Perlukah menyimpan emas dan perak

Kenapa kita perlu membeli emas atau perak?

1.  Emas dan perak mempunyai nilai intrinsik.

Emas dan perak tidak seperti duit kertas yang hanya mempunyai nilai disebabkan keyakinan anda sahaja. Tahukan anda berapa kos mencetak duit kertas RM50 dll? 30 sen? 20sen?

Bank-bank pusat senantiasa menganggap emas sebagai duit tetapi masih ramai pelabur masakini menganggap emas hanyalah komoditi biasa. Pada akhir tahun 2009, emas sekali lagi menjadi matawang setelah bank-bank pusat dunia termasuk bank pusat China, India dan Russia menjadi pembeli emas setelah hampir 20 tahun. Dan dipercayai bahawa bank-bank pusat tersebut sedang bersiap sedia untuk mengembalikan sistem matawang yang bersandarkan emas (Gold standard).

2.  Harga emas dan perak masih murah.

Sekiranya harga emas dan perak dikira berdasarkan keadaan inflasi sekarang harga emas berada pada paras USD2300 – 5000 dan harga perak pula pada paras USD150-300.


Boleh dikatakan hanya 1.5% daripada jumlah aset seluruh dunia disimpan dalam bentuk emas. Dengan hanya 1.5% daripada jumlah aset harga emas sudah pun USD1474,bayangkan sekiranya jumlah tersebut meningkat ke 10% atau 20%?

3.  Emas dan perak tidak boleh dicetak sebagaimana matawang kertas.

Yang peliknya apabila matawang dicetak tanpa kebenaran kerajaan ianya dikira wang palsu, akan tetapi apabila ia dicetak dengan kebenaran kerajaan ia adalah duit yang sah sekalipun kualiti kedua-duanya hampir sama.

4.  Index USD dan kuasa membeli dollar semakin jatuh.

S emakin rendah index dollar semakin tinggi harga emas.

5.  Dapat menyelamatkan kewangan daripada kesan inflasi.

Kuasa membeli dollar Amerika menurun dari USD1 kepada USD0.02. Ini bermakna kuasa membeli dollar sudah hilang lebih daripada 96%.

Kaitan dollar Amerika dengan matawang ringgit.

Banyak yang tidak mengetahui kaitan antara dollar dengan RM. Perkaitannya amat mudah sekali kerana matawang ringgit merupakan matawang yang dipanggil basket currency yang mana RM di back up dengan USD, Euro, renmimbi dll. Sekiranya dollar jatuh, secara tidak langsung nilai matawang ringgit juga akan jatuh.

Pernahkah anda melihat atau mendengar tentang Amero?

Sudah tentu tidak bukan. Amero merupakan matawang kesatuan amerika utara yang terdiri daripada US, Canada dan Mexico. Tujuan matawang tersebut ialah untuk memudahkan urusan ekonomi antara ketiga-tiga negara. Buat masa sekarang Amerika mungkin tidak menunjukkan minat kepada matawang tersebut akan tetapi apabila index dollar jatuh menjunam sudah pastinya amerika akan menggunakan matawang Amero.

Matawang Amero ini dicetak oleh Federal Reserve dan percetakannya adalah dikatakan berpunca daripada penyingkiran USD sebagai matawang simpanan dan urusan jual beli antarabangsa yang mana akan menjadi lebih teruk tidak lama lagi disebabkan oleh percetakan dollar tanpa di back up dengan emas.

Persoalan yang timbul sekarang ialah bilakah kita akan melihat Amero sebagai matawang rasmi Amerika dan Amerika Utara? Tahun ini 2011, ataupun tahun hadapan??!Cuba lihat coin dan not Amero di bawah:

not Amero

amero notes
amero coin

emas dan perak


Kenapa harga emas akan terus meningkat?

a) Polisi kewangan US yang membawa kepada inflasi, polisi fiskal US yang tidak rasional, hutang US yang tinggi dan kejatuhan nilai dolar kesemuanya menyumbang kepada meningkatnya inflasi di US. Meningkatnya inflasi membawa kepada meningkatnya harga emas.

Hutang terkini US ialah USD14.311 trillion dan siling hutang US ialah USD14.294 trillion. Ini bermakna hutang kerajaan US sudah pun melebihi had yang dibenarkan. US sebenarnya sudah bankrap!!!!. Tapi kenapa US belum lagi diisytiharkan bankrap?!! Ini kerana, jumlah yang dikira layak untuk diisytiharkan bankrap ialah jumlah hutang sebenar ( public debt ) sehingga hari ini berjumlah USD 14.24 trillion.

Menurut Geithner, Setiausaha Kewangan US, US mempunyai beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan negara itu daripada bankrap sehingga 8 Julai 2011. Sekiranya langkah-langkah tersebut gagal, US akan menggunakan senjatanya yang  terakhir iaitu dengan meningkatkan lagi siling hutang.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas dan perak melonjak tinggi.

Peningkatan hutang adalah secara parabolik.Tidak hairanlah sekiranya harga emas dan perak juga akan meningkat secara parabolik.

b) Tidak ada jalan penyelesaian yang mudah atau cepat di dalam krisis ekonomi negara-negara Eropah.

c) Minat orang di negara China terhadap perhiasan dan pelaburan emas semakin meningkat dan keadaan ini akan berterusan dengan berkembangnya ekonomi, peningkatan kadar pendapatan individu, kebimbangan terhadap inflasi dan juga polisi kerajaan China yang menggalakkan rakyatnya membeli emas.

d) Meningkatnya keperluan emas jangkamasa panjang di India dan China.

e) Meningkatnya minat bank-bank pusat dunia terhadap emas sebagai simpanan berbanding dollar US.

f) Pengeluaran emas dari lombong yang sedikit ataupun statik untuk jangkamasa 5 tahun mendatang. Negara-negara pengeluar emas seperti China dan Russia menyerap lebih banyak hasil pengeluaran emas mereka berbanding tahun sebelumnya untuk memenuhi keperluan dalam negara.

g) Harga emas dan perak masih rendah berbanding dengan harga sebenar berdasarkan inflasi. Sebagaimana yang diterangkan di atas harga emas USD2300 paling rendah dan perak USD150. Oleh itu, harga kedua-dua komoditi tersebut masih mempunyai potensi untuk naik sehingga harga tersebut. Sekiranya US mencetak sekali lagi duit dollar pada tahun ini, nescaya harga emas dan perak berdasarkan inflasi akan meningkat lagi.


Jumlah peratusan keuntungan masih jauh. Berbanding dahulu hutang negara US hanyalah lebih kurang 1.5 trillion dan kuasa membeli dollar US adalah 10 kali ganda lebih besar daripada sekarang. Jadi emas dan perak masih  mempunyai potensi yang cukup besar untuk sampai ke kemuncak harga yang lebih tinggi.

Sumber : taqidoc.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge