Masa untuk membeli dan jadi pengedar

Salam..

Esok kita akan masuk ke tahun baru Masihi,dan hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2011.

Apakah azam anda ketika Hijrah tempoh hari?Bagaimana?Adakah sudah bermula?

Jika tidak,eloklah nak masuk tahun baru Masihi ni,revise balik dan mulakan balik jika masih belum bermula.

Oleh kerana blog ini lebih fokus kepada simpanan emas,maka saya akan kupas dari aspek simpanan emas.

Emas adalah pilihan yang terbaik


Bagi yang berminat untuk menjadi penyimpan sahaja,bolehla bermula awal tahun 2012 ini.Kebetulan harga akan turun sedikit,tapi tak adalah sampai dapat harga awal tahun sebelumnya.Murah berbanding beberapa bulan lepas.Ia akan jatuh dan memberi anda tempoh selama beberapa minggu untuk memborong  sebelum kembali meroket.

Ini hanyalah ramalan saya berdasarkan pengalaman lepas,jangan percaya 100%,sekadar jadikan panduan dan buat keputusan atas sebab diri sendiri,bukan dipengaruhi oleh sesiapa.

Jika anda ingin menjadi penyimpan dalam masa yang sama menjadi pengedar,bolehla pilih masa ini.Belian dalam 1 resit RM20k minimum melayakkan anda menjadi pengedar emas Public Gold.Jika ingin menggunakan kaedah pembayaran ansuran yang menepati syariah,bolehla menggunakan perkhidmatan EPP.Sama ada untuk membeli sekeping dinar,mahupun menjadi dealer PG,boleh buat  cara ini ,contoh seperti di bawah

Example for the Easy Purchase Payment method:

Purchased 20g x 1pc = RM2000 today 25/03/2010

Total: RM2010(RM2000 + 0.5% admin fee RM10)

First payment 25/03/10 =RM 510(include admin fee)

Second payment  25/04/10 = RM500

Third payment 25/05/10 = RM500

Final payment 25/06/10 = = RM500

Sekiranya anda ingin membeli dan mengambil di cawangan terdekat,bolehla letak introducer :Mohd Selodi bin Md Ghazali,Kod agen :  PG002317 /A1105.Kami memberi anda beberapa kelebihan sebagai pelanggan kami.

Jika berminat menjadi pengedar,sila rujuk cara mendaftar sebagai dealer dan hubungi saya atau mana-mana dealer Rangkaian Jutawangold berhampiran anda.

Saya akan memastikan anda tidak ketinggalan melalui update tentang dunia emas di group fb “gold investor club”.Klik untuk join :http://www.facebook.com/#!/groups/127129780674177/

Dan selepas menjadi dealer,anda akan diinvite ke private group dealer jutawangold untuk berkongsi tentang plan,program dan update tentang dunia emas dan pengedar emas.Anda juga boleh mendapatkan bimbingan secara online,personal coaching (chat @fb) atau offline (TT-table talk dan seminar,training)

Sedikit tip untuk anda,bagi memulakan tahun baru yang indah ini.

Lazimnya pelabur yang bijak menyimpan wang yang secukupnya untuk keperluan kecemasan dan selebihnya dilaburkan untuk memaksimumkan pulangan. Untuk menentukan pelaburan mana yang sesuai dengan anda, anda perlu menilai jumlah wang yang mampu anda laburkan berdasarkan keadaan semasa kehidupan anda.

Pilih Pelaburan yang Betul

  • Matlamat dan keperluan anda – Pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda, sama ada untuk membeli rumah, menyediakan pembiayaan untuk pendidikan anak anda atau keperluan anuiti persaraan?
  • Umur anda ketika melabur – Ini akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. Contohnya, jika anda masih muda, anda boleh membuat pelaburan yang secara relatifnya lebih berisiko tinggi
  • Pendapatan anda ketika melabur – Jika anda berpendapatan lebih tinggi, maka anda akan mempunyai wang yang lebih untuk dilaburkan.Tahap kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang anda boleh lakukan
  • Pekerjaan anda – Contohnya, jika terdapat pelan persaraan dalam pekerjaan anda, maka anda mungkin tidak perlu pelan persaraan lain.
  • Aset anda – Jenis aset yang anda milik memberi kesan terhadap tahap risiko yang anda hadapi. Simpanan dan deposit tetap mempunyai risiko yang paling minimum dan bon serta ekuiti mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  • Jangka masa – Bilakah anda mahu menjual aset anda? Anda perlu memastikan tempoh matang aset yang anda pilih.
  • Kecairan – Keperluan anda terhadap wang di masa hadapan. Sekiranya anda perlu menggunakan wang dalam masa 2-3 bulan terdekat, anda mungkin perlu menyimpan wang anda di dalam deposit bank yang lebih mudah dicairkan berbanding bon dan unit amanah.Jika lebih dari 6 bulan,saya mencadangkan emas fizikal.
  • Kesediaan menghadapi risiko – Nilai toleransi anda terhadap risiko. Sejauh mana anda boleh menghadapi ketidaktentuan pasaran?

Fast Action Fast Result

Strategi Peringkat Hidup

Strategi peringkat hidup merupakan strategi yang lazim digunakan dalam perancangan kewangan untuk pelaburan. Pendekatan ini adalah berdasarkan kepada tempoh tertentu yang dilalui pelabur dalam hidupnya. Jadual di bawah memperjelaskan strategi berbeza yang boleh dilaksanakan seorang pelabur pada peringkat berbeza dalam hidupnya


Tahun-tahun Awal

(Sehingga awal 30-an)

ahun-tahun Pertengahan

(30-an hingga akhir 40-an)


Menjelang Persaraan

(lewat 40an sehingga persaraan)

Setelah Persaraan

(60+)

Matlamat anda Tahap permulaan Mengumpul dan melabur Kukuhkan untuk masa hadapan Pendapatan dan jaminan sara hidup


Peringkat jangka hayat pelaburan anda Mengumpulkan dana kecemasan

Mula melabur

Tentukan matlamat kewangan jangka pendek

Menambah simpanan

Menetapkan strategi simpanan yang mantap

Memberi perhatian kepada matlamat kewangan jangka pendek, sederhana panjang.


Memaksimumkan pelaburan

Matlamat cenderung untuk beralih kepada jangka sederhana

Melabur untuk menjana pulangan yang cukup untuk perbelanjaan hidup

Memberi perhatian kepada matlamat jangka pendek dan sederhana

Pertimbangan anda Bila dan bagaimana untuk mula menyimpan

Simpanan perlu cair untuk memenuhi keperluan jangka pendek

Komitmen keluarga (gadai janji, perbelanjaan pendidikan anak-anak)

Mengurus pelaburan

Merancang untuk persaraan

Mengurus pelaburan yang ada untuk mendapatkan pulangan maksimum

Mempunyai pendapatan mencukupi untuk persaraan

Pulangan terhadap pelaburan yang cukup untuk mengekalkan standard kehidupan seperti sebelum persaraan.


Strategi pelaburan anda Membentuk perancangan

Mula melabur secara tetap untuk keperluan jangka pendek dan persaraan

Pelaburan

Mempelbagaikan pelaburan

Bahagian yang lebih besar untuk pelaburan pertumbuhan

Memastikan kepelbagaian tetapi menilai semula pengagihan aset dengan mengurangkan peratusan pelaburan berisiko tinggi Terus melabur tetapi mengubah gabungan pengagihan aset kepada aset yang lebih konservatif

Lindungi Pelaburan Anda
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pelaburan, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah benar memahami sepenuhnya tentang pelaburan yang akan dibuat serta risiko yang terlibat, dan apabila anda berurusan dengan penasihat kewangan, pastikan mereka benar berkelayakan serta berpengalaman dan tidak terlibat dengan sebarang penipuan kewangan. Jangan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan dan pilihan berkaitan pelaburan tanpa perancangan yang teliti terlebih dahulu.
Berikut ialah amalan yang boleh anda gunapakai untuk membantu anda dalam mengurangkan risiko yang dihadapi:

  • Jangan meminjam untuk melabur
  • Jangan melabur hanya untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan cepat (contohnya skim cepat kaya)
  • Jangan melabur dalam pelaburan berisiko tinggi kecuali anda sudah bersedia.
  • Jangan melabur berdasarkan ‘hot tips’ dan khabar angin
  • Dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, seperti laporan syarikat, media, kursus dan seminar

Sumber : fomca

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge