Pelaburan Emas :Jangan sampai berputih mata

Hakikat Pelaburan Emas

Mengikut rekod, purata kenaikan harga emas sepanjang 5 tahun adalah melebihi 200%.  Trend ini menyebabkan ramai yang mempelbagaikan portfolio pelaburan dgn melabur dalam bentuk jongkong emas dan barang kemas.

Antara faktor kenaikan harga emas  adalah kerana ia merupakan galian yang tidak boleh dicipta dan diperbaharui. Oleh sebab itu harganya akan sentiasa naik dan meningkat berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap emas.

Selain daripada hartanah, saham amanah, simpanan di bank, dan pelbagai lagi skim pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan, emas merupakan satu lagi medium pelaburan yang memberi pulangan lumayan kepada para pelabur. Ini kerana pelaburan emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi. Emas merupakan aset mudah tunai dan laku di seluruh dunia.

Berwaspada terhadap skim pelaburan emas

Negara-negara di dunia juga menjadikan emas sebagai rezab simpanan mereka dan Amerika merupakan penyimpan emas terbesar dunia.  Ini menunjukkan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul berbanding simpan wang kertas yg saban tahun menyusut nilai.
Walaubagaimanapun pelabur dinasihatkan berhati-hati dengan pelbagai skim pelaburan emas berunsur skim cepat kaya atau yg menjanjikan pulangan bulanan.

Pelabur boleh menyemak senarai syarikat yang disenarai hitamkan dan telah dibekukan di www.bnm.gov.my atau www.sc.com.my

Oleh kerana ramai yang telah ditipu oleh individu dan syarikat yang mengaburi mata masyarakat dengan pendapatan lumayan hasil pelaburan emas maka amatlah digalakkan pelabur dan bakal pelabur mendalami ilmu tentang emas sebelum membuat keputusan utk membuat pelaburan emas.
GCP ditubuhkan oleh sepasang suami isteri iaitu Shamsul Anuar bin Md Ali dan Norliza bt Ngatiman bertujuan menggalakkan bumiputra muslim membeli emas dengan harga rendah, menyimpan seterusnya menjalankan perniagaan emas.
GCP tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas yg menjanjikan pulangan bulanan. Sekiranya ada pihak yang mengaku sebagai pengedar GCP menawarkan skim pelaburan emas berganda atau sebarang pelaburan emas yg menjanjikan pulangan bulanan sila email aduan beserta bukti ke admin@gcp.com.my atau hubungi hunting line GCP 1 700 81 7969

Berminat ingin tahu lebih lanjut ? SMS <gcp minat> <nama> <email jika ada> <lokasi> dan hantar ke 0199708897

Artikel ini turut tersiar dalam akhbar Sinar Harian seluruh negara pada 5hb September 2012.
Jangan lupa dapatkan Sinar Harian 12 September hari Rabu minggu hadapan untuk membaca sendiri apa kata pengedar-pengedar  GCP dan dapatkan info berguna.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge