
KENAPA SENTIASA GAGAL MEMBEBASKAN DIRI DARI HUTANG?
Anda tidak betul-betul faham bagaimana hutang itu terjadi.
Memang tidak dinafikan, pinjaman atau hutang memainkan peranan yang penting untuk membantu kita hidup dengan lebih selesa. Masalahnya di sini, hutang juga boleh membuatkan kita merasa tidak selesa bilamana ianya tidak digunakan dan diuruskan dengan cara yang betul.

1. Pinjaman Pokok
Pertama, jumlah pinjaman pokok atau jumlah sebenar pinjaman. Sekiranya anda meminjam RM10,000, maka anda perlu bayar semula jumlah tersebut dengan nilai yang sama. Saya kira yang ini semua orang tahu kan? 🙂
2. FaedahÂ
Kedua, faedah. Opss, bukannya faedah untuk anda, tapi faedah bagi si pemberi hutang ni la. Dalam erti kata lain, riba! Sudah tentulah apabila kita meminjam atau berhutang kita perlu membayar sejumlah faedah (riba) sebagaimana yang telah kita persetujui sebelum ini. Ini bermakna jika anda pinjam RM10,000 maka anda perlu bayar dengan jumlah yang lebih besar daripada jumlah pokok yang anda pinjam. Saya fikir perkara ini ramai juga yang faham atau ada yang buat-buat tak faham? =p
3. Kadar
Ketiga, kadar dan jenis faedah. Saya kira yang ini mungkin kebanyakan daripada kita yang kurang faham dan kurang jelas. Bahkan ramai yang terpedaya dengan helah dari pihak pemberi pinjaman. Yang lebih teruk lagi anda di antara kita yang begitu mudah menerima pakai syor dan saranan daripada mereka yang berkenaan, kononnya pinjaman tersebut adalah yang terbaik untuk hutang kita.
ANDA TIDAK ADA MATLAMAT UNTUK BUAT PINJAMAN!
Setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus ada matlamat jika tidak usaha yang kita ambil mungkin tidak sampai kemana-mana dan akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan usaha untuk menghapuskan hutang-piutang sedia ada.
Anda harus ada matlamat, namun matlamat anda harus realistik. Maknanya di sini, jika hutang pinjaman anda RM20,000.00 dan anda ingin menghapuskannya dalam masa 2 atau 3 bulan sedangkan dalam masa yang sama anda hanya memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan, maka ini sudah tentu tidak munasabah!

Ya anda perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang lebih besar dan bukannya sekadar nak berjimat!
KENAPA SAYA GAGAL BEBASKAN DIRI DARI HUTANG? =(
1. Anda buat hutang baru setiap kali berjaya selesaikan hutang lama.
2. Tidak tahu strategi penghapusan yang betul.
3. Silap mendapat khidmat nasihat kewangan.
4. Anda gagal disiplinkan diri. Manja sangat! 😉
Dalam hidup ini, setiap perkara yang dilakukan dengan penuh berdisplin pasti membuahkan kejayaan. Begitu juga halnya jika anda ingin menghapuskan hutang anda. Anda perlukan tahap displin yang tinggi bahkan bukan sekadar disiplin dalam menguruskan wang anda tetapi lebih dari itu, melibatkan tabiat dan sikap anda.

Untuk itu anda perlukan satu panduan khusus untuk menguruskan hutang piutang anda, bukan setakat panduan tetapi panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan kebebasan hutang yang benar-benar berkesan dan yang paling penting ianya realistik untuk dilakukan!
Dedikasi,
-Datuk Dr Maznah Hamid