Panduan meningkatkan simpanan emas keluarga

Salam..

Ramai orang yang bercerita tentang emas sekarang ni.Macam-macam versi yang boleh didengar dan dibaca di internet,antaranya :

“pelaburan emas ni dapat duit bulan-bulan,dividen ini akan dapat selagi kita simpan emas” -skim

“beli emas dengan modal hanya RM5k,kita boleh dapat emas 100g,emas disimpan di bank” – sistem ar rahnu 35:65

“beli emas jenama  X ni murah sangat berbanding emas syarikat lain” -spread sangat besar ,sehingga 20%

“simpan emas tak rugi,harga naik je ” – jangka masa panjang,benar

“beli saham emas dapat dividen dan pulangan lumayan,syarikat dikenali seluruh dunia” – scam

Bagaimanakah kita nak pastikan yang kita menggunakan kaedah dan teknik simpanan emas yang betul?

Mudah sahaja!

Pastikan anda beli emas,dapat emas dan rancanglah simpanan anda mengikut keperluan sama seperti anda pernah menyimpan di bank sebelum ini.Ramai yang berlumba-lumba menyimpan seberapa banyak wang di bank,walaupun kadar pulangannya sangat rendah,dan jika tinggi sekalipun dividen tersebut,akan menjadi kurang semula atas faktor susut nilai wang kertas.

Apa kata kita tukar mind set yang telah ditanam sejak kecil lagi-simpan emas pula.Kita diajar untuk menyimpan wang dalam tabung dan bila besar kita dididik agar menyimpan dalam bank,sehinggalah kita sudah bekerja.Anda pasti tidak berhenti menyimpan wang kertas,sehinggalah anda tahu tentang emas dan  muslihat serta permainan wang kertas yang diniagakan ini.Walhal ia hanyalah sekeping kertas bernilai lebih kurang 4 sen dan ditukar warnanya dan diletakkan nilai RM1,RM5,RM10,RM50 dan RM100.

 

Tambahan pula promosi hebat tentang menyimpan dalam bank ini sangat giat diiklankan di media sehingga dapat terus mengaburi mata semua orang tentang hakikat yang sebenar.Anda boleh cari artikel mengenai sejarah wang kertas dan perkaitannya dengan riba dalam blog ini.

Saya dah mula ajar anak-anak saya kenal emas sejak mereka kecil lagi.Sekarang mereka dah kenal dinar,dirham,dan gold bar.Pernah anak sulung saya bertanya,”asyik simpan emas je,macam mana nak beli barang?”

Saya jawab “untuk simpanan jangka masa panjang,kita kena simpan emas sebab ia akan semakin bernilai ditelan zaman,kalau untuk kegunaan seharian,kita kenalah ada duit sikit baru boleh beli barang.Simpanan emas yang kita simpan sekarang adalah untuk kegunaan kamu bila besar  nanti”

Bermulalah walaupun dengan 1 gram

 

Fakta :wang kertas bukanlah simpanan yang bagus kerana nilainya yang semakin susut(simpanlah sedikit untuk kegunaan on the spot dan kecemasan segera).Didiklah generasi kita agar tidak jadi seperti kita yang lewat mengenali emas.

Kaedah yang betul ialah beli dan simpan-ini pun anda dah boleh untung.Tak perlu buat apa-apa.Teknik termudah :

1.Beli bila ada wang

Jika anda ada duit simpanan di bank,bolehlah keluarkan dan simpan emas pula.Tinggalkan sedikit sahaja untuk kegunaan on the spot dan kecemasa segera.Produk emas sekarang sangat mudah ditukarkan dengan wang kertas bila perlu kerana agen-agen emas sangat ramai,dan mereka sedia membeli emas anda bila-bila masa.Tak percaya?Inilah adalah fakta

Dahulu saya sering mendengar alasan “emas susah nak jual balik,lambat nak cairkan”.Hakikatnya saya sendiri pernah jual emas sehingga lewat malam sebab pelanggan saya tersebut keretanya rosak dan perlukan wang segera.Ada juga rakan dealer saya yang dihubungi pelanggannya dan mereka jumpa di pasaraya sebab dia nak bershopping dengan duit jual emas.So,tanggapan emas susah nak dicairkan (tukar emas kepada wang kertas) sangatlah tidak tepat dengan situasi sekarang.

Mungkin anda juga boleh beli jika anda mendapat bonus atau keuntungan hasil perniagaan.Sama macam saya,jika perniagaan gerai kami dapat untung,saya akan cepat-cepat beli emas,ikut kemampuan.Dapatlah 1 dinar atau sekurang-kurangnya 10g sebulan hasil keuntungan,dan selebihnya untuk kegunaan lain akan saya asingkan.Bila perlukan modal untuk besarkan biz barulah saya jual,dan biasanya harganya lebih tinggi dari waktu saya mula-mula beli.Jika tidak perlukan modal dan tiada keperluan,saya akan simpan sahaja dan kalau ada pelanggan yang nak beli,saya akan jual dan restock semula dengan harga yang murah.Emas dapat,untung pun dapat,yang penting,kekalkan gram.


2.Beli semasa harga murah

Jika diperhatikan,setiap tahun ada trend di mana harga emas akan jatuh sedikit.Bagi pembeli baru yang ingin bermula,ada yang ingin memilih waktu murah untuk membeli,namun anda harus rajin memantau harga emas ini.Bagi yang sudah lama menyimpan emas dan ada sedikit pengetahuan tentang pergerakan harga emas ,masa harga emas murah ini ramailah yang akan mengambil kesempatan untuk restock dan borong.

Salah satu teknik kedai emas,yang boleh juga digunapakai oleh anda jika anda pengedar emas.Mereka akan borong emas semasa awal tahun,atau harga murah,dan jual semasa perayaan yang biasanya pada  hujung tahun,dan masa tu harga dah mahal.Sebab tu jika anda lihat,ada kedai emas yang sepi dari pelanggan tapi tetap bertahan kerana mereka dah untung besar bila perayaan.Jika anda pengedar emas mobile macam saya pun boleh gunakan teknik ini.Tapi janganlah tunggu hujung tahun baru nak jual,ada cara lain pula untuk tetap dapat untung walaupun jual semasa harga emas murah.Yang pasti dengan cara ini simpanan emas anda bertambah.

Jika anda tiada masa untuk pantau harga,maka beli sahaja kerana untuk jangka masa panjang anda tidak rugi.Melainkan anda jual sebelum sempat menikmati kenaikan harga emas.


3.Beli secara konsisten

Lihat kepada perbelanjaan bulanan anda.Rancang dan buat bajet semula dan cuba kurangkan kos dengan berjimat cermat dan kurang perbelanjaan yang tidak perlu.Contohnya,ramai kaum wanita yang suka menghabiskan wang membeli pakaian,tudung mengikut trend,beg baru,kasut baru dan pelbagai aksesori.Cuba anda kira balik berapa yang telah dihabiskan dan jangan terkejut dengan jumlahnya nanti.Barang-barang tersebut semuanya susut nilai,sampai masa anda harus tukar yang baru kerana sudah ketinggalan dan rosak.Apakah tip yang saya praktik?Beli mengikut keperluan dan saya tidak mengikut trend kerana bagi saya satu pembaziran.Setiap kali ada fesyen baru ,maka ramailah yang akan membeli dan menghabiskan wang supaya kelihatan up to date.Bayangkan jika wang tersebut anda jimatkan dan simpan dalam bentuk emas,bukankah semakin bernilai.

Ini juga dapat dilihat dengan trend menukar handphone baru dan pelbagai gajet yang canggih.Mampukah anda mengikut perubahan semasa yang tidak berkesudahan ini?Saya lebih  selesa menggunakan gajet sedia ada walaupun kelihatan ketinggalan zaman kerana saya dapat gunakan hasil penjimatan tersebut ke tempat yang betul.Malah saya bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang yang dapat mengawal hawa nafsu.

Belilah secara konsisten setiap bulan,contohnya:

1 bulan 1 dinar   , 1 bulan  1gram ,1 bulan 10g  ,  1 bulan  20g atau ikut kemampuan dan kewangan anda.

Sabar dalam simpanan emas kerana hasilnya pasti akan buat anda tersenyum.Biar sedikit asalkan bermula  dan elakkan dari bercita-cita nak beli yang besar terus,akhirnya tak beli-beli.Sikit-sikit lama-lama pasti jadi bukit.

Simpanan emas menjamin kewangan anda

 

Panduan lain ialah:

1.Tetapkan target simpanan setiap anak anda.Contohnya anda ada 2 orang anak dan ingin kan setiap seorang dari mereka mempunyai simpanan emas sebanyak 150g bila dah berumur 18 tahun nanti.Kiraannya begini:

Umur anak sekarang : 3 tahun

18- 3 = 15 tahun

150g / 15 tahun = 10g setahun

Jadi,untuk capai target tersebut anda harus simpan 10g setahun untuk anak anda tersebut.Ini adalah contoh pengiraan dan anda harus mengira mengikut target anda sendiri dan umurnya.

Anda juga boleh rancang simpanan emas untuk pendidikan anak anda.Katakanlah kos sekarang untuk sambung belajar ke IPT adalam RM30k,maybe menyimpan 150g seorang sudah mencukup untuk menanggung kos tersebut nanti.Harga 100g emas 24 sekarang RM190+ dan sudah mencecah lebih RM200+ tempoh hari.Dijangkakan harga emas akan sampai kemuncak pada tahun 2012 atau 2015.Pada masa itu,harga emas akan menjadi terlalu mahal dan hanya mampu dibeli oleh orang-orang kaya.

2. Simpan 100g atau 15 keping dinar jika anda ingin menunaikan haji.

3.Simpan untuk diri sendiri dan niat juga untuk diinfakkan sebahagiannya mengikut kemampuan anda.

4.Simpan 100g untuk kos perkahwinan dan dinar boleh dibuat hantaran.Nilai hantaran bakal isteri anda makin lama makin naik.

Banyak lagi contoh lain yang anda boleh rancang mengikut bajet dan keperluan masing-masing.

Bermulalah sekarang,walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram


 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge