Manipulasi Emas Dengan Teknik Ar rahnu

Setelah membeli emas Public Gold sebanyak rm48k,pada asalnya saya hanya ingin menyimpan sahaja.Semasa pertemuan dengan En.Syukor,beliau ada menyebut tentang ar rahnu dan jelaskan sedikit mengenainya.Selepas menjadi dealer,suami saya menghadiri training agent dan membeli sebuah e-book tentang pelaburan emas dan saya mengkaji isi dalamnya.

Apabila saya dah faham isi dalamnya,saya merujuk dengan sifu saya dahulu dan bertanyakan beliau secara detail.Alhamdulillah,saya nampak satu jalan.Saya dan suami mengambil keputusan untuk memajak semua gold kami di ar rahnu agrobank.Saya mengambil masa beberapa hari untuk merangka plan setelah saya rombak bajet saya.Sebelum ini setiap bulan saya akan membuat bajet bulanan.Setelah melibatkan diri dengan emas,saya cuba buat semula bajet baru untuk saya peruntukkan kepada emas.Dari lebihan gaji rm400,saya mendapati saya dan suami masih boleh berjimat cermat lagi sehingga lebihan gaji bulanan rm700 sebulan.Inilah jumlah yang kami peruntukkan untuk memajak dan menebus.

Saya dan suami memajak emas kami yang bernilai rm48k pada masa itu dan mendapat cash rm33k.Secara tak langsung,dari niat asal hendak menyimpan dan melabur untuk diri sendiri dan keluarga,segalanya berubah apabila rakan-rakan menunjukkan minat.Kami selalu bersembang dan mereka membeli emas dengan saya sedikit demi sedikit.Rm33k yang saya dapat dari ar rahnu saya jadikan modal untuk saya membeli stok emas.

Saya rasa amat rugi jika kesedaran dan sedikit ilmu yang saya ada tentang emas ini tidak saya kongsikan dengan umum.Di sinilah bermula saya membuka thread di carigold.com > forum >section gold dengan thread pertama saya ‘Pengalaman Dengan Emas A to Z’.Tak sangka mendapat sambutan hangat dari forumer CG.Pada awalnya ada juga yang cuba mengkritik dan kritikan mereka hampir-hampir melemahkan semangat saya untuk terus berkongsi.Dengan sokongan dari forumer-forumer lain,saya teruskan berkongsi dengan niat untuk menyebarkan tentang emas kepada seberapa ramai orang.

Jika anda sudah membaca thread saya yang pertama,anda juga boleh baca thread saya yang kedua ‘Pengalaman Dengan Emas -Part 2, Masa untuk Membeli Emas dan Sebab Perlu Simpan Emas dan Perak..Bukan Wang Kertas.Saya mendapat ramai rakan-rakan di dalam CG yang merupakan pelanggan dan dealer (rakaniaga) saya sekarang.

Ok..back to topik.Saya cuba mengaplikasikan ilmu yang dapat dari sifu.Memandangkan saya memajak dalam jumlah yang besar,maka saya hanya memajak sekali sahaja.Begitu juga saya tak menggalakkan orang lain memajak berkali-kali (rempit) kerana kelak boleh menimbulkan masalah jika memajak di luar kawalan dan kemampuan.

Saya juga telah membuat kajian sendiri berdasarkan teknik tersebut.Akhirnya saya mendapat idea bagaimana membuat plan untuk orang lain yang mempunyai kemampuan kewangan yang tidak sama.Saya mendapat respond dari mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang.Dari pekerja kilang,pengurus,guru,pensyarah,doktor,pekerja pejabat sektor swasta dan kerajaan,peniaga,penulis ebook,internet marketer dan macam-macam lagi.Jadi saya menyediakan plan yang saya sesuaikan mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Dan apa yang saya tulis hanyalah sebagai panduan sahaja.Pokoknya saya memberi contoh supaya anda faham.Anda harus faham dahulu sebelum merangka plan untuk simpanan emas anda.

Anda juga harus tahu pro dan kontra ar Rahnu ini.Sebaik sahaja anda membuat pajakan di bank,nama anda akan tersenarai di CCRIS,sama seperti orang yang buat loan.Jika anda tak mampu tebus,kemungkinan besar jika emas anda terlelong ,nama akan blacklist.Ada juga kes orang yang memajak tak dapat buat loan kerana dikatakan mempunyai  komitmen yang tinggi.Oleh itu anda perlu hati-hati membuat pajakan.Setelah tahu pro dan kontranya,barulah anda buat keputusan kerana anda tahu bagaimana untuk menangani dan meminimumkan risiko.

Bagi yang ingin mengetahui contoh plan yang saya buat,boleh baca di ‘Teknik Ar rahnu Manipulasi Emas”.

Selebihnya saya akan kongsikan lagi kelebihan ar rahnu yang jarang orang lain fikir dan tahu.

2 thoughts on “Manipulasi Emas Dengan Teknik Ar rahnu

  1. as salam
    saya berminat nak tau lebi lanjut, tapi nampaknya post2 lain ada password protected. saya ni masih lagi bertatih dan sedang berusaha menimba ilmu. terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge