Masih nak melabur dalam akaun pelaburan emas?Baca sini

Bertalu-talu posting mengenai Akaun Pelaburan Emas yang ditaja oleh peniaga-peniaga wang (baca Banker)

Kata saya sesiapa yang mahu taat pada Allah swt dengan cara mengikut pendapat Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dia boleh baca sini:

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html

Siapa mahu taat pada Allah swt dengan cara mengikut jalan ketaqwaan yang dipakai oleh Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyin yang mendapat petunjuk Allah swt. bolehlah tinggalkan perbuatan yang meragukan ini i.e. melibatkan diri dengan Akaun Pelaburan Emas di bank-bank yang Ulama-Ulama masih sangat berselisih pendapat mengenainya.

Kerana Rasulullah saw. berpesan kepada kita:

“Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram,..” (bahagian hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer ra.)

“Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar)” (bahagian hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Imam Tirmizi, daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah ra.)

Kerana telah berkata Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin Saiyidina Umar al-Khattab di dalam khutbah beliau sebagai pesanan buat umat terdahulu juga yang terkemudian yang mahu bertaqwa kepada Allah swt.:

“Di antara ayat-ayat yang terakhir turun adalah ayat Riba, dan Rasulullah saw. telah wafat sebelum menerangkannya secara terperinci kepada kita; kerana itu maka tinggalkanlah Riba dan semua yang kamu ragukan kepada apa yang tidak meragukan”

“Tanyakan pada hatimu sendiri, meskipun sudah diberikan fatwa oleh semua orang”

Wallahu’alam.

Sumber: Huraian ayat ke-275 surah al-Baqarah Tafsir Ibnu Kathier.

Dan dalam hal mengikut-ngikut tanpa langsung mahu ambil tahu (pelajari dan dalami hukum-hakam, iaitu tuntutan agama dalam perkara yang kita mahu libatkan diri di dalamnya) saya suka bawakan kepada tuan-tuan semua satu amaran Allah swt (bert…epatan sekali ayat ini Allah swt letakkan ia selepas ayat umum mengenai muamalat, mengetahui manusia ini bila sampai bab meraih kekayaan dia suka mengikut pendapat yang sesuai dengan nafsunya):

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (al-Israa’, 36)

“Ketika orang yang diikut berlepas tangan dari orang-orang yang mengikutnya kerana mereka telah nampak seksaan dan putuslah pertalian di antara mereka. Dan berkatalah orang-orang yang mengikut: “Sekiranya kami dapat kembali lagi (ke dunia), maka kami akan berlepas tangan pula dari mereka sebagaimana mereka berlepas tangan dari kami.” Begitulah Tuhan memperlihatkan perbuatannya itu menjadi penyesalan kepada mereka dan mereka tidak keluar dari neraka.” (Al-Baqarah,166-167)

“Pada hari dibolak-balikkan muka mereka dalam neraka, mereka berkata: “Aduhai kiranya, alangkah baiknya jika kami patuh kepada Allah dan kepada Rasul!” Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mengikut ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar kami, maka mereka telah menyesatkan kami.” (Al-Ahzab, 66-67)

Pilihan di tangan anda insyaAllah.

kredit to :Alexander Rayyan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge