Kisah Benar Pengedar GCP

Berikut ialah kisah benar dan pengakuan daripada seorang pengedar GCP yang sudah lama menyertai GCP.Kenapa beliau setia dengan GCP dan apa rahsia beliau konsisten dengan kejayaannya,kena BACA sampai HABIS.

Saya memulakan  perniagaan dalam  bidang  kontraktor Mekanikal dan elektrikal 12 tahun  yang lalu tanpa ada apa2 ilmu  formal tentang asas2 perniagaan. Saya mulakannya   hanya dengan minat  yang tinggi dan  keinginan yang membuak2.Apa yang saya  lakukan   adalah memberikan  beberapa tahun  awal  sbg pembelajaran  secara  terus/ praktikal dan beberapa tahun berikutnya menyusun kembali  struktur organisasi  syarikat selepas mendapat  “ilmu” dari pengalaman.. bermula dengan  tanpa modal  adalah  menyakitkan dan memerlukan kesabaran dan ketabahan  yg teguh. Saya perlu” membeli” keyakinan pelanggan  dengan harga  yg tinggi diawal pembabitan , selepas  beberapa tahun  hasilnya  tidaklah mengecewakan. Cuma  masa yg terbuang  agak banyak dari sepatutnya. 
Apa  matlamat utama saya menceburi  bidang perniagaan? Saya  gariskan  falsafahnya untuk kita  kongsikan  bersama. Saya  bina perniagaan  ini kerana : 
1- untuk  meneruskan  kelangsungan  hidup tanpa  perlu hidup meminta2

2-memenuhi keperluan masayarakat  dalam bidang  yang saya  pilih  ini  ( fardhu kifayah )

3-memenuhi  kepuasan diri  kerana  perniagaan ini adalah  “passion” dalam  hidup saya 

4- memberikan  peluang pekerjaan  pada  orang lain
5-berkongsi ilmu  dan mendidik  generasi baru   yg berminat dalam  bidang  yang sama

 

Berjaya di dalam  bidang  yg  diceburi sekarang,timbul minat untuk  menceburi  bidang  baru .Selepas beberapa perniagaan kurang  menjadi , emas adalah  bidang yg  menarik  minat selepas  membuat sedikit kajian dan  mendapatkan maklumat dari  rakan2 yg telah menceburinya  lebih  awal..

Menakjubkan  kerana .. saya sudah lama tahu tentang kewujudannya  Cuma baru “tersedar” tentang  keMESTIan  memilikinya ..  banyak juga syarikat2 yg menjalankan  perniagaan  berasaskan  emas .. baik MLM, direct selling , internet  system dan bermacam2 lagi  agak mengelirukan  dan kadangkala  mereka meletakkan   “yuran” yg  bukan sedikit… mungkin  menunjukkan  betapa  ekslusifnya  menjadi  peniaga/usahawan  emas ..

GCP.  Satu nama  pelik yg  disampaikan oleh sahabat yg lama  meminta  saya melibatkan diri dalam   prospek  perniagaan  baru walaupun  dia sendiri tidak menyertainya.

Saya  bertemu dengan  pemiliknya selepas membuat  temujanji  dan  dari  penerangan  ringkasnya tentang hala tuju syarikat amat menarik  minat saya  kerana .. SELARI DENGAN FALSAFAH perniagaan saya …  Memang  setiap  perniagaan mengharap  akan berakhir dengan  keuntungan metarial  TETAPI.. mereka  mengembalikan  apa2 yg  diambil dari  masyarakat  kepada  masyarakat. Saya  kongsikan bersama anda sedikit  apa yg  mereka  TELAH LAKUKAN: 

-mereka langsung tak lupa  pada  kewajipan  berzakat. 
-mereka  sediakan  peluang2 pekerjaan  pada  masyarakat  setempat

 

-Mereka  sediakan  peluang untuk  merasai pahit manis dan nikmatnya menjadi   usahawan 
-mereka  sediakan  modal dalam  bentuk  barang untuk  sesiapa  yg berminat  menjadi usahawan   
-mereka sediakan  seminar2  PERCUMA untuk  usahawan2 mereka 
-mereka adakan sessi  perbincangan  PERCUMA untuk usahawan2 mereka 
-Mereka sediakan khidmat  nasihat  PERCUMA untuk usahawan2 mereka 
-Mereka  berikan promosi2 PERCUMA kepada usahawan2 mereka.. 
Dan banyak  lagi  yang  saya rasa tak patut pun  mereka sediakan  untuk  bakal usahawan  emas  kerana  dari apa  yang  saya tahu, usahawan  emas perlukan  berpuluh2 ribu untuk memulakan perniagaan emas dan saya agak kecewa kerana terlambat mendapat  maklumat tentang  mereka. 

Buat  yang berminat  untuk  menyertai  perniagaan  emas fizikal,  saya secara  peribadi  amat menggalakkan  kalian  menyertai GCP kerana  prasarana yg telah disediakan  syarikat tersebut ,anda hanya perlu  katakan YA pada diri anda  dan  yg lain mereka sediakan.Ambillah seberapa lama  masa  untuk  kalian  mengkaji  tentang  EMAS dan tentang  GCP, yang pasti ,  masa takkan  menunggu  kalian semua.. semoga  kalian  takkan  menyesal  dan terus mengeluh  kerana  menyesal seperti saya pernah  rasa 3 tahun  lalu .  diakhir  kata .. ingin saya nukilkan  bahawa : 

-TIDAK  BERDOSA LANGSUNG  JADI MISKIN  TAPI TIDAK HINA  MENJADI KAYA JIKA  KITA MAMPU MENCAPAINYA .

-AGAMA TIDAK MENGHINA   PENGANUTNYA  YANG MISKIN TETAPI  AGAMA  MEMULIAKAN  PENGANUTNYA YANG KAYA TAPI  PEMURAH 

– KITA TIDAK TERHINA KERANA  DILAHIRKAN  MISKIN ..TAPI KITA AMAT TERHINA  JIKA  DENGAN MISKN TERSEBUT  KITA MEMINTA2  KERANA MALASNYA  BERUSAHA DAN MENGHILANGKAN   RASA HORMAT ORANG PADA AGAMA DAN BANGSA KITA

SAYA SUDAH  BANYAK  BERJAYA DAN  AKAN TERUS MENGECAP  KEJAYAAN LAGI .. ANDA  BILA LAGI? 

 

 Kisah beliau juga ada tersiar di Sinar Harian Edisi Nasional pada hari Khamis 19 Julai 2012 :

GCP menyediakan platform terbaik kpd penyimpan,pelabur mahupun peniaga emas

 

2 thoughts on “Kisah Benar Pengedar GCP

  1. saya brminat nk mulakan perniagaan emas tapi x thu nk mulakan dari mana…..modal pn kurang….boleh encik/cik tunjuk ajar pada saya…..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge