Pelbagai Pilihan Emas Di Malaysia:Kelebihan & Kelemahan

Di Malaysia ada banyak produk emas yang boleh dijadikan pilihan.Setakat ini,apa yang ada di bawah ini adalah senarai produk(ada yang mungkin tak masuk senarai..sy akan update dari semasa ke semasa) dan kelebihan serta kelemahan setiap produk.Ini pun saya akan update lagi dan buat sedikit kajian,InsyaAllah


Antara produk emas fizikal yang ada di Malaysia :

1.Kijang Emas

2.Pamp Suisse

3.Dinar Kelantan,Dinar Restu,Dinar Muslim,Dinar Borneo, dan pelbagai jenis dinar ada sekarang

4.Produk Public Gold seperti Public Dinar dan Gold Bar

5.GCP

6.Singapore Merlion

7.Syiling emas yang boleh dibeli di UOB bank

8. Bunga Raya-Nubex

9.Poh Kong Bunga Raya

KELEBIHAN KIJANG EMAS.

1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia

2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% – 6.6%)

3. Kualiti emas 24k (999.9)

4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja)

5. Harga yang rendah

6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash

KELEMAHAN KIJANG EMAS.

1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.

2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.

3. Boleh dibeli pada waktu banking hour Maybank sahaja.

4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.

5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai kad kredit.

KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB

1. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia.

2. Mempunyai spread yang rendah (2.5% – 19.6%)

3. Kualiti emas 24k (999.9)

4. Harga yang rendah

5. Boleh digadaikan kalau nak guna cash

KELEMAHAN.

1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.

2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.

3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan.

4. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja.

KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana

pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.

2. Harga yang dijual adalah kompetitif

3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)

4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)

5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.

6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.

Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.

7. Emas Public Gold boleh digadaikan.

8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.

9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh

menjadi agen Public Gold.

Kelemahan Public Gold

1.Tidak sesuai dibeli untuk dilebur bagi tujuan membuat barang kemas,kerana untuk tujuan ini anda boleh dapatkan emas mentah atau emas yang lebih murah lagi.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.

Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:

1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold)

2. Dinar Emas Kelantan

3.Dinar dari pelbagai syarikat dan orang perseorangan kini seperti Dinar Darul Takzim,Dinar Borneo,Dinar Darul Ehsan,Dinar Restu,Dinar Muslim dan sebagainya

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.

2. Spread yang rendah (5% – 6%)

3. Boleh digadaikan di Ar-rahn

4. Design yang cantik

5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

Kelemahan Public Dinar

1.      Agen kehabisan stok kerana permintaan yang tinggi.

KEBAIKAN DINAR EMAS KELANTAN:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak bermula

2. Boleh digadaikan di Ar-rahn


KELEMAHAN DINAR EMAS KELANTAN:

1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9%

2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan.

KEBAIKAN JONGKONG EMAS POH KONG:

1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit

2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.

KEBURUKAN JONGKONG EMAS POH KONG:

1. Harga emas yang dijual adalah tinggi

2. Kadang-kadang ada kos workmanship

3. Spread yang sangat tinggi (10% – 25%)

4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka

juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula. Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, anda tidak digalakkan membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.

KELEBIHAN PAMP SUISSE

1.      Mudah dibeli dari kedai emas dan syarikat tertentu.namun harganya agak mahal.Jika beli melalui syarikat yang mengedarkannya,harganya lebih rendah dari kedai emas

2.      Sesuai dijadikan simpanan jangka masa panjang

3.      Dikenali di serata dunia

4.      Boleh dipajakkan

Pamp Suisse -Lady Fortuna
Pamp Suisse -Lady Fortuna

KELEMAHAN PAMP SUISSE

1.      Harganya agak mahal jika dibeli di kedai emas.Jika beli melalui syarikat yang mengedarkannya,harganya lebih rendah dari kedai emas

2.      Pamp Suisse 100g jika dipajakkan,tiada masalah berbanding Pamp Suisse bawah 100g yang dikenali sebagai Lady Fortuna.Lady Fortuna diletakkan dalam plastic keras,jika anda ingin memajak,plastik ini dibuka.Apabila anda ingin menjualnya kembali,ia akan susut nilai sehingga 30%

3.      Spread yang tinggi (10%-17%)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge