Kebelakangan ini harga emas tidak menentu.Minggu ini pasaran ditutup pada harga 1711.30USD/Oz.Berikut adalah harga untuk produk Public Gold di mana pada hari Sabtu-Ahad harganya statik.
Bilakah masanya yang sesuai untuk membeli?
Harga pada hari ini sebenarnya sudah cukup sesuai untuk yang hendak bermula kerana lebih rendah berbanding harga tertinggi tahun ini yang mencecah 1900USD/oz.Ada waktu sebelum Krismas yang sangat sesuai untuk anda membuat pembelian,tetapi tiada siapa yang dapat menjangkakan dengan tepat bilakah masa itu.Nasihat saya,jangan tunggu lama-lama kelak anda juga yang kecewa jika harga emas terus naik.
Saya juga menjangkakan akan ada penurunan ketara sebelum CNY nanti.Tapi saya tidak pasti sepenuhnya kerana Krisis di Euro yang semakin kritikal dan kepercayaan kepada pelbagai isu tahun 2012 memberi kemungkinan yang penurunan mungkin berlaku ataupun tidak.Sekiranya turun,Alhamdulillah bagi yang sudah bercadang membeli pada waktu itu,tetapi jika tidak turun,nampaknya anda terpaksa membeli pada harga tinggi.Ini kerana dijangkakan pada tahun 2012 harga emas akan terus melonjak dan akan mencapai kemuncak sehinggan tahun 2015.
Bertindak sebelum terlambat.
Sila rujuk Cara membeli Produk dan Cara Mendaftar Dealer di sebelah kanan blog ini.Anda juga boleh menghubungi dealer rangkaian Jutawangold berhampiran anda.
Kepada yang masih belum mengenali syarikat Public Gold,secara ringkasnya kotak teratas adalah harga untuk produk Bar Public Gold,emas 999.9 termurah di pasaran.Gold bar sesuai sebagai simpanan jangka masa pendek,sederhana dan panjang kerana spreadnya yang rendah.

Harga bar untuk kedai emas sekarang adalah RM208/gram berbanding harga produk Public Gold sekitar RM188/gram bagi bar 100g ke atas dan RM191/gram bagi bar 10g.
Jika anda membeli gold bar 100g di kedai emas, mengikut harga terkini adalah RM20800
Produk Public Gold bar 10og adalah RM 18802 + RM30 caj transport fee = RM18832
Perbezaan kedua bar ini adalah RM20800 – RM 18832
=RM1968
Spread (Beza harga jual dan beli ) produk PG hanya 5%-6% sahaja.Bermaksud,jika anda bercadang untuk menjual emas anda beberapa tahun lagi,ianya akan ditolak 5% sahaja dari harga pada masa itu.
Spread bar kedai emas pula adalah hampir 25%-30%.Beli mahal,jual murah?Pastikan anda membuat pilihan yang bijak.
Kotak kedua adalah harga untuk dinar Public Dinar.1 dinar beratnya 4.25 gram dan sangat sesuai untuk mereka yang bajet rendah,newbies dan belian bulanan secara konsisten.
Kotak ketiga mempamerkan harga untuk barang kemas i-series-paten gajah.Ianya tiada upah tukang,spread 10% sahaja dan yang terendah di pasaran.Sesuai untuk dipelbagaikan oleh penyimpan bar kerana boleh dipajakkan jika terdesak.
Kotak keempat ialah harga untuk D-series iaitu barang kemas 916 (Public Jewellery ) keluaran Public Gold di mana harganya amatlah berbeza dari kedai emas.Harga terkini D-series ialah sekitar RM182 dan harga barang kemas di kedai yang mengikut harga FGJAM ialah RM197.
Perbezaan sebanyak RM15/gram.Anda hanya dikenakan caj transport fee RM20 untuk semua paten.Berbanding dengan kedai emas,harga RM197 tadi belum lagi termasuk kos upah tukang.Kos upah tukang biasanya bergantung kepada paten,dari RM50-RM500.
Jika hendak melihat harga silver,anda boleh merujuk ke laman web Public Gold.
|
PG Sell | PG Buy |
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia) | ||
10 gram | RM 1,916.00 | RM 1,762.00 |
20 gram | RM 3,796.00 | RM 3,568.00 |
50 gram | RM 9,445.00 | RM 8,926.00 |
100 gram | RM 18,802.00 | RM 17,862.00 |
250 gram | RM 46,785.00 | RM 44,679.00 |
1 Dinar | RM 778.00 | RM 731.00 |
5 Dinar | RM 3,873.00 | RM 3,660.00 |
10 Dinar | RM 7,712.00 | RM 7,326.00 |
i-Series 22K Jewellery | ||
10 gram | RM 1,781.00 | RM 1,603.00 |
20 gram | RM 3,561.00 | RM 3,205.00 |
50 gram | RM 8,903.00 | RM 8,013.00 |
100 gram | RM 17,806.00 | RM 16,025.00 |
D-Series 22K Jewellery | ||
1 gram | RM 182.52 | RM 149.67 |