Masa untuk tambah stok emas..beli atau tunggu dulu?

Salam kepada semua pembaca..

Nampaknya minggu ini ramai yang dapat cuti panjang dan ambil kesempatan sambung cuti.Beberapa hari lagi kaum India akan menyambut perayaan pesta cahaya atau Deepavali.

Barang kemas

Apa kaitannya dengan post kali ini?

Tahukah anda hampir setiap tahun,trend harga emas hampir sama dan macam biasa,kalau hampir sambutan Deepavali,harga emas akan turun sedikit berbanding harga bulan terdahulu sebelum naik semula.

Mengapa ini terjadi?

India sebagai kuasa pengguna emas dunia memang memberi impak juga kepada harga semasa emas.Terutamanya apabila menjelang perayaan atau festival yang diadakan sepanjang tahun dan paling ketara semasa Deepavali.Tujuan utama festival ini agar dapat menawarkan harga emas yang lebih murah dengan melibatkan lebih ramai penjual.Satu lagi perayaan ialah Aksaya Tritiva yang disambut penganut Hindu dan ianya berkaitan dengan emas.Ia juga dikenali sebagai Akha Teej dan merupakan Festival of Gold mereka yang sebenar.Kebiasaanya ia disambut pada bulan Mei setiap tahun.Faktor lain yang merangsang penggunaan emas di India ialah budaya perkahwinan yang menjadikan emas sebagai salah satu item yang wajib.Musim perkahwinan dari November -Disember  dan dari penghujung Mac-Mei.Ketika ini permintaan terhadap emas sangat tinggi dan boleh menyebabkan harga emas naik atau turun bergantung pada situasi ketika itu.

Produk PG

Harga lebih rendah,tunggu atau beli?

Harga minggu lepas paling rendah telah turun sehingga 1600+usd/0z.Produk PG contohnya 10 berharga RM1814 pada waktu ini.Ramai juga yang telah memilih untuk membeli ketika harga ini dan tak kurang mengambil peluang untuk menjadi pengedar emas.Tindakan yang bijak dan pasti tidak merugikan.Simpanan emas umpama magnet yang menarik kekayaan kepada anda.Dan ia juga mengelakkan anda dari kebocoran wang-biasanya penyimpan emas jarang terlibat dengan skim,scam mahupun aktiviti-aktiviti perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tak munasabah.

Emas fizikal semakin popular di kalangan penyimpan emas

Kalau anda beli,kemudian harga turun,adakah rugi?

Tidak sama sekali.Emas adalah simpanan jangka masa panjang,dan anda hanya akan rugi kalau jual.Buat apa jual ?Melainkan anda memang terdesak dan tak ada tunai /simpanan kecemasan.Emas bukan untuk dibeli hari ini dan jual esok,minggu depan atau tahun depan.Namun tak dinafikan,ada masa anda boleh guna cara ini,contohnya anda merancang kahwin tahun hadapan dan ada sejumlah wang.Better beli emas dan tahun hadapan jual,namun cara ini memerlukan anda memilih waktu yang sesuai dan perancangan yang rapi berdasarkan trend pergerakan harga emas serta perlu sedikit analisis.

Risikonya jika anda beli dan mengharapkan harga emas terus naik sedangkan dalam setahun harga emas ada turun naik,dan dengan sedikit ilmu anda dapat memilih dan merancang masa untuk menjual.Jadi tidak ada istilah rugi dalam simpanan emas ini kerana satu masa anda mungkin sudah tidak ingat harga yang anda beli sekarang ini.

Jika harga emas turun lagi,apakah tindakan anda?Jawapannya ialah-Beli.Maksud saya ialah tambah stok simpanan emas anda.Dan anda untung bila kira dari segi pemurataan kos ( cost averaging).

Bila harga emas turun,ada orang yang suka dan ada orang yang tak suka.

Orang yang suka biasanya suka sebab dapat tambah stok dan beli dengan harga lebih murah.Orang yang tak suka sebab tak sabar nak tengok harga emas terus naik dan ada orang yang  maybe nak jual pada masa tersebut tapi rasa rugi.

Beli dulu dan tunggu atau tunggu dulu baru beli?

Ada orang yang tak kisah beli emas bila-bila masa kerana tidak ada masa untuk memantau harga emas dan memikirkan ianya adalah untuk simpanan jangkamasa panjang.Jika golongan yang suka tunggu dulu (harga rendah sikit baru nak beli),risiko yang mungkin dihadapi ialah :

1.Terlepas harga yang anda inginkan kerana tidak sempat lock (tempah) harga tersebut

2.Semasa harga rendah tersebut,anda sudah kehabisan wang untuk membeli

3.Waktu harga rendah,fikiran anda pula berubah untuk menggunakan wang yang asalnya untuk beli emas,kepada perkara lain yang tidak berfaedah.

Namun jika anda mempunyai masa untuk memantau harga emas ini dan mahukan harga terbaik,anda mempunyai hak untuk berbuat demikian.Pilihan lain,anda mungkin boleh berpesan kepada dealer anda supaya bagi hint jika harga agak menarik.Tapi janganlah mengharapkan ramalan itu 100% tepat kerana kita hanya mampu menjangka dan seeloknya ikutlah gerak hati  dan buat keputusan sendiri supaya tidak menyalahkan antara satu sama lain.

Kesimpulannya,belilah sewaktu :

1.Ada cash

2.Semasa harga rendah

3.Belian bulanan secara konsisten,contohnya 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10gram

Sekian,jumpa lagi..


Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge