Pelaburan dalam jongkong emas merugikan?

Berikut adalah petikan surat pembaca di Utusan Malaysia baru -baru ini.Dan dibawah ialah respon di akhbar yang sama beberapa hari kemudian.Bawah sekali ada respon saya terhadap isu ini.

Tsuri
Kajang, Selangor

SAYA ialah antara mereka yang memilih untuk melabur dalam jongkong emas melalui pembelian emas tulen 999.99.

Atas nasihat seorang kawan, saya bersetuju dengan harapan membuat pelaburan dalam emas tulen sebegini menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas dikatakan terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram.

Selain daripada tidak banyak maklumat yang diketahui dalam perkara jual beli jongkong emas, saya juga termakan dengan pemikiran bahawa tidak ramai orang Melayu melabur dalam jongkong emas kerana orang Melayu lebih berminat membeli barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti emas 916 misalnya.

Isunya di sini yang menimbulkan persoalan dan kejutan kepada saya ialah ketika saya ke tempat ‘A’ untuk menjual balik ketulan emas di sana iaitu sebuah kedai emas terkemuka yang tidak perlu disebutkan nama demi menjaga reputasinya.

Saya terkedu apabila pekerja yang berurusan dengan saya menyatakan harga bagi jual balik adalah RM15,400 untuk 100 gram emas.

Sementara itu, harga untuk membeli pula adalah RM18,000 untuk 100 gram sedangkan pada masa itu harga emas di pasaran semasa adalah RM19,800.

Ekoran peristiwa ini saya rasa seperti ditipu dan sangat terkilan kerana untung lumayan dibayangkan tersasar jauh. Sebaliknya, kerugian yang bakal ditanggung jika saya meneruskan niat untuk menjual emas pada hari itu.

Melalui ruangan ini, saya berharap pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara serta pihak berkuasa lain dapat memberi penjelasan dan garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.

Sumber :Utusan Malaysia ,30/01/2012

Respon terhadap surat ini :

Hati-hati pilih ejen pelaburan emas

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih ejen sebelum membuat sebarang pelaburan melibatkan jongkong emas.

Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan pelabur menjadi mangsa penipuan ejen yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, orang ramai harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang ejen dan memastikan ejen tersebut berdaftar serta bertauliah.

“Harus diingat ada ejen yang mengambil untung atas angin, jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan sebelum bersetuju untuk membuat pelaburan.

“Jangan mudah percaya dengan kata-kata ejen yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian dan semasa.

Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya pelaburan emas itu dijadikan pelaburan jangka panjang dan bukannya untuk pelaburan jangka pendek.

Sementara itu, Profesor Kewangan dan Perbankan di Kolej Perniagaan, UUM, Prof. Dr. Norhayati Ahmad menegaskan orang ramai perlu meneliti dan mengkaji pelaburan emas yang ingin disertai.

Katanya, sebelum membuat pelaburan, orang ramai haruslah mempersiapkan diri dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan selok-belok pelaburan.

“Dengan adanya pengetahuan, ia sedikit sebanyak membantu dalam membuat keputusan dan mengelakkan diri daripada ditipu.

“Oleh itu, sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan kita sudah memiliki pengetahuan secukupnya berkenaan dengan pelaburan yang ingin kita sertai dan orang di dalamnya,” katanya.

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my

Apa kata saya:

1.Tsuri membeli emas di kedai emas (boleh agak kedai emas mana yang dimaksudkan) sewaktu harga mahal.Hakikat yang perlu diketahui,hampir 90% kedai emas di Malaysia menjual emas dengan harga yang lebih mahal dari  syarikat pengeluar emas fizikal.Ramai yang tidak tahu dan tidak berusaha untuk ambil tahu.Sedangkan ,jika dicari info dari internet,memang agak banyak blog tentang emas sekarang dan banyak memberi maklumat mengenai trend menyimpan emas jongkong yang Tsuri maksudkan.

2.Tsuri bertindak membuat pelaburan/simpanan emas tanpa ilmu yang cukup.Amatlah tidak wajar menyalahkan kedai emas tersebut,kerana beliau yang kurang membuat kajian berkenaan pelaburan yang hendak dibuat.

3.Dari satu sudut,mungkin bagus juga pendedahan ini kerana dapat menyedarkan sesetengah pihak yang suka membeli emas jongkong di kedai emas yang mana lebih mahal dari yang ditawarkan oleh syarikat emas fizikal,contohnya seperi syarikat Public Gold( PG) dan Gold Crest Pavilion (GCP)

4.Saranan yang diberi  amat bagus kerana meminta orang seperti Tsuri lebih berhati-hati memilih ejen kerana ramai ejen yang hanya mementingkan keuntungan peribadi tanpa memberi info yang tepat kepada pelabur/penyimpan emas.Tetapi sebagai pelabur/penyimpan Tsuri sepatutnya mencari ilmu pengetahuan dulu dalam bidang pelaburan yang hendak disertainya.Simpanan emas juga digalakkan untuk jangka masa panjang,bukan beli hari ini dan jual esok lusa,bulan depan atau tahun hadapan.Kecuali anda mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

5. Berhubunglah dengan agen yang bukan sekadar jual emas tetapi juga berkongsi info berkaitan simpanan emas.Ini memudahkan anda untuk merujuk jika ada sebarang persoalan dan satu lagi cuba pastikan agen tersebut sedia membeli balik jika anda ingin menjual semula atau sekurang-kurangnya bersedia untuk membantu anda menjual semula.

Mahukan info yang lebih,update bersama saya,peniaga emas dan peminat emas yang lain di sini,sila cari kami di fb @ Gold Investor Club “


Sukacitanya ingin dimaklumkan,kami merupakan dealer yang berdaftar dengan company Public Gold dan GCP.Namun segala urusan pembelian Jutawangold menggunakan satu nama iaitu atas nama Mohd Selodi bin Md Ghazali merangkap Master Dealer Public Gold (kod agen PG002317 / A 1105 ).Manakala saya sendiri dealer berdaftar PG (A1234) dan Gold Crest Pavilion (GCP) dengan kod agen ad1325.

Dealer -dealer yang disenaraikan dalam list di blog ini juga semuanya berdaftar dengan syarikat emas fizikal,oleh itu tidak perlu was-was berurusan dengan kami.Kami memberi jaminan beli balik yang tinggi,mengikut harga di web.Sila rujuk link di bawah dan sila bandingkan sendiri.

Harga kedai emas :http://www.fgjam.org.my/

Harga Public Gold :http://www.publicgold.com.my/v1/

Harga GCP                :http://gcp.com.my/

PROMOSI TERKINI

Dari 1 Februari 2012- 29 Februari 2012

X-Plan: Trade-in Emas Lama dengan Emas Baru

Perihal Promosi

Tempoh promosi :
1 Februari 2012 hingga 29 Februari 2012
Jenis promosi
:

Trade –in emas lama dengan emas baru
Huraian:

i.
X-Plan membolehkan pelanggan untuk menukarkan sebarang barang kemas EMAS serta
jongkong EMAS berjenama lain kepada produk Public Gold.
ii.
Nilai transaksi untuk X-Plan akan berdasarkan harga paparan di laman web

Bagi barang kemas 916 -ikut harga we buy i series dan beli balik ikut harga we sell
Bagi produk emas jenama x 999.9 – ikut harga we buy 10g dan beli balik ikut harga we sell

iii.
Nilai emas jenama-X akan berdasarkan kepada ketulenan yang diuji dengan mesin
ketumpatan di cawangan Public Gold.
iv.
Pelanggan boleh menjadi pengedar Public Gold jika berjaya membuat transaksi X-Plan
dengan nilai emas melebihi RM20,000(Dealer) atau RM 100,000.00 ( Priority Dealer)
Terma & Syarat :

1. X-Plan terbuka kepada semua pelanggan Public Gold.
2. Pertukaran boleh dijalankan di semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
3. Tempahan Harga tidak boleh dilakukan untuk program X-Plan.
4. Proses pertukaran boleh dilakukan selepas melalui pengujian emas di Public Gold dan harga
pertukaran yang telah di setujui oleh pelanggan.
5. Emas yang gagal melalui ujian mesin ketumpatan emas TIDAK akan diterima untuk pertukaran
ini.
6. Harga pertukaran ini hanya sah dalam tempoh promosi yang ternyata di atas.
7. X-Plan ini TIDAK termasuk untuk pembelian melalui Ansuran Bulanan (Easy Payment Purchase-
EPP)
8. Pelanggan hanya dibenarkan menukar maksimum 1KG emas setiap hari.
9. Kos Pengangkutan akan dikenakan kepada cawangan Public Gold yang berada di luar Pulau
Pinang.
10. Pihak pengurusan Public Gold berhak,mengubah suai,memotong atau menambah terma dan
syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terdahulu.
Sebarang makluman/pertanyaan:
Sila hubungi cawangan Public Gold yang terdekat atau layari laman web kami www.publicgold.com.my


PROMOSI i-Series: i BELI, i JIMAT, i DAPAT

Perihal Promosi

Tempoh promosi :
1 Februari 2012 hingga 29 Februari 2012
Jenis promosi
:
Setiap pembelian produk i-Series sebanyak 100g akan diganjarkan
baucar tunai RM 100.00
1) Baucar Tunai: RM100
Setiap pembelian sebarang produk i-Series sebanyak 100g dalam satu invois akan
diganjarkan dengan satu (1) keping baucar tunai bernilai RM100.00
Terma & Syarat
1) Promosi ini dibuka kepada semua pelanggan Public Gold.
2) Ganjaran di atas hanya sah untuk pembelian yang diselesaikan pembayarannya.
3) Promosi ini TIDAK termasuk pembelian melalui Ansuran Bulanan (Easy Payment
Purchase-EPP).
4) Pembelian harus dibuat dalam tempoh promosi yang ternyata di atas. (Ikut tarikh
ternyata dalam invois)
5) Syarikat berhak untuk menggunakan, mencetak atau memaparkan nama, butir-butir
dan gambar semua Pemenang promosi ini untuk tujuan pengiklanan dan semua
bentuk publisiti dari masa ke semasa tanpa sebarang notis/pengumunan terlebih
awal kepada individu berkenaan.
6) Pihak pengurusan Public Gold berhak, mengubah suai, memotong atau menambah
terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terdahulu.
Sebarang makluman/ pertanyaan:
Sila hubungi cawangan Public Gold yang terdekat atau layari laman web kami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge