentang simpanan dan pelaburan emas. Dari situ timbul minat saya untuk menceburkan diri dalam simpanan dan perniagaan emas.
Pada ketika itu tidak banyak syarikat yang menjual emas untuk simpanan. Selain sukar untuk mendapatkan stok emas daripada syarikat tersebut, yuran untuk menjadi pengedar sah juga terlalu tinggi, tidak mampu untuk saya yang hanya berpendapatan ’cukup-cukup makan’. Akibatnya saya pendamkan hasrat untuk menceburkan diri dalam bidang menyimpan dan berniaga emas. Walaubagaimanapun saya teruskan mencari ilmu dan maklumat percuma berkaitan simpanan dan pelaburan emas di internet.
Pada penghujung 2012, barulah saya berjaya membeli seutas rantai tangan berketulenan 999 dari rakan sepejabat saya yang telah menjadi pengedar sah GCP. Oleh kerana saya inginkan harga emas yang lebih rendah, maka saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar sah GCP.
Dengan bayaran yuran RM1000 seumur hidup saya sah bergelar pengedar GCP. Dengan menjadi pengedar sah GCP saya menikmati pelbagai faedah, terutamanya dapat membeli emas dengan harga paling murah, jauh lebih murah daripada di kedai-kedai emas dan tidak dikenakan kos upah tukang.
Selain itu GCP memberi jaminan membeli balik emas yang saya beli walaupun emas tersebut patah, bengkok atau tercalar dengan harga yang tinggi.
Dengan membeli secara online di website GCP, saya berpeluang ‘lock’ harga emas ketika harganya rendah, bila-bila masa, 24 jam setiap hari. Lock harga perlu untuk kita mendapatkan harga terbaik dan terendah kerana harga emas GCP akan berubah-ubah 2 kali dalam sehari iaitu pada pukul 9.00am dan 4.30pm. Kos penghantarannya pula percuma, jadi saya tidak perlu membazirkan masa dan minyak kereta. Hanya tempah, bayar dan tunggu emas sampai.
Saya juga berpeluang berniaga emas di mana GCP akan menyediakan stok emas. Kos pengiklanan di akhbar dan kursus berniaga emas juga adalah percuma.
Sekiranya saya ingin mengadakan seminar , segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh GCP sehinggakan penceramah untuk seminar juga disediakan. Sebenarnya banyak lagi faedah yang saya dapat dengan menjadi pengedar sah GCP.
Selain daripada banyak faedah yang saya dapat daripada menjadi pengedar sah, saya memilih GCP kerana ia adalah syarikat kepunyaan orang Islam yang dimiliki oleh Tn. Hj Shamsul Md.Ali yang komited membantu umat Islam untuk meningkatkan ekonomi mereka dengan menyimpan emas disamping menjadi usahawan atau peniaga emas yang berjaya.
Pada pertengahan April 2013, berlaku fenomena harga emas menjunam ke paras terendah yang jarang berlaku di mana kali terakhir terjadi 30 tahun dulu. Dari fenomena tersebut saya mengambil peluang untuk menambah simpanan emas. Apa yang saya lakukan adalah dengan menggadaikan emas simpanan saya yang dibeli pada ketika harga tinggi dahulu. Hasil gadaian tersebut saya gunakan untuk membeli emas.
Dengan cara ini saya dapat mengurangkan dan menebus kembali kerugian sementara, kerana membeli emas ketika harganya tinggi dahulu.
Sebelum emas saya diterima untuk digadaikan ia perlu diuji ketulenannya. Ternyata ketulenan emas GCP disahkan tulen. Ini membuatkan saya yakin bahawa emas GCP tidak perlu diragui ketulenannya.
Kepada rakan-rakan saya terutamanya dari kalangan kakitangan awam, saya cadangkan simpanlah emas dari sekarang sebagai tabungan. Emas jika disimpan dalam tempoh yng lama, harganya akan meningkat dan secara tidak langsung akan membantu kita menambah pendapatan apabila harganya semakin naik.
Mungkin kita tidak mampu untuk membeli aset seperti rumah atau hartanah sebagai pelaburan kerana harganya yang terlalu mahal, tetapi kita boleh memulakan menyimpan dan membeli emas dengan kuantiti yang kecil mengikut kemampuan kita.
Dengan menambah simpanan emas sedikit demi sedikit, ia mungkin membantu kita setelah pencen nanti kerana wang pencen tidak sebanyak wang gaji ketika dalam perkhidmatan dahulu. Simpanan emas yang terkumpul setidak-tidaknya boleh digunakan untuk menampung kekurangan tersebut. Untuk tujuan ini GCP menyediakan produk goldbar emas 999 seberat 1g yang berharga tidak sampai RM200 ketika ini yang tentunya jauh lebih murah dari di kedai-kedai emas.
Mungkin masih ramai di luar sana, sama seperti saya sebelum ini, tidak kisah langsung mengenai simpanan emas. Jangan jadi seperti saya yang terlalu lambat untuk mengambil tindakan membeli dan menyimpan emas. Bagi yang baru bekerja, tak perlu takut untuk membeli dan menyimpan emas. Anda cuma perlu membeli emas dari sebahagian gaji yang diterima atau menukarkan duit yang anda simpan kepada emas.
Cuba anda bayangkan, emas yang anda beli dan kumpul sedikit demi sedikit dari mula anda bekerja hingga anda pencen. Masa itu kenaikan harga emas mungkin 400% atau 500%. Sekiranya ditukarkan kepada wang tunai, mungkin anda boleh jadi jutawan.
Dengan menyimpan dan berniaga emas secara tidak langsung kita dapat beribadah kerana apabila cukup masa dan kuantitinya mencukupi kita boleh menunaikan salah satu rukun islam iaitu membayar zakat. Bukan sahaja di dunia kita mendapat untung tetapi di akhirat juga kita dapat ganjarannya.
Ternyata, setelah saya menjadikan emas sebagai simpanan, banyak perubahan positif terhadap diri saya. Antaranya ialah, menjadikan saya lebih beringat dan berjimat, berbelanja untuk yang perlu sahaja. Dengan cara tersebut saya berjaya memperuntukan sebahagian gaji saya untuk simpanan emas. Apabila berlaku kecemasan dan memerlukan wang tunai segera, saya masukkkan sebahagian emas simpanan ke pajak gadai tanpa menjualnya. Oleh kerana itu saya memilih emas dalam bentuk barang kemas untuk dijadikan simpanan kerana ia diterima di kebanyakan institusi pajakan atau arrahnu.
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Dapat melindungi diri dan generasi pewaris kita dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan menyusut nilai.
Adalah lebih baik menyimpan emas dengan ilmu untuk memaksimakan keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian. Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih jelas tentang simpanan dan pelaburan emas, dicadangkan supaya anda membaca ebook yang ditulis oleh seorang pakar dan icon dalam bidang simpanan dan pelaburan emas yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Nor Fazilah Abd Mohd. E book tulisan beliau iaitu ‘Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab’ boleh dibeli secara online di www.ebookemas.arbdagangemas.com.
Khas untuk mereka di Muar dan Batu Pahat dan di mana sahaja yang ingin merasai aura menyimpan emas bersama saya, boleh hubungi saya di talian 011 1764 1322 atau pm di facebook saya www.facebook.com/adagangemas.
Oleh: Abdul Rashid Basar
19 April 2013